Wednesday, May 30, 2012

Jangan Ikut Hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Ada orang kata jangan ikut kata hati nanti merana diri. Betul? Tapi kan sejak sehari dua hari ni saya kerap dikelilingi oleh orang yang amat beremosi dan ikut rasa hati. Saya? sama je...terikut-ikut juga bila lupa mengawal emosi. Syukur mudah ingat...kalau tak berjayalah syaitan kerana berjaya menghasut.

Pada saya kalau ikut kata hati kita sendiri juga yang akan merana nanti. Banyak masalah akan berlaku jika kita salah buat pertimbangan dan melibatkan insan lain. Tak salah korbankan sikit perasaan diri sendiri dari mencalarkan hati insan lain yang tak usik kita langsung pun. Syukur alhamdulillah....tiap kesedihan yang berlaku Allah ganjarkan dengan 1001 kebahagiaan yang buat kita sentiasa tersenyum di kemudian hari. Jika kita tak putus berdoa pasti Allah akan balas kesabaran dan ketabahan kita dengan sebahagiaan yang tak terhingga nikmatnya, wallahualam.






www.tips-fb.com

Sengkuang vs Lengkuas



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


ha...ni sengkuang. kenal tak? orang biasanya guna dalam buat lontong, buat rojak petis atau campur sket dalam rojak mee. Tapi saya agak heran ada sesetengah orang panggil sengkuak. Err saya ni suka pakai bahasa buku...so saya panggil sengkuang. 
Ni pula lengkuas. Nak buat rendang atau ayam masak merah perlu ada lengkuas kalau tak tak sedap. Masak lain pun perlu lengkuas gak. Ada orang tak kenal lengkuas. Eh bukan tak kenal tapi tak boleh bezakan lengkuas dengan halia. Heran tak? rupa berbeza, rasa jauh sekali...macam mana leh tak kenal?sebab kerap sangat ke dapur kot?

Motif entri ni? haha..camni, hari tu tengok dak shila sorang ni kata dia kompius le antara sengkuang dan lengkuas...hehehe..saya tak komen tapi senyum je sebab dia kata bila nak sebut selalu kena hati-hati dan fikir dulu. Takut silap... terus je saya saja nak tepek entri ni. Shila kalau baca mesti dia senyum...hehehe.








www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...