Friday, September 16, 2011

Sambal Petai Campur Udang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Menu apa buat santapan hari ni? LM nak kongsi satu menu biasa dan mudah. Menu kegemaran LM semestinya. Menu campak-campak yang boleh membuatkan makan bertambah tak tengok kiri kanan dah....haha.
 
 
 
 
Sebenarnya bukan susah pun nak masak sambal udang petai ni, mudah saja dan tak mengambil masa yang lama. Jom kita kongsi resipe. Ini cara LM memasak sambal udang petai. Setiap orang pasti lain cara memasak, ini sekadar perkongsian buat mereka yang ingin mencuba.


Bahan:

udang - 15-20 ekor  saiz L

Isi petai yang dihiris -3/4 cawan(rendam denagn air panas)

cili kisar-anggaran secawan(saya lebihkan lagi)

bawang merah-8 biji(dikisar)

bawang putih -3 ulas (dikisar)

bawang besar 1/2 biji(dikisar)

bawang besar sebiji-dipotong bulat

garam

air asam jawa.

minyak utk menumis.


Caranya:
1.tumis bahan kisar dgn api perlahan sehingga garing.
2.masukkan garam, petai, udang dan air asam jawa.
3.masukkan udang dan tunggu hingga udang masak. perlahankan api agar semua bahan mesra bersama.
4.jangan lupa rasa sebelum tu. Jika yang suka manis boleh tambah gula sesudu kecil. saya tak letak gula kerana udang dah cukup manis.


*mengapa saya tak celur petai?petai tu memang saya sengaja tak celur macam orang tua-tua selalu buat. Saya suka rasanya yang segar dan lebih rangup. Saya cuma rendamkan sebentar dalam air panas saja.



*jika inginkan sambal yang sedap, tak kira udang,  ayam atau sardin sekali pun, bawang jangan lokek. Lagi satu menumis cili perlu benar-benar kering dan garing baru masukkan bahan lain. Jika cili tak garing masak lauk apa pun memang tak sedap pun, percaya tak?hehe




www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...