Thursday, December 30, 2010

Souq Wakif

Salam semua ....masih dengan demam bola sepak ? Teruskan keceriaan korang . Sambil bergembira meh LM nak bawa korang ronda satu pasar lama di Doha . Di sini semuanya ada di jual dari pakaian sehinggalah ke barang makanan . Jom usha kedai kacang dan sweets .


Pelbagai jenis halwa dan manisan..mangga, nenas , kiwi dan banyak lagi .

                                
                             Pelbagai jenis kekacang . Pistachio murah - murah .



LM panggil coklat aquarium...hehe , cam batu aquarium kan?


Segala macam coklat

                           
                             luar souq yang sangat meriah .


Jika berkunjung ke Qatar..jangan lupa melawat Souq Waqif...nanti LM tunjuk benda lain lak yang ada di Souq Waqif ok ? 

www.tips-fb.com

Tahniah Pasukan Malaysia






Alhamdulillah akhirnya kemenangan berpihak kepada negara tercinta Malaysia . Wahhh LM jadi peminat bola sepak sejak akhir - akhir ni . Walau pun permainan malam ni pasukan kita kalah 1-2 , namun kemenangan yang pasukan negara kita perolehi di bukit Jalil tempoh hari telah melayakkan Malaysia menang keseluruhannya dengan 4-2 .















Tahniah diucapkan kepada pemain , jurulatih , penyokong dan semua rakyat Malaysia yang telah memberi kemenangan yang cukup indah buat Malaysia . Malaysia telah ditabalkan sebagai juara baru Piala Suzuki AFF edisi ke-8 . Tahniah sekali lagi .


www.tips-fb.com

Wednesday, December 29, 2010

Aku Di Doha , Qatar - Episod 2.

Salam buat semua...ramai yang dah tanya bila LM nak sambung cerita episod hari tu . Ok..hari ni mood baik , leh la LM serita sikit kat korang semua ye . Lepas je sampai Doha , kami di beri tinggal kat hotel milenium tu selama 2 minggu . Alhamdulillah , selesa teramat sangat . Bilik luas..dapat 2 bilik pulak tu , makan best...order je apa nak , tapi rindu lah nak makan makanan Malaysia . Beg LM yang hilang tu , 2 hari pastu dah dikembalikan semula . Beg tu mereka tercicir kat KLIA rupanya...huhu .


Mana leh tahan perut hari - hari makan stik semua tu kan....bila dah rindu sangat , kami minta chef tu ubah menu yang ada , minta dia gantikan kentang goreng tu ngan nasi . So..kami cuma makan nasi lauk udang celup tepung dan sos je . Nak cari makanan kita lum pandai lagi...naik teksi pun tak tau nak tuju mana masa tu . Bila dah 5 hari duk sana , kawan hubby ajak makan - makan kat umah dia . Alhamdulillah...kak Syam masak nasi ayam yang sangat - sangat best . Anak - anak makan macam setahun tak jumpa nasi . Diorang kata dah lama tak makan nasi kan..haha..kami gelak je masa tu .


Bila dah seminggu pula...kawan lain pula ajak LM makan - makan . LM pergi sendiri je ngan anak - anak..jalan kaki masa tu..wahh seronok dapat cakap bahasa melayu masa tu..keh3 . Rindu dengan hilai tawa orang kita rakyat Malaysia ni . Rasa terhibur diri dapat jumpa rakan senegara . Lepas 2 minggu , kami pun di tempatkan di rumah transit sehinggalah dapat rumah yang sesuai nanti . Kami tinggal di apartment 3 bilik . Alhamdulillah...cukup selesa dengan 3 bilik air dan hall yang besar ...Nanti LM sambung cerita di episod lain lak ye..boring lak korang nanti .

www.tips-fb.com

Pengalaman Pertama Saya Memakai Tudung

Salam semua...LM nak masuk contest dari blog kesukaan LM ni . Blog Viruspadu . Dah bertahun - tahun LM asik bergayut di blog jemah ni atau panggilan alam maya nyer VP . 



Suka sangat kat jemah kerana blognya yang santai dan terasa dekat je ngan jemah . Jemah pun suka pink cam LM gak..haha .


Pengalaman pertama LM memakai tudung semasa LM nak masuk nasyid hujung tahun masa sekolah tadika . Masa tu kecik lagi..baru 6 tahun kan . So , bila nasyid , kenalah pakai tudung . Mak dah belikan tudung putih sarung cam budak sek rendah tu lah . Tapi asik tercabut je bila test kat umah . Mak pun cari idea nak bagi tudung tu cun di muka LM yang comey tu kan . Hehe .


Mak pun pesan kat ayah untuk beli jarum tudung yang ada warna hijau ,merah pelbagai warna kat belakang jarum tu . ayah tak bagi beli , dia kata nanti anak kesayangan dia sakit sebab nak cucuk pin tu kat kepala LM . Ishh maka kata..bukan tekan kat kepala , sematkan je kat tudung tu , biar kemas lipatannya . Ayah pun paham , dengan penuh keyakinan...ayah pun beli dan bagi kat mak jarum tu ... Wahh LM pun senyum ...mesti kakalong cantik nanti , cuma senyum - senyum je lah tunggu mak buatkan .



Lorrr..mak terkejut . Napernyer..ayah tanya . Bukan jarum ni lah , mak kata . Ni untuk softboard ..haha . Rupanya ayah beli jarum untuk cucuk softboard yang warna warni tapi pendek gemuk tu . Adehh lemah je rasa...tercabut lak tudung ni nanti pikir LM . Masa memang dah suntuk . Mak pun ambek je tudung tu dan pakaikan LM . Ni dah nak gerak gi majlis penyampaian hadiah dah ni . Mak pun ambik je pin rambut yang hitam tu..alah yang orang india selalu guna tu..atau mak andam selalu guna kat pengantin tu la ....


Mak sematkan je lah tudung LM ngan pin rambut tu biar lipatan tudung tu tak terbuka...Adehh macam manalah rupa LM masa tu ye ? Tak leh nak bayangkan . Tapi kerana masa tu masih kecil , LM fikir dah cantik la kot masa tu...haha . Lawak je first time pakai tudung . Tapi tak la hodoh kot masa tu..sebabnya LM kan comeyy...hik3 .


Sekian...

www.tips-fb.com

Hanya mampu mendoakan kejayaan dan keselamatan .

Salam semua....walau pun LM tercampak di bumi Qatar ni , tapi masih mengambil tahu apa yang berlaku atas perkembangan di negara sendiri , negara tercinta Malaysia . Walau pun LM buka kaki bola sepak , bukan peminat bola sepak negara...jauh di sudut hati ini LM mendoakan kejayaan terhadap pasukan negara kita . LM juga tidak putus - putus mendoakan keselamatan semua pemain dan penyokong Malaysia di sana pada malam ini . Semua tau gaya dan corak mentality penduduk di sana bagaimana . Risau juga jika berlaku sebarang pergaduhan atau pertumpahan darah nanti...mudah - mudahan tidak berlaku sesiatu yang buruk .


Penyanyi dangdut negara itu , Julia Perez berazam nak butakan semua mata pemain negara kita dengan pancaran lazer dari coli yang akan dipakai malam ni . Bukan berlawak...tapi dia memang serius dan berazam melakukannya jika tiada sebarang larangan terhadap dirinya nanti . Berita di sini .


Kemenangan itu memanglah penting , tapi LM lebih mengharapkan keselamatan terhadap semua pemain dan penyokong dari negara kita . Sama - samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka , Amin .

www.tips-fb.com

Dia datang nak cari gaduh ke...bikin onar ?


Salam buat semua . Wahh malam tadi ada orang serang shoutbox LM . Dia ni saja nak cari gaduh ke atau nak bikin onar kat shoutbox LM ye ? Plizz la..dah la tak berani tinggal nama . Pastu main serang hendap lak tu . Dari apa yang LM nilai , dia berlainan negara ngan kita kot ? Hello bro , LM ni berblogging untuk suka - suka tau...jangan wat hati ni jadi panas boleh tak ? 


Dah la LM ni bukan peminat fanatik bola sepak..kena lak sepak ngan mamat ni , panas tul hati . Plizz la kalau nak serang gi serang orang lelaki kalau tak puas hati . Nak serang pun jangan tusuk dari belakang..tunjuk muka...berani serang , berani lah tunjuk muka . Haiyooo takda kerja lain ke cari gaduh kat shoutbox orang ha ?

Mah tengok ni 

  • Guest muka cantik... sayang lahir di malingsyialan, kelaut ajj lah kau
    2010-12-28 3:50 PM
     
    #




Orang yang tak berani tunjuk nama dia tu..eiii bikin hati panas betul . Orang tua- tua kata..kalau kita layan orang gila , kita pun nanti gila . So...LM malas nak layan semua ni , blog dia pun takda shout box nak jerit2 kat situ , sebab tu dia suka jerit kat blog LM ye ?

Nilai lah sendiri , berbaloi ke setiap bantuan kita selama ni kepada mereka ? Adakah mereka hargai setiap apa yang kita beri ? entahla...mungkin bagi yang berakal dan ada pegangan agama hargai apa yang Malaysia beri . Tapi ramai je yang seperti lupa atau buat - buat lupa...huhu . Teramat sedih bila orang hina negara LM sendiri..sedihhh .

www.tips-fb.com

Adik LM Dah Berani Review Blog Akak Dia .


Salam buat semua...selamat pagi . Wahh bangun je tidur LM jalan - jalan cari berita hangat . Baru je nak buat entri pasal benda yang buat hati  LM panas..tup - tup ....ada pesanan dari adik LM suh usha blog dia . Lari - lari gi bul buka blog adik LM yang sorang ni .

Lagenda budak nakal

Wahhh budak ni dah berani review blog akak dia eiii . Hehe...sebenarnya budak nakal pertama kalinya review blog orang tau . So..dia akan review dengan cara dia , dengan seikhlasnya dan memberi pendapat tentang blog kita .Kepada sesiapayang tahan telinga nak keta kritik ngan adik LM ni...beranikan diri untuk bagi dia review blog korang . 


Kepada adik akak budak nakal...terima kasih kerana review blog akak . Akak cuba memperbaiki 3 kelemahan yang adik sebutkan tu . Ada yang nak baca ke ? Meh usha blog adik LM ni kat sini .


Nota kaki : Suka sangat bila ada orang tegur apa kekurangan kita , moga kita boleh memperbaiki apa yang lemah dan kurang .

www.tips-fb.com

Tuesday, December 28, 2010

Blur ke ?

Salam semua...tadi ronda - ronda ramai yang kata blur sebab tak tau nak wat entri tajuk apa . Semua orang akan rasa macam tu kot , kecuali....blogger senior yang idea dia mengalir bagai air sungai yang laju ..hehe


Sifu kata..bukan LM ehh , dia kata kalu takda idea..jangan pulak wat entri yang merapu lak . Nanti orang meluat dengan blog kita . So..pergi tutup laptop korang tu...gi tengok tv , merambu ramba kat luar ke..atau tido je...lagi best . Bila bangun je kan korang dah rasa fresh...so idea pun mengalir laju..betul tak ? Kalau tak betul..marah sifu , sebab dia yang cakap ni..haha .


Bukan nak cerita apa pun..sebenarnya apa yang ada di sekelililng kita semua leh cerita kat blog ni...olahan yang kita buat boleh menyampaikan satu masej yang berguna kalau kena gayanya kepada pembaca yang singgah ke blog kita . Kalau blog korang santai....tenang , semua orang suka baca walau pun sekadar celoteh kosong . Buat entri pun kena ikhlas pada LM , baru leh sampai mesej tu kan ? Bila mesej sampai , kita ramai kawan , ramai follower dan blog kita berkembang maju . Semua dapat kebaikan dari situ kan ? Kita pun untung , rakan yang follow pun dapat info dari setiap entri kita betul tak ? 


Happy blogging semua...kalau blur jom berjimba - jimba kat luar dulu...cari burger ke best gak ni ..haha .



www.tips-fb.com

Nice Blog Award


Salam semua...tak sangka budak botak dah jatuh hati kat blog ni..buktinya dia bagi LM award ni tau . Tak caya ? Meh  baca...buka semua dia sudi bagi award ni tau .

Baca ni :
He3, nama anugerah nie "Nice Blog Award" yg Budak Botak anugerahkan kpd blog2 yg berjaya menarik hati Budak Botak utk dtg lagi ke blog tu (ala2 cinta pandang pertama la, he3)...


**Setelah dapat, sila jawab soalan dibawah ye**

1. budakbotak11.blogspot.com (kalo korg yg bg, gantikn dgn link korang) di mata korang.. Berikan pendapat dengan jujur.
Blog budak botak ni memang best..LM selalu je masuk sebab di berjiran ngan blog IR. Hari - hari masuk usha kat sana..tapi jarang la jerit - jerit kat sana..sebab LM ni pemalu lah katanya kan..hehe .


2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
Hidup Itu Indah - Kerana hidup itu memang indah...sentiasa disulami dengan pengalaman yang indah dan menarik bagi menambahkan pengalaman dan keimanan kita .

3. 5 perkara yg korang suka
1.Pink
2.Coklat
3.Suka merajuk(haha)
4.Laksa penang
5.Makan dan makan.


4. 5 perkara yg korang benci
1.Bau rokok
2.Lelaki rambut panjang dan serabai..macam tak bersikat
3.Lipas
4.Orang kuat meludah
5.Tak tempat sesak..lemasssss .

Siap sudah...Tq budak botak..jangan serik datang sini lagi ye .
www.tips-fb.com

Blog Review By Mr Nakal


Nak support adik sorang ni , dia rajin nak review blog la pulak sekarang ni...sementara rajin..akak dia yang selalu dok kacau dia ni nak join sekali . Suka dok kacau bdk nakal ni..kadang - kadang berulang kali dia datang usha blog sis dia ni ...mudah ja kalau korang nak join..syaratnya .

1. Hangpa kena tahan mental

2. Aku akan review sekali dengan tuan blog..hahaa(acah jer)

3. Aku akn review secara jujur..kalau aku rasa boleh di puji aku puji,kalau boleh di kutuk aku kutuk(dah lama x kutuk orang ni..hohoho)


4. Buat kan entri pasai apa hangpa minat di
review oleh aku dalam loghat kedah(tu pun klu blh.klu x blh x pa)..Pas tu tinggalkan url entri hangpa kat komen

P/s : Letakkan header blog aku dan link sekali yer

hakhakhak


Semua sis dah buat..sis tahan mental nak kena kutuk apa pun dari bdk nakal ok..daaa .


www.tips-fb.com

Giveaway eqbalzack ' SERBA SATU '


Salam..LM nak join GA dari abang eq ni . Dah lama dah tertunda hajat nak join . Sesiapa yang  berminat leh la join ye . Bagi support sesama kita tu baik kan . Jom...menarik kan....nama GA nyapun dah menarik..hehe

Syaratnya pun mudah je.

1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi


LM nak tag 

Tq semua .

www.tips-fb.com

Contes aku dan kacamata .





Salam semua...LM nak join contest anjuran Syafiq ni . Dia memnag selalu lepak kat blog LM . Nak join gak bagi support kat dia . Tapi gambar lama je ehh..tak larat nak upload gambar la..huhu . 

Ini gambar yang LM nak pertaruh kan .



                                       Gambar Pertama ni..masa LM jalan - jalan di The Pearl Doha ,Qatar .


Ni gambar gedik - gedik dalam kereta je..haha .


Nak tag :


www.tips-fb.com

Bukan kedekut tapi...

Salam buat semua..ceria ke hari ni ? seronok berblogging ? teruskan yang seronok..tinggal dan tolak ke tepi apa yang melukakan hati . Abaikan je..hehe . Korang pernah tak rasa kan seseorang yang korang kenal tu kedekut orangnya . Sebenarnya...memang ada orang yang kedekut , tapi ramai gak yang kedekut bertempat ..haha .


Sebenarnya macam ni , kadang kala LM jadi heran pada sesetengah manusia ni . Memanjang je sesak hidup dia . Gaji pergi ke mana ek ? kadang kala tu tengok pakaian berjenama , isteri lebih dari satu...pakai kereta mak aii bergaya . Tapi..duit takda . Pelik gak bila ada yang kata asik tak berduit je..gaji kita ni..kalau sikit pun , jika berkat pada LM Insya Allah akan cukup seisi keluarga . Tapi kena betul la cara belanja nya kan ? 


Manusia ni..kalau dah selalu amalkan sikap meminta..memang tak boleh nak berhenti , sampai bila - bila lah dia asik nak mintak je kerjanya . Pernah LM jumpa..ada sorang tu , dia memang takleh jumpa "touke cop duit " ni ..kalau jumpa je memang lah asik nak minta duit..pinjam sampai sudah . Memang jangan harap lah dia nak pulang . Macam - macam alasan dicipta untuk nak pinjam . Kemalangan lah  , apalah ... bulan depan dia call lagi kata sesak nak makan takda duit..tiap bulan lah asik duk tanggung dia..aduhh dah la bujang . Rupanya guna duit tuk berjudi..baik punya tabiaat lah dia buat , huhhh !!


Seperti pada mula dikatakan..bukan kedekut , tapi rasanya tak penting bantu kaki penipu cam tu . Dah la asik minta duit tak tau nak bayar , pastu berjudi lak tu . Eiii benci golongan camtu . Lagi satu benci bila orang yang hati besar nak pasang 2-3...gaya lebih , tapi tak mampu . Pastu orang lain lak nak kena tanggung family dia ? Nasib malanglah jika bersaudara atau bersahabat ngan orang macam tu kan...ada duit takyah la simpan..sedekah je kat diorang . Besar lah dapat pahala bagi diorang duit kot ? huhu .


Memang semua orang akan emosi bila berhadapan dengan kaki peminjam yang tak tau nak memulangkan ni . Kalau setakat ratus - ratus ada maaf la nak bagi halal . Kalau dah beribu - ribu...semua liat nak bayar kan ? Takkan nak halal kan jugak ?Hello bro , orang lain tak tau guna duit ke ? Teringat masa zaman belajar dulu , ramai je kawan yang susah . Tapi mereka tak meminta pinjam pun...bila tengok dia tak beli makanan..memang leh agak dia takda duit . Kita ni ada hati , bukan hati plastik atau hati batu...tau menilai orang susah dan orang pura - pura susah . Membantu orang susah tu perlu , tapi bantu orang wat dosa berjudi dan bergaya tu perlu ke ? hehe . 

Nota Kaki:Benci golongan yang tau nak ketuk orang je..

www.tips-fb.com

HATIKU MILIKMU


Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

Salam buat semua..wahh ayat bunga - bunga LM pagi ni..hehe . Sebenarnya..LM br je habis baca novel yang dihadiahkan oleh sahabat LM . Wahh tq ye kerana dia sudi bagi novel kepada LM . Memang suka baca novel pun..dalam masa sehari je LM habiskan baca novel tu..hehe . 


Novel yang bertajuk HATIKU MILIKMU ditulis oleh 
Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN 




Satu novel yang bagus buat remaja khususnya . LM rasa tenang membacanya . Jalan cerita yang berbeza berbanding novel cinta yang LM baca sebelum ini . Apa pun...terima kasih sekali lagi kepada sahabat LM tu..tq tq tq .





www.tips-fb.com

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN SOALAN(2)

BEN ASHAARI

Jawapan 2(a)
=97


Jawapan 2(b)
=entahla..mama sendiri pun dah tak terkira...banyak la tu kan?hehe.


.http://familymoza.blogspot.com/2010/12/dah-lama-buat-tapi-peram.html
2. http://familymoza.blogspot.com/2010/12/handmade-wallet-lagi-dan-lagikali-ni.html
3. http://familymoza.blogspot.com/2010/12/handmade-wallet-lagikali-ni-for-men.html
4. http://familymoza.blogspot.com/2010/12/hancur-luluh-hatikusapa-leh-teka-mama.html
5.http://familymoza.blogspot.com/2010/11/tewas-lagi-akhirnyaa-handmade-wallet.html <---(ade 2)



Pandangan terhadap soalan 2:
Pada pandangan LM soalan dua ni memang agak mencabar juga...kena pantas pergi masuk blog tersebut dan ben bagi url , buka nama orang tu...so agak mencabar untuk bahagikan nombor blog tu  dan cari nombor blog yang kedua untuk dibahagiakan .Apa pun , memang seronok dapat merayau dan follow ramai kawan baru . Leh belek blog orang dan tinggaklan jejak juga . Aduhh memang peramah nyer perangai ni tak leh nak buang ..hehe . Bagi soalan 2(b) pula..memang dapat cuci mata tengok hasil kerja mama yang kreatif dan kemas tu . Rasa jeles pula tengok kepandaian orang lain..jeles baik takpe kan ? ronda - roda jelajah blog kawan - kawan memang syok . Ramai leh follow, ramai sahabat kita dapat . Banyak ilmu leh kongsi . Segmen ni makin lama makin seronok..best la. Haipp ni buka ayat bodek ehh .

Nota kaki : Selamat tentera tak buat hal..boleh selongkar blog tu main matematik..hehe .




www.tips-fb.com

Monday, December 27, 2010

Apa raba - raba ?

Salam buat semua...sihat ? LM macam biasa je , masih tercalar dan terluka..cheeewahhh , macam ayat novel je haha . Tadi masa jalan - jalan ada terbaca dia kata awa awek nangis - nangis sebab kena raba . Ciss kurang asam tul orang yang meraba tu eh? Pastinyer yang meraba tu lelaki tulen kan ? huhu . Apalah yang korang dapat dengan setakat meraba tu...sila jawab . Aduhh kan meraba tu dah dikategori mencabul kehormatan orang . Sopan lah sikit perangai tu.

Biasanya lelaki akan ambil peluang meraba dalam keadaan yang bersesak - sesak . Mulalah mata dia mencari mangsa . Kadangkala buka wanita free hair dan seksije yang jadi mangsa..yang pakai tutup aurat pun mereka berani usik . LM memang kurang minat nak berada dalam keadaan yang bersesak - sesak . Selain tak selesa..risau kes macam ni lah .

Apa yang penting , sebagai wanita kita cuba menjaga penampilan diri , jika dah nak terkena juga....tak tau  lah nak cakap kan ? Sedihnya bila jalan di tempat sendiri pun rasa tak selamat kan ? Wanita untuk dihormati , bukan untuk dibuat sesuka hati . Jika adik atau kakak kita yang kena pasti kita pun marah kan . apa pun..moga perkara raba meraba ni tak berlarutan . LM sendiri gerun nak jalan sorang - sorang sebenarnya bila balik kampung..risau benda - benda tak elok berlaku , bak kata orang...lebih baik mencegah dari mengubati . Betul tak ?


www.tips-fb.com

Putera Puteri Menghiasi Laman .

Salam buat semua . Terima kasih atas kesudian sahabat semua kerana ingin menjadi penghias bloglist di laman blog LM . Dengan kehadiran putera dan puteri semua , bertambah cerialah laman blog ini lagi . Bagi mereka yang sudah tersenarai di kategori sahabat dan bloglist , LM tak masukkan lagi nama korang ye .


Terima kasih sahabat semua , moga kita dapat berkongsi segala yangg baik di sini . InsyaAllah . Walaupun semalam hari ahad , tak sangka ramai yang buat entri untuk masuk bloglist LM ni..tq semua . Apa pun , happy blogging semua .


www.tips-fb.com

Tahun 2010 bagi diri ku .

Salam buat semua . Tahun 2010 dah nak meninggalkan kita . Rasanya baru saja dia menjelma , tapi dah nak meninggalkan kita . LM rasa putaran masa semakin laju sekarang  ni . Kalau terleka sikit je , pasti banyak benda terabai . Korang rasa tak apa yang LM rasa ni ?


Entah la ye , ramai yang dah sibuk pasang azam untuk tahun baru . Bagi LM...cukup lah sekadar apa yang ingin di  capai tu dapat digenggam . Apa yang penting , impian untuk terus jadi insan yang baik akan jadi kenyataan . Pernah LM luahkan kepada sahabat LM , ingin jadi insan yang baik, nak berhijrah jadi wanita yang lebih baik . Dia terkejut , dia kata macam lah selama ni LM jahat ...hehe . Sebenarnya...selagi kita masih melakukan perkara yang tidak bermanfaat...selagi itulah LM rasa diri ini bukan insan yang baik..huhu .


Dalam dunia blog pula , Alhamdulillah... ramai sahabat sejati di sini . Tanpa di pinta mereka datang menghulur persahabatan , dan keramahan serta keihlasan mereka LM hargai . Moga persahabatan ini kekal selamanya . Seperti ada ribut yang melanda...sekarang ni ramai blogger asik melahirkan keluhan..meluahkan perasaan tak puas hati sesama sendiri . LM pernah dinasihatkan...kalau seorang je tak suka kita..bukan bererti semua tak suka . Kerna kata- kata semangat itulah yang memberi kekuatan untuk LM terus berada di sini . Jika nak di  kira kata- kata pedas dari entri mereka yang menyindir dan mengata...terasa gak hati ni...tapi berbalik kepada matlamat blog ini dibuat , adalah untuk berkongsi kisah kehidupan kami di sini dengan pembaca semua . Tak lebih dari itu . Bukan untuk menunjuk - nunjuk atau membangga diri ..tidak wahai sahabat semua .


Kehidupan berlalu setiap detik..hanya kita yang tidak menyedarinya . Adakah tahun baru nanti mampu memberi sinar keceriaan kepada diri ini ? entah la kan...hanya Dia yang mengetahui . Apa yang pasti...tahun 2010 banyak mencalitkan kenangan pahit buat diri ini . Apa yang mampi diharapkan , tahun baru nanti semuanya akan berjalan lancar , dan moga blog ini terus boleh diterima oleh sahabat semua . Ampun maaf dipinta jika selama bersahabat di alam maya ni LM ada melukakan hati kalian semua . Semua nya berlaku tanpa niat dari LM sebenarnya . Kepada yang terluka dengan komen LM di entri atau di Shoutbox korang..LM minta maaf sekali lagi...tiada niat untuk melukakan hati korang sebenarnya..maaf sekali lagi .


Mood memang ke laut hari ni , terluka dan tercalar sebenarnya...dalam tak sedar terasa seperti sudah melukakan hati banyak pihak . Tidak bermaksud apa - apa mungkin olahan ayat LM membuatkan ada yang kurang faham maksud yang ingin di sampaikan....apa pun , buat adik kakak yang rajin ke sini bersahabat ngan LM...terima kasih yang tak terhinggah diucapkan . Kita semua sama...kita anak Malaysia . Moga kita semua bersatu suatu hari nanti . 




www.tips-fb.com

Jom Join Bloglist LM

Salam buat semua....sebagai menghargai korang yang selalu mengunjungi blog kesayangan LM ni , LM nak masukkan korang yang berminat ke dalam bloglist yang akan LM rombak sempena tahun baru yang akan tiba nanti . So..sesiapa yang berminat untuk masuk dalam bloglist LM..sila lah buat entri ok . Mudah saja .

1. Letak banner LM



2.Buat entri dan nyatakan korang kategori puteri atau putera . 


3.Nyatakan kenapa nak masuk dalam bloglist LM .


4.Nyatakan pandangan korang terhadap blog ini .


5.Bagi url entri korang , diulangi..url entri tau..sebab susah sangat nak cari kalau korang letak url blog je..huhu .


Sekian..happy blogging semua . terima kasih atas sokongan korang terhadap blog LM ni .


Yang dah join
Puteri
1.ummiizzah
2.Faizah
3.Misz Nana
4.Shaq
5.Nur Afiqka
6.Jiha
7.Rabiatul
8.Qasehdalia
9.Nur
10.Ayuni
11.Hajar
12.Wan
13.Cik Dya
14.Miss hunny

Putera
1.Shahazrin
2.Aku Anak Pahang (AAP)
3.Chef Hussin
4.Hawiz
5.Daddydian
6.Kidin
7.IR
8.Budak botak
9.Zahirul



Ok..tutup . Cuma kepada mereka yang berminat je..tq kepada yang sudi nak join .



www.tips-fb.com

Sunday, December 26, 2010

Korang memang sahabat .

Salam buat semua...LM terharu kepada mereka - mereka yang benar - benar menjadi sahabat alam maya LM ni . Terharu sangat . Sebenarnya...memang tak sangka tau . Ada beberapa jenis sahabat yang LM kenal pasti di sini . Satu dia datang tak tinggal jejek di shout box, tapi dia datang setiap entri LM . Ada gak yang tinggal jejak di kedua- dua tempat . 


Ada satu lagi jenis sahabat ni..dia masuk , dan baca entri..datang senyap - senyap je tapi sumbang trafik , bila kita check...wahh banyak kali nyer dia datang . Pernah dalam sehari..LM check ada satu blog tu..dia hit sampai 168 kali blog LM . Dah ada sorang tu gak..dia tak komen pun..tapi dia hit sampai 60 kali sehari....dia jarang komen kat blog ni..tapi LM tau dia intai dan skodeng entri LM yang tak best ni .


Hari ni ada satu blog tu pun usha dah banyak kali blog ni . Berpuluh - puluh kali , tak terbalas jasa korang sebenarnya . Apa pun..tq kerana sudi menjenguk blog ini , tak kisah la korang komen atau tidak..LM hargai persahabatan alam maya yang terjalin antara kita ni . Sebab tu jangan kita kata orang tak sudi datang blog kita...mungkin dia datang senyap - senyap..kita tak tau , hehe . Moga kita saling bantu membantu dan sama - sama kongsi ilmu yang ada . Terima kasih semua .


www.tips-fb.com

Merajuk dan kecil hati

Salam buat semua...seronok berhujung minggu ? cuti -cuti ramai yang balik kampung kan ? Wahh jeles giler tengok dalam blog orang ada ikan keli...dan ada yang balik kuching dapat menikmati keindahan kampung dan makan masakan mak . Jeles ni..haha . Takpa..jap lagi LM nak masakan masakan kampung..dah minta tips ngan CMG tadi..pasni leh makan syle kampung lak . Best tu....


LM nak ajak korang kupas sikit dua perkataan ni..ada persamaan tak ? merajuk ngan kecik hati . Pada LM ...tak jauh beza pun kan ? Orang yang merajuk tu..sebab dia kecik hati lah kan ? hehe...ada komen ? Tapi merajuk ni biasanya tak lama..kejap je dah ok kot . Kalau kecil hati ni..kita just pendam je . Diam kan perkara tu..dan berlalu pergi , pendam bertahun - tahun sehingga menjejaskan perhubungan antara kedua belah pihak..betul tak ?


Pernah kecil hati ? Selalu je kan ? hurmmm kita ni kadang kala kalau bercakap asik fikir hati orang je , bila kawan pinggirkan kita ....kita masih mampu tersenyum . Sekadar mahu menjaga hati , menjaga perhubungan . Tapi sebenarnya bukan dah kecil hati je..hati dah jadi kecut dan kereput pun tau ..haha . Dalam pergaulan seharian..kecil hati dan merajuk ni perkara biasa....sesama kawan , adik beradik mahu pun suami isteri . Biasalah tu , bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit . Saling memaafkan itu lebih baik untuk ketenangan diri sebenarnya...betul tak ?


Tapi untung ker merajuk ni ? Kadang - kadang..merajuk tapi takda orang nak pujuk . Orang tak sedar pun awak merajuk . Camner tu ??? hahaha .


www.tips-fb.com

500 Blog

BEN ASHAARI

Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..


-LM adalah anak Jati Johor yang sedang menetap di Doha , Qatar . Anak sulung yang agak manja dan sensitif terhadap persekitaran dan mudah menyayangi semua rakan . 

Tujuan menjadi blogger adalah untuk merakam segala detik indah sebagai anak perantau di bumi arab yang indah ini . Ingin berkongsi segala yang baik dengan semua yang datang singgah ke blog LM ni .

Nak join cari harta karun ni..hehe..jom ramai- ramai join...



www.tips-fb.com

Saturday, December 25, 2010

Kuih Lompang


Ini lah hasil kerja LM lepas subuh pagi tadi..hehe .

Salam semua...Sihat ke ? Wahh LM dalam tak sihat pun semangat sangat hari ni buat kuih lompang tau . Buat warna - warna ceria pula tu . Semangat betul . Sampai nak pitam tunggu habis kukus..hehe . Kukus LM ni pun comey je macam tuannyer..adehh letih tunggu siap kukus semua . Buat lak dua adunan ..huhu .


Nak dijadikan cerita...masa dulu duk kat Ganu...LM ngidam nak makan kuih lompang ni . Tapi cari merata memang tak jumpa . Kalau ada pun sepupu dia , kuih kasui @ kosu . Tapi tu pakai tepung gandum...LM nak makan kuih lompang yang guna tepung beras gak masa tu . Cari merata memang takda . Akhirnya terpaksalah buat sendiri .


Mencabar gak masa nak buat tu...kalau tanya beberapa orang...memang orang tua - tua ni kedekut pahit ilmu diaorang . Mampus tak mo bagi tau resepi . Ada lak resipe yang guna air kelapa muda..mana nak cari..leceh la pula...so LM terjumpa satu resipe ni..terus jatuh hati . Kat mana jumpa pun dah tak ingat..sebab main google je , kakak tu tepek kat blog dia resipe ni .


Kepada yang berminat...boleh la cuba , mudah dan memang berlubang tengah dia....bukan resipe LM yer..LM memang tak ingat cedok resipe siapa , dah lama sangat guna resipe kakak ni . Maaf lah tak dapat bagi kredit kepada tuan punya resipe...moga Allah memberikan rezekiyang murah kepada beliau..tu saja doa LM .

Resipe :
3 cawan air
3/4 cawan gula
daun pandan 2 helai
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
air kapur i sudu besar

Cara :
1.Masak gula dengan air secawan dan daun pandan..sejukkan .
2.Setelah itu boleh campur kan semua bahan dan warnakan ikut kesukaan . Bila dah masukkan dalam acuan..kukus 20 minit . Siap...hiaskan dengan kelapa parut .

www.tips-fb.com

Projek Semalam



Salam semua....bila badan tak sihat..tekak meraam nak makan macam - macam...itulah kebiasaan LM . Dalam keterpaksaan , LM terpaksa membuat makanan yang teringin sangat nak ngap tapi tak tau nak beli kat mana yang mengikut citarasa LM..huhu .



Kena wat inti dulu...LM nak inti kentang campur ayam.


Adunan tepung tu..LM guna adunan untuk buat sardin roll tu .


500gm tepung gandum
250gm butter yang masih sejuk
air sejuk secukupnya untuk menguli .


Simpan doh dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam...baru di canai . Dari mana dapat resipe ni ekk?aduhh dah lama dah ni..maybe dari my resipe kot..




Dah siap masukkan inti dan disapu kuning telur. Gunting kan bahaian atas nya sebelum bakar .


LM bakar 20minit je...


Sedap di makan panas - panas...apa nama dia ekk? puff ayam ke ? kalau CMG tengok ni...malu LM , dah la bentuknyer tak cun..huhu . Bentuk tak cun..tapi rasa  
dia mengancam tau .



Nota kaki : Rasa dia macam sardin roll tu..cuma LM ubah ikut citarasa LM je inti tu...hehe



www.tips-fb.com

Jom Berkenalan



Soalan 1 : Apakah status anda?
Semua orang yang dah follow lama kat sini dah tau kan..LM sudah dipunyai , dan hati ku telah dimiliki...tak perlu dicerita panjang lebar lagi . Rasanya takda yang guling2 frust pun..haha . Lawak je jawapan .


Soalan 2 : Cite sket pasal diri anda?
Seorang wanita yang suka warna pink dan putih , cepat  terasa hati . Kuat merajuk tetapii kuat semangat . Mungkin ada sedikit ketabahan dalam melalui kesulitan dalam perjalanan kehidupan yang rumit . Suka berkawan dan mungkin peramah kot..hehe .


Soalan 3 : Ceritakan tentang blOg anda.
Blog peribadi yang biasa - biasa je . Menceritakan tentang sekililing dan kehidupan seharian LM sendiri . Tiada yang istimewa pun di sini .


Soalan 4 : Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Menarik , ramai blogger baru yang bersemangat dan baik hati . Ramai yang sudi membantu jika ada masalah . Memberi 1001 ilham kepada LM untuk terus melangkah ke hadapan .


Soalan 5 : Nasihat anda kpd rakan2 yg baru nk buat blOg?
Jom ramai - ramai buat blog.Share apa yang anda fikir baik dengan semua pembaca . Tapi bahasa kena baik , bahasa melambangkan siapa kita. Bagaimana peribadi kita. Betul tak ?


Soalan 6 : Nyatakan keunikan yg terdapat pd blog anda?
Takda apa yang unik pun..hehe


Soalan 7 : Sampai bilakah anda akn menulis blog dan impian anda dlm dunia blog?
Selagi termampu..akan terus melangkah . Bila dah takda orang nak follow dan baca blog ni selama seminggu ....baru LM tutup blog ni..haha .


Tak mampu nak tag sesiapa..kerana , LM sendiri telah di tag lebih 5 orang baru mampu buat tag ni..huhu .


Nota kaki : Jom berkenalan ....L for Lydia M for Miza...lahirlah LM .



www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...