Tuesday, April 26, 2011

Kenapa Perlu Berputus Asa?



Assalamualaikum...
Pernah mengalami kedukaan dalam hidup ? LM pernah rasa putus asa dan sakit untuk bangkit semula menjalani kehidupan . Tapi...LM mampu berdiri dan bangun melangkah untuk menjalani kehidupan semula sebagai khalifah Allah di muka bumi ini .


Kadang kala kita lupa , kita lalai bila kita duka . Kita rasa terhempas dan berkecai bila kita terluka . Kita rasa lebih baik mati bila kita kecewa dan akhirnya kita berputus asa . Seorang teman LM sedang berduka , hancur dan kecewa dalam kehidupannya . Malah lebih malang lagi sedang menghadapi saat sukar keguguran dan tumpah darah sudah 4 kali sejak semalam . Tapi masih berdegil tidak mau menerima rawatan . Tak mau pergi klinik atau hospital . Katanya dia puas melihat darah tumpah dengan banyaknya . Dia kecewa...hampa dan rasa tak kuat untuk melalui kedukaan hidup .


Korang rasa adalah tindakannya betul ? Adakah membiarkan diri dalam keadaan tumpah darah dah 4 kali tu tidak membahayakan kesihatannya ? LM rasa cemas , runsing dan risau dengan keadaannya . Tapi LM tak pasti adakah tindakannnya itu membahayakan dirinya atau tidak kerana LM bukan doktor .


Apa yang mampu LM katakan...bukan kepada sahabat LM saja , malah kepada diri sendiri juga jika ada kehampaan...ubatilah . Tapi adalah berdosa menganiayai diri kerana hidup kita bukan suka -suka . Kita lahir sebagai khalifah Allah di muka bumi ini . Kita ada tanggung jawab pada diri dan juga yang paling utama kepada Allah...wallahua'lam. fikir - fikir kan lah .
www.tips-fb.com

16 comments:

fyy mokhtar said...Reply To This Comment

sokong ape kata kak lm!!!, patut jgn putus asa. kena sentiasa maju :)

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

baru nak cakap tapi LM dah bg tau kat perenggan last ..

tak baik menyeksa diri sendiri ..

teman terdekat patut bagi dorongan .. semoga teman LM tabah ...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

fyy-ye..tak elok putus asa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

yaya-tu lah..jgn down.kena tabah dan usaha menuju impian hidup yg bahagia.

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

betul tu kak, satu je sifat mat rempit yang kita semua boleh ikut, yakni, mat rempit tak pernah berputus asa. :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

kadang2 dtg menyerang
insyAllah nak jd kuat,tabah,saba redha :)

thanks LM

JIJI YU said...Reply To This Comment

kita adalah tanggungjawab darinya..

eRza farEeha said...Reply To This Comment

klu kite kt tempat die..xtaw la leh tabah ke x kn akak..

Bulan said...Reply To This Comment

betol kata akak tue.hidup kita bukan utk disia siakan

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

betul tu kak...mana boleh cepat putus asa..tapi kadang2 diri terlupa, rasa lemah dan tak berdaya...hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kan kak comot...

forever love said...Reply To This Comment

setiap kali kita rasa kita dah putus asa.. dekat kan diri dengan Allah... then.. muhasabah diri kita balik... tanya diri kita kenapa kita terasa putus asa.. dalm cuba cari penyelesaian nya...

pasal kawan ummi tue.. better pi hospital.. takut pape jadi..

Eyrique Ettiqazz. said...Reply To This Comment

hidup perlu berfikir dan berusaha bknnya menyerah..ramai yg buat begitu sbb kdg2 kita lupa pd perancanganNYA kerana terlalu kecewa dan berduka...sabar kerana mgkn ada yg lebih baik...sabar itu cantik mcm nafastari ckp...kalau emosi kuasai diri begitulah jadinya...cara yg lebih halus dpt menangani masalah ini..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ada org yg putus asa sampai seksa diri dan lebih buruk lagi bunuh diri. tp kena ingat! semua tu hanya mengundang azab Allah semata2~

hidup perlu diteruskan walau apapun yg terjadi~

laloque said...Reply To This Comment

moga Allah memudahkan perjalanan hidup beliau selepas ini

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Astaghfirullah al azim..kasihannya kawan adik jelita tu...dia dah terlalu stress tu..bantulah dia segera

Woofer Storm said...Reply To This Comment

ada betulnya ummi.tapi fitrah manusia biasa..bila asik gagal hatta dah mencuba 2,3 kali pasti akan kecewa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...