Wednesday, April 20, 2011

Kenapa Ramai Tak Suka Pergi Klinik / Hospital Kerajaan ?



Assalamualaikum...
Bangun saja pagi ni , LM dapat pesanan dari sahabat bahawa dia keguguran kali ke dua . Jika dia tak gugur kali pertama anaknya pasti sebaya dengan bakal baby LM nanti . Kini dia keguguran lagi 


Malangnya , dia pun tak tau dia mengandung , kerana 2 minggu lepas dia datang uzur katanya . Semalam , dia pergi buat check up di hospital kerajaan . Malangnya bila di sana , dia masuk bilik seorang sebab suami tak dibenarkan masuk sama . Dalam bilik doktor siap maki dia lagi , kata dia bodoh sebab tu tak tau mengandung sampai keguguran . 


Jika kalian di pihak dia sakit tak bila mendengar pelbagai cacian dan makian dari doktor pabila kalian keguguran kali kedua ? Orang yang doktor maki itu bukan sebarangan orang ...bukan tak berpendidikan tinggi . Tapi kerana dia berniqab...korang wahai doktor sedap - sedap nak maki tak tentu pasal . Sebab korang ingat dia ni tak sekolah tinggi macam korang ye ? 


Maaf LM sangat emo ...sangat marah dengan layanan dan sikap dari doktor dan jururawat hospital atau klinik - klinik kerajaan ni . Layanan tak ikhlas...ye , LM tau itu bukan semua . Tapi hampir semuanya tak ikhlas dan buat kerja sambil lewa . LM sendiri alami benda yang sama . Akibat tak cukup inkubator untuk baby yang bakal LM lahirkan , pakar kanak - kanak tak berani nak terima baby LM yang bakal lahir pre - mature tu . Last - last LM ditolak ke hospital kerajaan . Tapi dalam kesakitan untuk melahirkan , jangkitan kuman dan air ketuban yang dah kering , dari 5.30 petang mendaftar , pukul 9.30 malam baru LM dapat wad masa tu . Sangat sedih dengan sikap sambil lewa kaki tangan hospital kerajaan . 


LM dihantar menaiki ambulans dari hospital swasta ke sana , kad mengandung dicop urgent ...tapi masih korang anggap hal kami sebagai patient ni remeh kan ? Kesal ...sangat - sangat kesal dengan layanan sepanjang berada di hospital kerajaan . Pertama kali bersalin di sana buat LM serik dan harap itulah yang terakhir dapat rawatan d hospital kerajaan .


Buat adikku syikin , tabahkan hati . Keguguran itu ada hikmahnya . Nanti bila dah sihat sikit sila buat laporan ke atas doktor yang kurang budi bahasa tu ye . Moga lepas ni mereka buat kerja dengan ikhlas . Jangan layan pesakit macam peminta sedekah saja wahai jururawat dan doktor - doktor di hospital kerajaan . Kami ada maruah...bukan kami suka - suka nak tagih simpati atau buat - buat sakit bergayut berjam - jam di sana . Ingat lah...duit gaji  yang korang dapat tu , nak buat makan , suap anak , bagi mak kat kampung . Bekerjalah dengan seikhlasnya....LM faham bukan semua berperangai sebegitu , tapi kebanyakannya adalah seperti itu .


www.tips-fb.com

79 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

ilmu yg doc tu ade xhebat mane pon,sian belajar tinggi2

adab tak de

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

bukan semua camtu kak, tapi tulah kan.

MiSzy DiaN said...Reply To This Comment

tak suka nak pergi hospital gov tp kalu pergi klnik pn terpksa refer kt hsptl gov gak mcm last year..
bygkan nak dian pergi jam9 mlm balik 4 pagi.. huhu.. last2 kena tahan wad.. lamanya.. then adik plak aritu, pergi hpstal jam1 pagi sb emergncy kan.. skali blik jam6.. doc yg bertugas cuma 2 org.. bila di tnya, dorg suruh tggu.. eayaaa di tnggu smpai berjam2.. hampehh dgn layanan kakitangan hosptl gov and doctr dia skali.. hurmm..

harap kawan kak LM bersbar yaa..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-tu lah psl..ilmu ada..adab takda pun tak guna gak..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

KAMIHIDUP-kan akak kata..bkn semua..tp mmg hampir semua kurang asam..kurang budi bahasa..semua nya kurang mereka2 ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

dian-bab kena refer tu yg lg mereka buat sambil lewa...benci dgn sikap mereka..siyes akak benci .

KL BOYZ said...Reply To This Comment

mau atau tak mahu, hanya Klinik dan Hospital Kerajaan saja yang dapt menampung kos rawatan penduduk marhean. Tepuk dada tanya selera, buka wallet tengok duit. Jika mampu sudah tentu keadaan menuggu rawatan, dimarahi doktor dan salah faham akan cuba dielakkan dengan mengambil rawatan diklinik Swasta, tetapi akhirnya Daripada Klinik mewah ditendang ke Hospital kerajaan dengan bayaran yang murah kerana tidak cukup peralatan. Membuktikan hanya kerajaan saja yang mengambil berat tentang penyakit berjuta rakyatnya.

Abd Karim MJ said...Reply To This Comment

Assalam.. lain kalai ckp "I AM A BLOGGER" - sure dia kecut perut punya ! saya selalu buat mcm nie .. tu sbb biasanya akan dapat layanan yang memuaskan di semua tempat !

sbb "BLOGGER" ada peluang bersuara ... sekarang ini !

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

hurmmm...sebab depa ingat depa keja dengan kerajaan, jadi buat sambil lewa sebab gaji murah ke? erk..ntah la..hurmm..

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...Reply To This Comment

Saya memahami apa yang LM rasa. Sebenarnya saya dulu pun pernah bertugas di hospital kerajaan. Ikhlas dari hati, memang doktor nak beri terbaik kepada pesakit kerana itulah yang diajarkan kepada kami sewaktu student. Namun bila masul alam pekerjaan, bebanan tugas doktor di hospital dengan jumlah staff yang kurang adakalanya membuatkan doktor bekerja dalam keadaan stress . Manusia yang dalam keadaan tertekan adakalanya tidak membuat pertimbangan yang rasional sebab itulah kita selalu mendengar komplain ramai pesakit dapat layanan buruk di hospital kerajaan.

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...Reply To This Comment

Saya mohon maaf bagi pihak rakan sejawat saya yang menengking kawan LM tu dan kalau rasa tidak berpuas hati kawan LM yang kena tengking tu boleh buat aduan ke pihak pengarah Hospital. Apapun doktor tersebut memang tak sepatutnya memarahi apatah lagi menengking kawan LM yang alami keguguran itu.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

APA LA PUNYA DOKTOR YG KURANG BERBUDI BAHASA TU...LM BGTAU SAT HOSPITAL KERAJAAN NEGERI MANA?

Bulan said...Reply To This Comment

tol akak.mase mama Bulan nk bersalin adik bongsu.Bulan duk tggu mama. Bulan siap gaduh2 lg ngan nurse tue. sbb mama ade komplikasi time tue.dia biar je mama kt tepi tue.ape lg.mmg mangamuk la Bulan time tue kecoh 1 wad tue.huhuhu. kalo fikir blik mmg xde org nk wat menantu kot.ah! peduli ape kn.eheee

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

memang tak suka,sangat tak efektiftau la perkhidmatan free,tapi ikhlas la sikit buat kerja tuh.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

KL boyz-itu tanggung jawab hospital kerajaan...buatlah kerja dgn ikhlas..itu kan lbh baik dr maki hamun org .kami bukan pengemis.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Abd karim MJ-huhu..takkan nak ckp camtu lak..siapalah kita bila ada dpn mereka ni kan..hny dipandang sepi.takkan nak gi spital nak pki cam nak gi opis br mereka nak layan baik..

ukhti syikin said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sunah-itu kena tny mereka sendiri..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Dr Mohd Hafiz-assalamualaikum...itu cuma sedikit pengalaman yg LM ceritakan,blm lagi kisah dlm labour room..huhu.LM bukan mau bangkin memburuk2 kan keadaan , tapi cuma maukan keadilan..dilayan sebaiknya..sebagai manusia.itu saja.bkn anggap kami ni tak punya hati.kami sakit..bkn tak sakit.kami tak merungut time tu...kenapa perlu hamburkan kata2 menusuk ke jantung..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Dr Mohd Hafiz-Saya akan menasihati dia..moga dia sedia membuat laporan .

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ladyzul-saya tak pasti kak...sbb diia cuma msg jap je td..tak larat bgn katanya..huhu

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Kerja sebab nak duit inilah jadinya. Keikhlasan tu xde langsung.

pneumedic said...Reply To This Comment

besela..yg buruk semua nmpk..bila ade nyawa diselamatkan...kdg2 tu terima kasih pun tiada..kn dr hafiz?..

mama zakuan said...Reply To This Comment

mama harap syikin bersabar...betul kata Lm buat laporan...kita ada hak kan..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

AIM ada bad experience dgn nurse je biasanya. Doc lebih menghormati patient- ni kalau kat serdang la...nak2 lagi doc2 muda, yg baru ditugaskan berkhidmat. mmg tiptop la layanan mereka.

masalah nurse ni nak atasi senang je, kita kena act sikit as hi-education punya patient...fahami beberapa terms medical dah cukup utk buat dorang ada respect kat patient...hihii (ni yg AIM praktis la)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bulan-tu lah...akak tak tau nak kata apa..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

rozuan-entah la dik..akak dah alami mimpi buruk tu..sangat memeritkan berada di sana 5 hr

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

syikin-bykkan bersabar dik..moga dia dpt hukuman setimpal atas keangkuhan dia...ayat terakhir dia sungguh kejam

AngahSayang2314 said...Reply To This Comment

tue la pasalnyer...susah nak cakap kalau yg kerja kerajaan nie...kalau kita cop macam nie kang kita yg kena kan?? apa pun sian kawan LM

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ammar-itu juga yg deno hadapi di hspt kini..sian kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pnuemadic-mmg lah ada kebaikan..kan Lm kata bkn semua nya buruk.tp adakah anda rasa apa yg kami alami ni tak buruk..sila baca mengakuan dan komen syikin sebelum tuduh kami bukan2 wahai saudara...kami dianaiaya..ini adilkah?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

mama zakuan-moga syikin akan buat laporan ye mama...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

AIM-ni dengan doktor...tu yg rasa kecewa tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

angah-mmg kita takda hak untuk bersuara..tgk komen encik pnuemadic...dia sepeti menyalahkan akak dan syikin..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Alahai .. nape la dktor ckp camtu? bkn kah dktor org yg brpelajaran, berilmu dn sememangnya tugas diaorg merawat pesakit.

Tu psl la kc takmo gi spital kerajaan. sbb trlalu byk dgr cite2 camni. takut!!

Piasara said...Reply To This Comment

"akak pernah buat d&c 2x..dua2 buat di hosp.swasta sbb yg pertama kali gugur tu akk call tanya kwn..di jwb baik jgn buat di hsp kerajaan sbb dia pernah ada pengalaman buruk..darah berjujuran..tapi masih tak dirawat..ms bersalin ank sulung pun akk pi hosp kerajaan sbb suami akk beria suruh pi kerajaan..itu jer pertama dn terakhir..yg second sampai last semua di hosp swasta..tq suami ku...sbb faham.."

Peri PiA said...Reply To This Comment

kadang2 nsb juge tu,TAPI SGT TAK FAHAM la kenape mesti menggunakan kata2 yg menyakitkan hati?...terkilan2

Halimatun Sa'adiah said...Reply To This Comment

sbb bodo la..g jmpe doktor....

mentang2 dia blaja tggi ckp org cm2 ek...sian patient jd mangsa...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

tini pun kalau boleh nak bersalin kt private hosp. malasahnya kt muar ni xde private hosp yg doktornya perempuan. Tini klu leh nk cari perempuan. Mcm kt bangi ada hosp az-zahra dan an-nur. best dgr cerita kakak yg bersalin di sana. sdahlah layanan baik. doc perempuan pula tu. masa nk bersalin kt labour room dipasang bacaan Al-Quran. Kakak ckp tenang je rasanya.

W/pn belum preggy tp kami mmg dh buat simpanan untuk anak dr skrg. mmg klu diizinkan nksgt bersalin di hosp swasta yg islamik.

ghost writer said...Reply To This Comment

masalah birokrasi yang menjengkelkan...hampeh!

Belalang Hijau said...Reply To This Comment

letih dah dgr kisah psl doktor ngan staf spital yg perangai mcm nih. belalang dulu pukul 2 pg bawak kawan g spital kes exsiden, ada ka MA tu kata nyusahkan dia? siap buat muka kelat lagi...

dah itu tugas engkau, buat jela...

Izamir Ridzwan said...Reply To This Comment

1 jer jawapan plg senang.. lambat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

KC-adik pun serik...takpe lah sis...cukup lah sekali klu boleh.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Piasara-tq share di sini pengalaman akak...LM pun sedih ngan pengalaman yg dah dilalui...tp lg sian kat syikin di perlakukan camtu saat kesakitan..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-kita bkn nak suh dilayan cam puteri raja...masa tu syikin sorang jek patient dia..leh lak dia sindir syikin dah terkangkang pun takmo buka niqab?jahat lah dia..benci dgn sikap dia

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

matun-kita bkn bodoh...mereka yg berkata2 kesat tu yg bodoh..tak belajar budi bahasa..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

tini-tini pun takut ye dik...kat kluang ada doktor perempuan..cuba cr..melaka pun ada.tak jauh dr muar pun kan?cr slow2 la ye dik..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

belalang-hihi..marah ke bisk?kami yg jd mangsa ni lg sgt2 marah dan sedih diperlakukan sebegitu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

belalang-haha...kita ni kan menyusahkan ..takkan tak tau.kan elok klu takda yg sakit kan.sis bkn suka2 nak tuduh sebarangan belalang....masa sis daftar dulu.dah la kecemasan..dr 5.30-9.30 tu...misi duk gelak..borak, tulis borang,tunjuk gamabr adik dr hp ke kwn2lah..time kerja main2..mana kita tak sakit jiwa..huhu.bila bersuara..org kata kita mpk yg salah jek..susah kan jd org bawahan ni..

DKosongLapan said...Reply To This Comment

Cik LM....
Disebabkan doktor soghang tu le yang buatkan oghang tak suke nak ke Hospital GOmen..... suke2 hati die je nak maki oghang...... kalo awok...awok maki balik.....
udah oghang tu sakit...kompem le datang ke Hospital...ape tengin punye doktor (bukan semue) tu...
entahle...banyak sebebnonye kalo nak dikoghek peghehei Hospital GOmen ni.... kemudahan....kakitangan....amcam2 lagi leee

JIJI YU said...Reply To This Comment

muehhee..ini probs birokrasi yang sejak dulu hinga kini tak pernah nak di baiki...

sarah mohamad said...Reply To This Comment

dasyatnya akak miza. sebab tu lah saya pun lebih prefer dekat hospital swasta, takpelah bayar lebih sikit tapi berbaloi.

kiz said...Reply To This Comment

pernah ada pengalaman hantar adik x-ray tunggu dari kul 12 malam sampai 5 pagi..baik tidur kat rumah je..

zacky ~786~ said...Reply To This Comment

hurmmm ~ mmg teruk laa ... sape yg nk di persalahkn pn xtahu.. wlw cmne .. byk2 kn bersobau.. lg pn sume dah selesaikan.. sedih ngn ape yg berlaku syikin.. setiap kejadian tu mesti ada hikmah die kn.. :) tabahkan hati .. hope all is well..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

IR-mmg la lambat...akak pernah dtg pg..pkl 9 , siap pkl 4.30 ptg..cehhh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

D08-ye mmg byk benda nak kupas klu citer bab gomen ni...tp kita hny mampu dia dan terus diam.bila bersuara org marah lak

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji yu-selagi tak mau perbaiki...selmagi itulah mutu ditahap itu,tiada peningkatan.tiada kemesraan.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sarah-berjimatlah...moga kita dpt rawatan yg baik jika kita mampu.jimat masa dan tak sakit jiwa.rawatan tip top..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kiz-haha..12-5 am..lamanyer?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

zacky-ye..moga dia semakin sht..

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Pernah jgk lalui pengalaman kena marah dgn nurse masa nak bersalin tp nasib baik tak jadi bersalin di hospital kerajaan..

Asterisk Boutique Administrator said...Reply To This Comment

Doc itu sangat tak beretika... Sbg org professional dan dihormati ramai, dia tak sepatutnya mengeluarkan kata2 seperti tu... Sebab tu la mentaliti org awam negatif terhadap klinik2 kerajaan... root cause nya doktor macam ni le... dan layanan yang tak ikhlas...

tapi masa saya bersalin anak ke-2 di Hosp.Sg.Buloh tahun 2009. Alhamdulillah layanan 1st class dan nurses semuanya supportive n helpful, walaupun hsbd tak dibenarkan masuk labour room, tapi nurses tu amat menenangkan saya... Syukur sgt2 time tu...

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

nasibla berjumpa yang macam tu tapi nak buat macam mana kalau kita x mampu kehospital swasta yg harganya riburaban
tahan telinga
tutup mata
buat xda pa2

ukhti syikin said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Miza Yusof said...Reply To This Comment

kadang-kadang sesetengah doktor suka ambil mudah.

teringat arwah tok masa dia penat dan perlukan rawatan. doktor boleh cakap tunggu sekejap. sedangkan keadaan arwah memang dah lemah dan perlu dipakaikan topeng bergas tapi doktor berkeras suruh tunggu.

menyirap darah masa tu ! terus abah dan sound direct baru terhegeh-hegeh nak bagi rawatan. patient perlukan rawatan boleh suruh tunggu lagi =.="

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

kebanyakan doc kat hospital kerajaan mmg mcm tu. selalu layan patient ala kadar jer..

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

kak lm, saya pun ada kenangan pahit dgn hospital kerajaan..sampai trauma dibuatnya..apapun, kadang2 kalau rezeki baik, ok juga...

saya bukan tomato said...Reply To This Comment

pehhh ! nak marah jugak.. haishh ! ade ke patot .. benda dah berkaitan dgn nyawa pon still amek tak kesah..

dah tataw mengandung pon kena maki ke... grrrr

aYa said...Reply To This Comment

doktor tu memg x patut cakap mcm tu..tp, sy setuju ngan pneumedic. suma salah doctor esp yg keje gomen org nmpak.. kalau pesakit/family pesakit nk ucap terima kasih kt doc memang jarang sekali w/pon ada...

tapi jangan di lupa, pesakit2 zaman sekarang juga pandai kurang ajar without any reason..sy pernah mengalaminya.. memg sy rs tak nk tgk dia, tp tetap sabarkan hati..cuba buat yg terbaik. in fact doktor cuba nasihatkn cara baik diorang still tengking doktor. mungkin di mata mereka, doktor sahaja yg salah..ya lah, siapalah km di mata mereka..


Sy bukan nk menagih simpati, tp nk bgtau seorang doktor yg bekerja lebih masa/ oncall adalah hanya RM 100/day untuk Housemen dan RM 150/day utk medical officer. Bayaran yg diterima seorang pensyarah yg pgkat sama dgn doktor yg memberi ceramah diluar adalah rm 150+/hour...memang terasa kerdil je profession km jk dibandingkn dgn profesion lain..

aYa said...Reply To This Comment

cerita psl hosp gomen ni dari dulu memg x habis dan sy pasti x akn habis..ramai org komplen..tp kenapa still rmi lagi org ke hosp/klinik gomen..?


Saya x tau dimana silap pasal hosp gomen ni..yg pasti byk pihak terlibat..tp sy still cuba buat yg terbaik utk mereka..

owh ye, saya nk minta maaf pd rakan LM bg pihak doktor itu..km insan biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan...*pjg plak komen..mcm n3 blog..

eRza farEeha said...Reply To This Comment

adehh..xsuke g klinik..xsuke mkn ubt..hiih

efa said...Reply To This Comment

hospital kerajaan ni lambat la akak dan servis kekdg tu hurm tu la tp tak semua la kan,efa pernah kena ada ke patut nk injet km sambil bg kami berdiri?adess apakah?huhu

Amirrah Zawani said...Reply To This Comment

kesiannya sahabat LM.. dah lah sakit kena maki pulak.. apa punya doktor la.. tak reti nak cakap elok2 ka.. kita ni pun ada perasaan.. dah la dia keguguran, dah doktor cakap mcm tu mesti lagi sedih =_=

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...Reply To This Comment

Tahniah atas kerana bakal melahirkan cahaya mata. Terima Kasih LM sudi untuk membeli Premium Beautiful dari kami. INsyaAllah isteri saya sendiri akan berjumpa dengan LM untuk konsultasi pemakaian Premium Beautiful ini. Boleh kami tahu Bila LM dijangka akan bersalin ya?

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...Reply To This Comment

Thanks again LM.

srikandi cinta said...Reply To This Comment

setuju..sbb tu sy nak jadi doktor..sy nak buktikan x semua doktor camtu..hehe :)

Nini Hartini said...Reply To This Comment

ada ke?kt mlaka hosp apa? tp klu melaka takut jauh sgt la. nnt klu da nk terkeluar baby, tak kan lah smpi nk ke melaka. huhu

bersama kak Es said...Reply To This Comment

betul3x...kalau nak masuk gen hosp ni mesti betul2 kuat emosi. kalau tak ..hmmm mmg asyik nak nangis jek

Cokelat Stoberi said...Reply To This Comment

Salam. Saya mengandung 12 mgu, & mengalami bleeding. Td pergi emergency di Hosp Pantai Bangsar, almost 3jam. Doctor x muncul. Nurse je tiba.Mntk surat refer frm klinik dulu. Then dtg smula. Bgtau 'normal la bleeding. Puan dtg semula esok'. Igt nk refer HKL terus. Tp terbaca ni, terus buntu nk kemana. Help me. Any suggestion? Hosp private kos d&c je da beribu. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...