Tuesday, April 26, 2011

Penting Ke Lelaki Pandai Memasak ?



Assalamualaikum....
Penting ke untung lelaki pandai memasak ? Jika tanya LM jawabnya penting sangat , hehe . Kenapa LM kata penting ? Sebenarnya..memasak ni bukannya susah . Cuma mau dengan tidak saja . Memang lah mula - mula masak tu rasa macam leceh , susah ...tak tau . Tapi bila dah pandai ia mudah dan lancar je tau .


LM ni dekat 5 tahun muda dari suami . Memang lah dia lagi pandai masak dari LM . Dulu masa sebelum kawen , LM siapkan bahan je , mak yang masak . Jarang sangat LM yang masak , walau pun ada . Sebab tak sedap la LM masak . Tapi bila LM kenal hubby ...terpegun wooo masa tu . Pernah dia melawat LM kat kampus dengan bawa bihun goreng dan ayam goreng . Kenal la masak sendiri dengan beli , jangan la korang nak kata hubby beli tapau bawa jumpa LM . Dengan cili yang bertumbuk , dan kicap kurang rata masa tu LM makan sampai habis . Kagum giler kat buah hati masa tu..keh keh keh . Dalam hati malu ....sebab diri sendiri tak pandai masak .


Suami sejak dari remaja memang di latih untuk masak . So bila bujang pun dia memang memasak di rumah dia semasa bujang . Jika difikir - fikir ....orang lelaki walau bujang lebih untung jika pandai memasak . Bulan puasa sahur tak payah la nak pergi kedai untuk sahur . Setakat sambal sardin , sambal telur sambal udang tu kan boleh masak sendiri ? Kari ayam pun mudah ...


Bila dah kawen nanti , isteri dalam pantang tak payah menyusahkan mak atau mertua jaga . Jaga sendiri je lagi baik . Suami cuti dan jaga isteri ...masak dan suap isteri kan lebih bagus tu ? Dah 3 anak LM , semuanya LM berpantang kat umah sendiri . Suami yang masak ....cuti 3 minggu lebih jaga LM . Mak pun tak terkata apa dah . Mak percaya suami takkan bagi LM makan benda pelik dalam pantang..hehe .


Bila lelaki mahir beraksi di dapur , sekurang - kurangnya boleh la menjimatkan belanja makan . Memasak sendiri tu lebih jimat , bersih dan terjamin kualiti makanannya . Minyak kat kedai makan pakai minyak paket...kita pakai cap seri murni atau cap buroh kan ? Lagi baik gunalah minyak sayur atau minyak jagung . LM guna minyak bunga matahari ....selamat memasak !

www.tips-fb.com

27 comments:

Adam Haiqal said...Reply To This Comment

tak penting sebenarnya but at least,kene la tau basic bahan2 masakan mcm bawang,segala jadah tu..
at least klu umh xde pompuan pun,kita masih x kebulur nak mkn..xkn tiap2 hari nk spend money just for food right?:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Adam haikal-pandai...jawapan bijak.jgn sampai nak letak apa dlm sambal pun tak tau suda...hehe

Jo Qusary said...Reply To This Comment

lelaki pandai masak tapi perangai hampeh pun tak guna jugak, hahaha...

zaMir said...Reply To This Comment

penting...sangat2lah penting...sb saya suka masak....hehe...boleh isi mase...next sem nnt saya bwak induction cooker...lg la ligat nak masuk dapur....hehe.,..sbnarnya mmg puas bila dpat makan apa yg kita masak sendiri...tak kira sedap ataupun tak....mmg puas...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Jo-jgn dekati lelaki hampeh...cr lah yg ada ilmu agama untuk membimbing ke jalan yg benar.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

zamir-hehe..chantek.takyah pikir gas abis lagi.

MiSzy DiaN said...Reply To This Comment

kak LM.. adik lelaki dian minat memasak.. dia nda minat lnsg ngan keja lelaki, tp bkn dia nda pndai cuma minat dia lebih ke arah memasak n menjahit.. hehe.. tp syg, kakak dia nda berapa pndai memasak pula.. hehehe.. pndai buat kuih jak.. :)

kiz said...Reply To This Comment

ok juga kak miza kalau lelaki pandai memasak..leh juga tukar2 selera.. saya pandai masak lomak cili api je..lain tak tahu..haha

Nini Hartini said...Reply To This Comment

Alaaa untungnya LM. kawan2 suami tini ckp, suami tini pandai masak. tp sejak berkahwin ada la 2 kali je kot suami yg masak. jemput2 ikan bilis dan bubur. tu pn sbb tini demam. kdg2 tini merungut gak sbb nak rasa dia masak. tp dia jawab "isteri dh pandai masak, buat apa suami nk msk lagi"...

aduii...agaknya nk tunggu tini dlm pantang baru merasa masakan suami kot?

Encik MamaT said...Reply To This Comment

nak menuntut ngan chef wan.. hehe... chef yang glemer kan lelaki.. kekeke.. itu bermakna lelaki memang pakar masak.. hehe.. jangan jeles ekk...

Eryati said...Reply To This Comment

ptg...ny klu x tau msk krg isteri tak de d umah...kebulur ler

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

alhamdullilah.. dahulu en zalie mmg suka masak..
skrang dah berubah..

LM, kita sama.. guna minyak matahari (natural)

Eyrique Ettiqazz. said...Reply To This Comment

EE teror masak oooo...ahad lepas baru msk mee kari...kaka mkn bertambah2...hikhik

ada sedikit bangga diri...eh x de la saje je main2..jgn mara...

Amoi said...Reply To This Comment

lelaki memang kena pandai masak.

sekarang zaman perempuan moden.

haha~

shatooman said...Reply To This Comment

nak kata penting pon x juga..tp kena la tahu..sbb masak sndr tu lebih jimat dan terjamin kebersihannya.. sy suka memasak!!tp sy lelaki maskulin ye..ekekeke..

teringat masa kecik2 dulu, time mama dalam pantang or kena out station, abah je yg masak utk anak2.x sangka pulak abah pandai masak.sedap pulak tu.. skrg, sy pulak yg kena masak utk adik2 ngan abah kalu mama sakit or out station.. huhuhu..

Eda said...Reply To This Comment

kena tau jugak masak skit2..tapi si isteri pula jgn ambik kesempatan kalau suami pandai masak..

Muhammad Burn said...Reply To This Comment

seronok memasak ni. tp kalo xda duit, x jalan la... brg ni xda. brg tu xda...

Kalamhati said...Reply To This Comment

kena tau la skit2 kot..baru best tolong menolong di dapur..hehe

kakchik@ella said...Reply To This Comment

tak kesah la pandai tak pandai masak, yg penting hepi dn bahagia. tp skrg ni org lelaki mmg hebat bah-bab kerja perempuan. Tgk chef wan .. tgk chef mat gebu. diaorg hebat, kan?

ghost writer said...Reply To This Comment

penting sangat lelaki kena mahir memasak,bukan saja boleh urus pakai makan dia tapi bagi yang sudah kawen boleh bantu istri dia bila istri dia sakit ker malas ker aper..jadi perut dia tak lah kosong nak pegi keje..hihi

dah belajar masak masa umur 9 tahun lagi.

JIJI YU said...Reply To This Comment

abi cakap kalo laki pandai masak.bini lagi syg..ehehe

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

penting sangat untuk KAMI kaum lelaki pandai memasak. bagi KAMI, yang gila pada makanan menjadikan KAMI akan masak bila KAMI terasa nak makan sesuatu. :) masak jugak penting tuk suami bila isteri mengandung. :)

Woofer Storm said...Reply To This Comment

bgus kalau suami pndai masak ni ummi..heheee

*sy reti mkan je,,ngeeee

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia xkesah,tolong sikit je pon sweet :)

Rozita said...Reply To This Comment

adik beradik sy yg lelaki semua pandai masak dan kemas rumah.. mak dah asuh sejak dr kecik..takde la pulak sampai jadi awww...

penting sgt bila isteri tak larat dan bersalin.. leh jaga sendiri..

bersama kak Es said...Reply To This Comment

wAHHH!! suka nya ..

nak suruh anak bujang kak Es selalu turun dapur lah *wink

shah azril said...Reply To This Comment

yang penting isteri kene pandai masak =P ( ayat xnak gthu yang raksasa xpandai masak..kih2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...