Tuesday, May 10, 2011

Berkawan Mengikut Status @ Darjat ?



Assalamualaikum...
Dalam Islam dinasihatkan kita bersahabat tidak memilih darjat , pangkat mahu pun kedudukan . Semua di antara kita sama saja pada pandangan Allah . Kita dinilai dari amalan dan bukan dari darjat serta kedudukan kita .


Terjaga dari lamunan sebentar , malah terasa sedikit emo apabila ada wujud lagi situasi itu dalam pemilihan sahabat dalam suatu pergaulan seharian . Hairan juga , ramai yang punyai ilmu akhirat yang tinggi serta berkedudukan tinggi tapi memandang rendah pada taraf , pendidikan serta kedudukan insan lain dalam persahabatan .


Terasa terharu apabila dunia blog ni walau bukan dalam dunia realiti tapi tak pernah wujud situasi seprti itu antara kita . Cikgu , doktor , adik student , suri rumah sepenuh masa..semuanya bersahabat baik dan sudi bersahabat sesama kita . LM sangat terharu kalian sudi bersahabat dengan LM yang tidak pintar , tidak sebijak anda semua walau kita hanya sekadar bersahabat di alam maya .


Ternyata dunia realiti banyak kepuraan dan ketidak - ikhlasan berlaku . Hanya baik di depan namun mengeji apabila kita berpaling . Bersahabat hanya mengira status , wajah , pangkat , gaji dan sebagainya . Hari ini ciptalah jurang yang tinggi sesama kita , anda pasti puas memilih siapa saja yang anda sudi bersahabat . Namun jangan lupa kita mungkin akan perlukan juga rakan yang kita buang hanya kerana dia tidak setaraf atau tidak sepintar kita . Renung - renungkanlah .....


Hinakah bersahabat dengan tukang sapu ? atau suri rumah yang tiada pendapatan walau seringgit dalam sebulan ? hanya kerana dia tidak pintar adakah kita fikir dia tidak mendatangkan manfaat jika kita bersahabat  dengannya ? Semakin pelik dengan dunia ...hampa dengan sikap manusia lebih - lebih lagi yang bergelar ISLAM .
www.tips-fb.com

29 comments:

diana said...Reply To This Comment

akak pun buka belajar tinggi..
bukan jugak dari kalangan orang yang mewah..
tapi terharu la sebab kat dunia blog ni akak diterima ..
tak seperti dunia realiti..
yang hanya memandang pangkat dan darjat..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

hakikatnya kat dunia realiti begitulah LM... nak buat mcm mana, bukan semua org nak pandang dgn status suri rumah ni.... katanya tak menjana ekonomi keluarga...

Syafiq Rosli said...Reply To This Comment

xpe LM..xrugi pn klu kita tak bersahabat dengan orang ngan mengira darjat ni

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...Reply To This Comment

sokong segala pndapat akak...:)
tak salah kan bersahabat dengan orang yang tak pintar.... walaupun kita ada pelajaran jgn la mengeji orang lain..jangan nak ingat manfaat yang kita dapat, cuba fikir apa manfaat yang dapat kita bagi kat sahabat kita... kan..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...Reply To This Comment

ok je kita nak kawan dgn sapa2..cuma jangan salah pilih..

setuju cakap akak..dunia maya ni kita kawan dengan macam2 jenis orang.. =)

Gayahspears said...Reply To This Comment

Terima kasih sis LM kerana sudi menjadi sahabat gayah walaupon kita belum bersua muka...

ghost writer said...Reply To This Comment

mungkin salah satu protokol dalam persahabatan...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

ms belum kawen pn tini pernah berada dlm situasi LM. berjumpa manusia2 yg memilih dlm bersahabat.

tp Alhamdulilah skrg sahabat tini ada mcm2 jenis. Maklumlah, tini ikut program2 di kawasan tini. jd mcm2 jenis kwn blh jumpa.

dr jurutera, doktor, cikgu, petani, makenik, org gaji, suri rumah, err mcm2 jenis.. Tp InshaAllah selagi kita duduk dalam jemaah, kita akan rasa indahnya dunia.

manusia ni w/pn islam tak semestinya benar2 memahami islam. Jd mmg x mustahil semua itu LM ... moga LM tabah ye :)

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

bersahabat dgn tukang sapu lagi best sbb dorg merendah diri dan lebih mengerti perit getir kehidupan...


10q kawan ngan EE..

najihah sahami said...Reply To This Comment

dulu masa sekolah mish rapat giler ngan sorang mak cik tukang sapu. smpai sekarang pun rapat lg. dah macam mak angkat daa. hehe.. kadang2 golongan macam ni lagi baik dr golongan yang konon berdarjat tu sis.

paper pun dunia blog memang ajaib. semua boleh bersatu!!

missSenget said...Reply To This Comment

suri rumah x semesti tidak pintar..

da kita belum tentu menyapu sampah sebaik tukang sapu...


ape ni kakak malam2 emosi2 ni.. x elok utk baby..

ngee...

Peri PiA said...Reply To This Comment

thanks LM

nice knowing u...semua2 ;)

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

dgn sesiapa pun kita berkawan, jgn pandang kepada status atau darjat kerana itu bukan garis pengukur sebuah persahabatan. tak perlu rasa malu utk berkawan dgn sesiapa walaupun peminta sedekah... selalu terjadi saat kita ditimpa kesusahan, yg berharta dan berpangkat akan menjauhkan diri. yg setia berkongsi kesusahan kita cuma kwn2 yg x berharta.

yg penting dlm persahabatan adalah keikhlasan..bukannya status

Momok Nadim said...Reply To This Comment

mok berkawan dengan sume orang..:)

ukhti syikin said...Reply To This Comment

alalala.. syikin surirumah yg tidak berpendapatan 50sen pon sebulan hehehehe...

namo ler kire mcm tu... x best



sayang sis :X

JIJI YU said...Reply To This Comment

ustad tak termasuk ke..hahaha

bersama kak Es said...Reply To This Comment

terima kasih juga LM sudi kawan ngan Kak Es ...

:)

efa said...Reply To This Comment

uish berkawan biar beribu tidak perlu mengira sama ada status,wajah, pangkat,gaji dll kita sama saja tak perlu mengira itu semua,manusia semua sama saja, ALLAH bagi sama rata pada umatNYA cuma rezeki ja tidak memihak pada seseorang namun jgn pernah mengira benda macam tu!kak LM tak rugi kalau kita tak berkwn dgn org yg mengira semua tu yg penting ikhlas berkawan,erk akak deno dah ok kan?

deno said...Reply To This Comment

deno kawan dgn sume org tp kena pandai pilih kawan la.. jgn kawan dgn org yg jahat dah..

hmm.. betul jugak apa yg kakak tulis tu.. dah slalu terjadi kat deno. Orang selalu pandang rendah org terengganu, tak tahu kenapa, selalu kena ejek. Bdk2 junior tmpt deno bleja tu, tegur deno pun tak, apa lagi pandang.. deno je yg tegur.. Ye la, diaorg org KL.. kaya lagi, mana boleh kawan org trgnu kan.. org trgnu mundur.. biasanya org ckp lebih kurang mcm tu la..

tp nasib baik jugak tak semua mcm tu, ada juga yg sudi berkwn dgn deno...

kat hosp nie, makcik tukang sapu baik sgt, deno selalu jugak berckp-ckp dgn dia, bagi milo, nescafe.. kadang2 bagi kuih.. kesian makcik tu penat...

mcm nie la hidup, kan kakak.. macam2 ragam orang..

hawiz said...Reply To This Comment

betol tu kak...hawiz lgi selesa dgn member blog dr member fb..tak tau nape..lagi serasi bersama dgn member blog...

nurul said...Reply To This Comment

persahabatan itu sepatutnya hubungan yang suci...kenapa dicemari dengan perkara yang negatif......

nurul said...Reply To This Comment

persahabatan itu sesuatu yang indah.....

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

hurmmmm...bersahabatlah dengan sesiapa sahaja, asalkan bila dengannya akan menambah keimanan kita kepada Allah..dan menjauhkan kita dari kemurkaanNya..

Putri Malu @ ima salsuzaima said...Reply To This Comment

dunia.. hehe

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

kawan yang bermacam darjat ni lah yang membuatkan kita belajar benda baru. :)

sarah-najwan said...Reply To This Comment

xde ruginya kita berkawan atau senyum kepada org lain tanpa kira status
apa nk bangga dgn status...xkemananya..

CT NoArIzAh ArIs said...Reply To This Comment

Assalam.. x semua surirumah itu x berpendidikan dan x semua yg berkerjaya itu pintar2 belaka... semua bergantung pd keegoan masing2... cuma perlu diingat taraf kita semua sama je di sisi ALLAH yg berbeza amalan msg2... mengadapNYA cuma kain kapan je yg membaluti tubuh.. tak usahlah lupa diri!!

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Akak kawan dengan siapa saja cuma berhati - hati memilih kawan, takut terkena jenis yang gunting dalam lipatan

Miza Yusof said...Reply To This Comment

miza kawan je dengan semua orang kak. tak kira status pekerjaan/status diri.

macam akak jugak. realiti kita tak pernah kenal tapi dialam maya kita bersahabat. untuk tau miza dapat kenal akak. dari doha nun jauh disana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...