Wednesday, May 11, 2011

Budak Sekarang Makin Nakal ?



Assalamualaikum...
Tiba - tiba LM teringat perbualan dengan seorang rakan  . Dia cikgu disiplin di salah sebuah sekolah rendah . Selalu saja pening dan sakit kepala akibat kerenah murid sekolahnya . Kata teman LM , budak sekarang bukan macam budak dulu . Jauh beza katanya . Sahabat LM ni sebenarnya memang nakal juga di sekolah dulu . Memang asik kena rotan je , sampai kecut perut tengok dia kena rotan bila tertangkap buat macam - macam projek nakal di kawasan sekolah .


Tapi menurut dia...budak sekarang ni bukan nakal macam dia dulu , tapi 'jahat ' . Tersentak juga bila dengar dia kata JAHAT . Naper ??? soal LM . Dia kata , dia dulu nakal , tapi bukan jahat . Budak sekarang memang boleh dikatakan ramai yang jahat sebab kes dah macam kes budak sekolah menengah . Ada seorang budak perempuan darjah 6 buat aduan seorang guru lelaki memperkosa dia . Mak nya datang dan mengamuk di sekolah , guru tersebut terus di soal siasat oleh guru besar . Guru tersebut dah berkahwin dan masih muda .


Apabila terus diselidik , rupa - rupanya si murid menyimpan perasaan terhadap si guru dan berniat nak fitnah dengan harapan dapat berkahwin dengan guru tersebut . Dia menyimpan perasaan terhadap guru muda yang berparas rupa menarik itu . Aduhh ternganga LM dengar kes itu . Si ibu malu bukan kepalang . Dah la muka guru tersebut dah hinggap penampar si ibu yang mengamuk sakan tadi .


Bila nak bawa check di klinik budak tu terus takut dan mengaku memfitnah guru tersebut . Walau kes ni dah hampir setahun berlalu tapi LM masih terkenang nasib guru muda tersebut , isterinya , dan terkenangkan perangai buruk murid perempuan darjah 6 tersebut . Murid berumur 12 tahun telah mampu buat pelbagai masalah yang kita tak sangka mereka mampu lakukan . Benarlah...ramai anak murid sekarang bukan nakal tapi jahat . Tu bukan LM yang kata , tapi guru disiplin mereka ye ...huhu .
www.tips-fb.com

25 comments:

bersama kak Es said...Reply To This Comment

rata-rata sekarang macam tu lah kesnya.

Kalau perhimpunan rampas henset ada gambar porno dah jadi perkara biasa sekolah rendah? kita dulu ada? mana adaaaaa..

smoking? darjah 3 pun dah pandai sorok rokok kat toilet! kita dulu ada? mana adaaaa...

hmmm..minta2 Allah lindunglah zuriat kita dari anasir2 yang sangat dasyhat sekarang ni.

websasdesign.com cinta blogger said...Reply To This Comment

Betul sekali, budak-budak itu semakin nakal mungkin karena perkembangan teknologi yang tidak seimbang dengan perkembangan cara mendidik yang baik


akhitnya menjadi timpang

Inchik Eman said...Reply To This Comment

betul tu ummi.
bdk skrg jahat. kalau tak masakan ada kes buli sampai jd kes bunuh. dan masakan terjadi kes telanjur bukan main lagi. ngeri laaa ummi zaman skrg. pendidikan awal memang bermula dr rumah. haihhhhhhhh.

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

ibu bapa main peranan penting. :)

makdara TERdiva said...Reply To This Comment

semoga anak2 kita terhindar dari perkara2 mcm tu..

Peri PiA said...Reply To This Comment

Amin utk doa MDT

TU LA,RISAU DIFIKIRKAN budak2 sekarang ni,mcm2 kes

terbaru bdk perempuan sekolah menengah,kes buli lagi

siap msk youtube

Fitri Senin said...Reply To This Comment

anak skrg lebih cpt memahami isu2 semasa..apa yg mereka tau mereka juga cuba nak buat

Mek Norfa said...Reply To This Comment

emm.. budak2 skrg ni terover nakalnya.. huhu mek xtahu lah anak mek nanti cmner.. huhu mitak dijauhkan

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

takut dengan dunia semakin canggih... budak-budaka semakin pandai

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kak es-ye kak..mmg betul tu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

cinta blogger-ye..akibat teknologi yg semakin canggih

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

eman-haah kan?sampai jd kes bunuh ..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

KAMIHIDUP-ye..asuhan dr rumah..tp kena diingat,iman tak dapat diwarisi

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

makdara terdiva-ye..amin.mudah2-an

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-risau gak kan?huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

fitri-ye..betul tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

norfa-hehe..tu lah yg dirisaukan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

IEB-bkn salah teknologi atau dunia..tp didikan sbnrnyer

ieda said...Reply To This Comment

dah tu dik .. yg tuduhan memperkosa tu bukan beanr lah ye ??

dah nasib guru tu .. skrg nie handsome sgt pun susah .. x handsome x der org nak huhuh

sykurrr suami akak x berapa handsome .. janji ati senang !! :))..

nama.aku.lynn said...Reply To This Comment

maaakkk datokk..ade jugakk budak2 cmnii..skrg makin dsyttt knakalan bdk skolah ni klau nk compare dgn zaman2 doluuu..haihh..

shatooman said...Reply To This Comment

betul tu akak..dulu kalu pasal merokok, budak skolah menengah je..skrg sklh rendah pon dh ada.. skolah rendah dh ada main rogol2.. skolah menengah jgn cerita la..siap ada bdk perempuan 'jual' diri.. pernah kenal ngan geng2 bdk perempuan gini..jual pulak, seringgit dua je.. dpt 5,6 orang cukuplah nk beli top-up..sedih. lebih parah, berani pukul guru.. dulu2 kalu cikgu yg salah pon kita x berani nk melawan.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ada pulak budak berani fitnah cikgu smpai cam tu sekali. budak2 skrg semua benda dah advance sangat.

mintak2lah anak2 kita dijauhkan dari benda2 buruk camtu ye~

Gayahspears said...Reply To This Comment

so kesimpulannya di sni...
pandai2 lah mendidik dan mengasuh anak jika takmo anak jadi nakal..hihihi

CutieIntan said...Reply To This Comment

nauzubillah..macam2 kan sekarang ni...bila fikir balik ke depan-depan apa la yang akan terjadi

CIK TOM said...Reply To This Comment

ish2...dahsyatnya budak perempuan tue..kesian plk cikgu tue..advanced nya anak2 murid skang..hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...