Wednesday, May 4, 2011

Fish Ball



Assalamualaikum....
Dah tidur ke? LM baru siap buat fish ball . Ada banyak sangat stok ikan tenggiri dalam  peti sejuk tu . Kalau dibiarkan nanti penuh dan tak sedap pula ikan tu . Kat Doha ni takda jual fish ball cam kat Malaysia tu , ada la jual yang frozen , tapi dari Filipina , walau ada tanda halal LM ragu - ragu nak beli dan telan . So buat sendiri lebih baik .


Dua kali adun ...perghh . Kali pertama panas- panas dah lesap dalam anak tekak makbudak dan 3 orang budak kenit tu . Adun sekali lagi pas rebus terus sorok . Nak goreng bihun plan nyer esok . Kalau tak sorok silap - silap ada lak yang dicicah dengan sos pulak fish ball LM tu .


LM buat tak sukat - sukat pun . Cuma camni je caranya :
isi ikan tenggiri (buang kulit dan tulang) 
seulas bawang putih dikisar bersama isi ikan
sedikit garam
tepung sagu separuh dari sukatan ikan
2-3 sudu air mengikut kelembutan adunan .

Panas kan air, bulat kan menjadi bebola dengan tangan yang telah diminyakkan . Rebus hingga masak . Mudah saja kan ? 
www.tips-fb.com

24 comments:

Puteri Iqa Izyan said...Reply To This Comment

wahh..nak sikit :D

mesti lagi best sbb buat sendiri. :))

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@puteri Iqa Izyan-hehe..mmg lah wat sendiri lg best

Momok Nadim said...Reply To This Comment

malas nk ke dapur..:)

Lelord said...Reply To This Comment

wahhh caya lah miza...leh cuba camni. kat kedai jakarta area airport ada jual..tapi erkk x sedap.

meatball pun kadang lela wat sendiri huhuhu guna jek daging burger

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

momok-hehe..rajin2 kan.nnt leh kenyang sokmo

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

lelord-hehe..kat kedai jakarta tu jual pempek.makanan mereka..tak sama ngan citarasa kita..keh3.

owh..wat sendiri eh meatball?nnt ajar eh?

ghost writer said...Reply To This Comment

fish ball ialah nama kucing saya..hihi

najihah sahami said...Reply To This Comment

rajinnyaaa sis nih. hehe..umi pun selalu buat dulu sis..tp mish kurang sikit ikan2 ni. hehe....

r-5 said...Reply To This Comment

wah boleh buat berniaga fishball kat doha ni~ hehehe. :D

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...Reply To This Comment

wah..wah..bunyik cam bestkak..macam makan kopok la agaknya kan..hehe

tapi skang kena berpantang..takleh makan benda pelik2.. =P

Eyda Syahida said...Reply To This Comment

nape akak xamik pic... huhuhu

shatooman said...Reply To This Comment

hebatlah akak ni..semua pon buat sendiri je. ekekeke~

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

kak comot!!! lapar lakkk....semalam makan fishball gak~ hehehe...makan steamboat~~ :p

sarah mohamad said...Reply To This Comment

mudah je kak. saya yg tak pandai masak pun boleh je buat ni. hiks

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

fishball kat malaysia nie rasanya ramai cina yg buat .. makcik kat ofis nie dah lama berpantang fish ball.. senang je rupanya nak buat ....hihi..

Peri PiA said...Reply To This Comment

waa,terbyg2 nak sikit..hihi

CIK TOM said...Reply To This Comment

wah lagi best masak sendiri fish ball kan akak...ciktom teringin nak pandai masak cam akak la..hee

Far8 budak baik said...Reply To This Comment

Lm..selalu je wat entry psl makanan..
bila nk masakkn tuk farid lakk..
hahaha

JIJI YU said...Reply To This Comment

muehhe.ni pon kite nak jgk kak

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kat sini semua dah ready made..nk ja ambik...
tapi klu buat sendiri lg sedap pa LM kan?

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

selalu fishball ni beli kat kedai jer... err, kalau mak masak kuah laksa, confirm dubuat sendiri fish ball ni

krole said...Reply To This Comment

wuahh fish ball wat sndiri..terer r wak ni~

Miza Yusof said...Reply To This Comment

macam best je ni. boleh cuba ikut resipi akak. lepas ni tak payah nak beli lagi dah. hehe :)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

pakai tepung sagu eh..
sembunyi2..jangan kasi anak2 kenit tu tahu. nnti mak kenit tu yang curik2 makan hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...