Friday, May 20, 2011

Golongan Yang Makruh Diberi Salam


Assalamualaikum ...
Entri lepas tentang memberi salam mendapat pelbagai komen . Tapi LM tertarik komen dari KAMIHIDUP . Dia tanya tak baik bagi salam pada orang sedang makan kan kak ? Okey..meh akak LM jawab .




Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

  • 1.Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • 2.Orang yang sedang berada didalam tandas
  • 3.Orang yang sedang makan dan minum
  • 4.Orang yang sedang berperang
  • 5.Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • 6.Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • 7.Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • 8.Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • 9.Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • 10.Orang yang sedang qada’ hajat.
  • 11.Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • 12.Orang yang sedang iqamat
  • 13.Orang yang sedang mabuk.
  • 14.Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • 15.Orang yang sedang solat
  • 16.Orang gila
  • 17.Kanak-kanak
  • 18.Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • 19.Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • 20.Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…


Kena faham benda - benda ni . Ingat lagi zaman muda - muda dulu . Bila ada je lelaki nak mengorat mesti mereka bagi salam dan kata..tak jawab dosa~~~ ishh benci kan ? Tapi bila faham kita jadi lebih mengerti mana yang elok dan tidak ...wallualam .
www.tips-fb.com

26 comments:

forever love said...Reply To This Comment

kalau tak silap atq.. kenapa makruh bagi salam dalam senarai tersebut..sebab takut mereka tak dapat jawab salam...

kan menjawab salam adalah wajib

JIJI YU said...Reply To This Comment

agak2 le nak bagi salam pon..

Si KecHiK BerKaCa MaTa said...Reply To This Comment

betull tu.....sokong2.. ^^

sha a.s said...Reply To This Comment

assalamualaikum...

x jwb dosee....ehehe

GR said...Reply To This Comment

info baru ni. terima kasih kerana berkongsi. tapi budak-budak pun termasuk eh.

Encik MamaT said...Reply To This Comment

hehe.. itu la kan.. kadang kita yang tak tau... bg salam.. kalo tak jawab dosa... mesti dalam dilema.. tak jawab dosa.. kang jawab kata gatai.. hehe

good info... takde masalah pon bg salam... tah mana agenda tiba2 je kata takleh bg salam... mula la semua nak gelabah.. good info LM...

daddyzkool said...Reply To This Comment

islam ini mudah sangat jgn kita mempersulitkannya...jawap sahaja jika dizinkan ketika itu...dapat pahala lagi...

ukhti syikin said...Reply To This Comment

hehe... kat sekolah syikin dlu.. kalau budak laki bg salam msti dia cakap ... " kalau tak jawab dosa.... kalau jawab dosa" ... terkebil2 la :-s

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

"Orang yang sedang berperang" mmg takkan nye..haha :D

kak!!! salam'alaikum! tak jawab dose =="

normala_ali said...Reply To This Comment

nice info... :)

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

terima kasih kak. :)

emieysandra said...Reply To This Comment

perkongsian yg bagus, sis^^

Wanzi said...Reply To This Comment

terima kasih sudi kongsi info... nice

najihah sahami said...Reply To This Comment

setuju ngan atiq tu....nanti tak pasal2 org tu berdosa,..hehe

nur said...Reply To This Comment

hai dear sis...
mmg bagus info ni.. sependapat dgn forever love tu.. dulu2 kan ingat kalau xjawab salam dose juge ek.. rupanya ada info ni.. mmg berguna.. lepas ni bolehla share untuk kwn2..
ps.. how are u n baby inside u?.. take care sis..

ctpayong said...Reply To This Comment

thanks for the info. sebenarnya banyak yang kita tak tahu kan. sekali lagi terima kasih LM

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

kak dekat kanakkanak pon tak boleh ke?

anamizu said...Reply To This Comment

assalamualaikum ummi..tak jawab dose tau..hihi

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang betul tu LM dulu budak lelaki kalau nak ngurat salam dijadikan umpannya....

Banyak tempat lain boleh nak bagi salam kenapa nak pilih yg tidak baik....

eiela said...Reply To This Comment

bagus perkongsian nih, kat kanak-kanak pun tergolong jugak.


Latest Entri :
Pengalaman Berpindah Ke Wordpress Selfhosted

diana said...Reply To This Comment

sedang makan dan minum pun tak boleh ye..
baru tahu ni..
terima kasih..

MaiRa QuEeN said...Reply To This Comment

best la entry nie kak...tau skit2 je psal nie..nie dah tau bnyakk..huhu..tq sis..

laloque said...Reply To This Comment

alamak! alamak!... no. 20 tu selalu wat... tahap makruh mkn petai dah ni :)

HAZWAN17 said...Reply To This Comment

bagi salam kena pada tempat dan situasi yang sepatutnya..takkan sampai dalam tandas pun nak bagi salam kan...

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Assalamualaikum Adik jelita,
tentang salam pemuda kepada pemudi tu..depends kat niat juga....

kalau nak menggatal memang la...tak perlu menjawab

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

tq sis ..baru tahu neh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...