Thursday, May 12, 2011

Hati - Hati Jangan Terjerat



Assalamualaikum...
Dah lama LM tak cerita pasal "Cinta" kan ? Hurm...sekadar mengingatkan . Rasa kesian gak kat sorang insan ni . Dia terjerat kerana kasih..tersadai perasaan kerana cinta . Nak tau apa yang berlaku ? Hati telah tertawan dan di tawan oleh seseorang yang sangat manis tutur kata . Dia sangat percaya bahawa jejaka tu menyayanginya  . Saat bertatapan mata , sangat meyakinkan sang jejaka menyintai diri . 


Tup - tup ...bila si jejaka dah ada masa depan yang lebih baik , terjamin , dah ada kereta , dah ada gaji , dah hari - hari jumpa kekasih hati lain . Terus dia dilupakan. Bila call dari kejauhan dengan harga yang mahal pun mendapat jawapan yang menduka citakan . Suara tegang , keras dan jawapan sambil lewa dari si jejaka menunjukkan si dia tak suka diganggu dan tak sudi menerima panggilan .


Perasaan dah berbunga - bunga dengan cinta pun tak guna . Teruskanlah hidup ...jangan berduka , jangan kecewa . Jangan merana sama sekali . Itu jantan hidung belang yang saja nak mempermainkan kamu . Siannyer bila ramai yang kata...saya belajar untuk melupakan si dia . Saya gagahkan diri melupakan si dia . Saya berjuang untuk teruskan hidup yang sepi tanpa si dia .


Wahai adik - adik , lelaki atau pun perempuan . Jangan la bersedih ...dia bukan kebahagiaan buat kamu . Dia hanya mempermainkan perasaan kamu saja . Dia bergelak ketawa bersama kekasih hati , sedangkan kamu meyeksa diri merindu dan terus merindu pada yang tak sudi . Rugi kan ? Bagi yang lelaki...pasti kamu akan temui gadis impian kamu . Bagi yang perempuan kamu akan jumpa putera impian kamu , yang ikhlas menerima kamu seadanya . Selamat berbahagia buat semua !
www.tips-fb.com

24 comments:

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

hurmmm...betul betul...

nazirulhazwan~ said...Reply To This Comment

buat pe la nak sedey2 bab cintan cintun ni, mengade2 jer, ape la sgt yang die da bg smpi nak nanges2 sedey? syukur what yang jantan/betine bodo tu tak jadi bini/suami kite.hee

shatooman said...Reply To This Comment

jgn sesekali percayakan lelaki yg bermulut manis... hmmm, saya suka makan manis, tp mulut ttp masam~

Nini Hartini said...Reply To This Comment

owhh tini prnh ada pglmn begini sblm menemui cinta yg sebenar.

tp masa putus tini bersyukur sgt sbb tau dari awal, sblm kami berkahwin. Mmg sedih tapi lebih kpd bersyukur sbb Allah tunjukkan pd tini siapa dia sbnrnya.

Dan kekecewaan itu banyak mematangkan tini. tidak membenci dia, malah berterima kasih kerana dia curang. Sbb dia curang, maka tini pn berkahwin dgn org lain, dan Alhamdulillah sangat bahagia...

ujian Allah itu kerana Allah telah menyediakan yg lebih baik utk kita

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

dah malas g nak percaya lelaki yang manis berkata2 tunjuk baik la sangat padahai...benci benci...

efa said...Reply To This Comment

sokong2 jgn mudah percaya pada lelaki bermulut manis ni 100% hehe

hiro said...Reply To This Comment

perghhh! padu tu..hii

JIJI YU said...Reply To This Comment

saya penah kena ngn pompuan..cam ni le jugak situasinye..hampeh..eheh

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul sekali.... Apa juga yg berlaku adalah ketentuan Allah. Pasrah dan redha kerana ada yg terbaik belum kita ketahui disebalik kejadian....

diana said...Reply To This Comment

kesian ..
lelaki tu mungkin dalam proses mencari kebahagian..
jadi dia gunakan pompuan tu untuk melangkah setapak dan setapak..
sampai dia jumpa,..

Hamba Ilahi said...Reply To This Comment

biarkan saja manusia yang tak tahu menghargai.

my recent post...ustazah yang cantik

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

pd adik2 nasihat LM sgt2 berguna tu...sila ambil perhatian...

Encik MamaT said...Reply To This Comment

ooo... mcm tu.. hehe... mulut masin lagi bahaya.. hehe..

BaTu^NiSaN said...Reply To This Comment

sentiasa redha lah akan ketentuanya....

af sembilan said...Reply To This Comment

cinta selalunye yg jd mangse adlh kaum hawa kan kak? lelaki klw dikecewakn pn..mggu dpn dh leh dpt yg bru... tp prmpn tak... :)

ejulz said...Reply To This Comment

no komen pasal cintan cintun ni.. hHeHe

Cik Cammy Lia said...Reply To This Comment

mekasih kak.hihihi.. maybe dulu sy penah buat kat boy sy cmni..tp lama2 baru sedar hanya dia yg mampu tahan karenah sy.hihi...doakan kabahagiaan kami yer

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

cintai aku bkn yg lain.hikhik lari tajuk

Cikgu Tie said...Reply To This Comment

setuju sangat dengan pendapat iza. Sayang macam mana sekali pun jangan sampai 100%. kena simpan juga sikit....

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

betul. :)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

jangan membutakan mata kerana cinta.
pandang lah cinta dengan matahati :)

ejulz said...Reply To This Comment

hidup ni bermacam2 ragam.. bermacam karenah.. dan banyk yg perlu ditempuh..

Jangan lupa terjah n komen k.. :) "Jalan2 di Melaka "

emieysandra said...Reply To This Comment

jangan sdih..lelaki jahat itu bukan utk die, perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya~

Eyrique Ettiqazz. said...Reply To This Comment

lelaki dan perempuan yg baik utk yg baik juga...janji Allah..Mungkin yg buruk pada masa ini mungkin yg paling baik utk masa dpn..kita cuma manusia ,x boleh meramal masa dpn.allah je yg tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...