Friday, May 27, 2011

Jumaat Yang Best


Assalamualaikum...
Alhamdulillah bertemu di Jumaat yang mulia sekali lagi . Moga kita dipanjangkan usia bertemu di jumaat - jumaat yang akan datang lagi . Jangan lupa membaca surah Al-Kahfi bagi yang belum membacanya malam tadi dan hari ini . Di entri sebelum ini LM selitkan beberapa kebaikan mengamalkan surah tersebut kan ?

Jumaat kali ni memang best . Tanpa jadual padat atau urusan yang wajib diselesaikan . Seawal 7 pagi encik suami dah tolong vacum rumah , LM buat bekpes goreng pisang je hari ni . Kebetulan pisang tanduk sedang masak ranum di dapur tu . Pisang tanduk adalah salah satu pisang kegemaran LM . Sedap , manis dan tak masam seperti pisang nangka . Nak cari pisang nipah agak susah di bumi Qatar ni .


Terasa nak cari kain untuk tempah abaya tapi....risau tak boleh siap pula sebab dah nak terbang pulang ke bumi Malaysia kan . Hurmmm apa plan hari ni ek ? Shopping ???? cam best je . Tapi kat luar tu sangat panas . 50 degree memancar dengan sinaran yang sungguh hebat mampu  mengeringkan carpet dalam seharia jemur saja tau !
Dalam seminggu dua ni pasti suhu di sini semakin meningkat . Aircond hall dan dapur memang tak boleh tutup dah . Sangat berbahang ....tak sanggup rasanya . Memang best bersantai - santai bersama anak - anak . Sedang masak daging sambal berkicap kat dapur tu . Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan kering bersama kacang panjang goreng . Menu ringkas lagi nampaknya ....

www.tips-fb.com

16 comments:

diana said...Reply To This Comment

kat sini pun panas..
mintak2 petang nanti hujan..
duduk dalam umah je ni..
nak keluar sidai baju pun malas..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hehe...berkurung dlm umah je ye

ieda said...Reply To This Comment

hari nie makan banyak bagi akak ekkeke :) dari pagi , tgh ari sampai mlm akak ada kenduri :))

ermm surah nie memang bagus kan ..

JIJI YU said...Reply To This Comment

50 tu kak..hurrr...kalo gajah basah pon terus kering dalam sekelip mata..

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

kalau baca 10 ayt awal n terakhir surah ni boleh terlepas drpd fitnah dajal.

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

akak balik malaysia lama ke?

Peri PiA said...Reply To This Comment

LM,selamat pulang ya nti :)

nazirulhazwan~ said...Reply To This Comment

bekfes goreng pisang?hehe:) kepelikkan?

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

lorh.. bekpes goreng pisang pun pelik lu ni naz.. haha.. guwa pagi petang bedal..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sis eida-ye sis..surah ni bagus sekali.wahh sis mkn dan mkn ye?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji-hihi...gajah jd perumpamaan ke?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

EE-ye dik..mudah2 -an.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kamihidup-Insya Allah..3 bln kot

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-ye pia..tq pia cumil

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

nazirul-haha..ni mesti jenis bekpes heavy2 ni kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

solihin zubir-keh3...naz mmg selalu kepelikan.biarkan dia.meh kita jek yg bedal..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...