Tuesday, May 17, 2011

Mulut Tempayan



Assalamualaikum....
Di rumah korang ada tempayan tak ? Biasanya tempayan ni zaman dulu orang buat simpan air , simpan beras atau perap budu . Tapi meandangkan zaman sekarang orang dah kurang guna tempayan LM tak pasti korang kenal tempayan ke tak . Tapi hari ni nak cerita pasal 'mulut tempayan' . 


Biasanya orang yang tak pandai simpan rahsia ni kita panggil mereka mulut tempayan . LM sangat takut dengan orang mulut tempayan ni tau . Bukan pandai nak simpan rahsia . Dengan cepat aib dan rahsia kita dia leh cerita satu kampung . Teruk kan ??? Encik suami selalu pesan , kalau ada kudis ke..kurap ke , gi lah cerita pada si anu..laju jek dia cerita kat orang lain ...sindir encik suami . Bukan encik suami kata LM ada kudis atau kurap...tapi dia minta berhati - hati bila bercakap atau meluah rahsia pada insan yang sebegini . 


Korang pernah berjumpa dengan orang camni ? Langkah yang paling selamat adalah ambil jarak , jangan rapat sangat . Biar dicop sombong takpe , dari dia bercerita jadi DJ radio meghebahkan cerita tentang kita , baik tak payah campur dengan mereka ni . Menyesal bercerita pada mulut tempayan kan ? ingat baik , rupanya sibuk bercerita ke sana sini ...haishhh . Itulah sifat orang yang takda kerja dan tak tau nak buat kerja apa ..hehehe .
www.tips-fb.com

16 comments:

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

EE suka zip mulut drpd cerita hal peribadi kpd sape2...

Eyrique Ettiqazz. said...Reply To This Comment

maksudnya org yg x boleh menyimpan rahsia..itu saja utk kelas peribahasa kita hari ini..

from KK,Malaysia to Qatar..virtual class.hikhik..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

EE-itulah sebaiknye...dari sakit jiwa,baik kita simpan jek masalah dan selesaikan sendiri.ngadu2 kat orang bkn dpt benda baik..di bls dgn kejahatan adalah..

bagus kelas peribahasa kita hari ni , esok kita belajar lain lak ye ? hehe

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Penah miza..bukan setakat mulut tempayan,tapi lengkap ngan pakej mulut biawak lidah bercabang, talam patblas muka siap dengan batu api sekali...!cukup syarat nak tempah hotel kat neraka kalau mati sebelum bertaubat!

iz said...Reply To This Comment

ada la kenal seorang mamat camnie..hurm,mulut tempayan..adoyai..sakit hati rasanya..

Peri PiA said...Reply To This Comment

ramai rasenya hehe

xmo jd mcm tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sufeenan-fuhhh hebat gak org tu yek?tp biasanya mulut tempayan ni lidah dia mmg bercabang la pun..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

iz-jg2..sbb tu kena pulaukan jek org camni,haha.hantar pulau tak leh lak kan?geram!

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

tutup tempayan nnt cicak berak......hehe

Lelord said...Reply To This Comment

huhuhu mmg ada...di mana saja ada, sakit ati dibuatnya, hampir2 nak remove aje dr FB

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

senang je klu jumpe org camni kak...

"jgn pegang2..duduk renggang2.." ;)

najihah sahami said...Reply To This Comment

ui. bahaya kak makhluk macam ni. kalau setakat mulut je tempayan xpe. ni akal pun tempayan sekali abis r. elok2 cerita tu 5 minit, pi kepoh jadi 50 minit. memang naya!

qasehraihan said...Reply To This Comment

betul tu..
menakutkan kan org mulut gini..
kadang2 lagi best depan kita dia ye ye je mcm simpati kat kita..
walhal kat blkg..woooo kutuk kita no1..

hai LM..sehat??

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/dah-meminjam-tu-reti-retila-nak-bayar.html

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

betul tu kak..kadang2 kita tak boleh percaya sangat dekat orang dalam bercerita rahsia kita...kita tak tahu dibelakang kita nanti ape pulak kang...

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

mmg kak.issshhh rara takut giler lah dgn mulut tempayan ni.bahaya ooo...knp lah dorg jdik cm tu eh.myb sbb dorg dh tak de keje sgt kot kan kak.tak takut mati ke yg nk jaja je cite kesana kemari.

shatooman said...Reply To This Comment

mulut tempayan tu lama-lama nnt ada la orang yg akan tolong tutupkan dengan tangan dan kaki.. biasanya itulah hadiah utk si mulut tempayan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...