Thursday, June 2, 2011

Baca , Kaji Dan Fikir !


Assalamualaikum...
Dalam entri yang lepas ada LM menaip

Benarlah..iman tak dapat diwarisi , tak dapat dijual beli . Seperkara yang lebih penting , jangan menilai iman orang dari pakaiannya . Pakaian tidak melambangkan apa - apa . Berapa ramai pelacur masuk syurga kerana kebaikannya , dan ramai juga ustaz masuk neraka kerana amalan sesatnya kan
Fahami  betul - betul...adakah anda rasa LM menghina islam yang berpakaian sempurna dengan ayat jangan menilai iman dari pakainnya . Memang muslim sejati adalah menjaga pemakaiannya , tetapi ramai juga yang berpura - pura di celah pakaian mereka ....ingat kes samun yang terjadi di stesen minyak yang melibatkan lelaki dan anak - anak yang berjubah putih , serban dan lengkap dengan parang ? Sekali imbas..pasti kita ingat mereka orang alim ulama kan ? Mereka hanya berselindung di sebalik pakaian saja .


Kisah akhlak - Hahaha...memang muak bila berfikir tentang kebanyakan orang . Di sini , tempat LM mencari sesuap nasi , walau bukan semua yang berperangai hodoh , tapi kebanyakannya memang teruk masyarakat di sini . Kasar , baran....wanita arab yang lengkap berpakaian menutup  wajahnya melanggar LM yang sarat hamil sehingga terpusing , sikunya terkena perut ...dan LM terjerit auuu ...tapi dia langsung tak memohon maaf . Wahh tersandar di dinding mall sehingga di bantu oleh seorang wanita inggeris yang pastinya bukan islam...apakah tiada belas kasihan di hatinya ?


Kes lain pula - Sedang mencari barang di pasar raya tiba - tiba perut ku menjadi sasaran lagi...dushhh di langgar troli , tiada kata maaf dari wanita itu.....berlalu tanpa kata , tanpa rasa bersalah . Memang pesalah sentiasa rasa diri mereka tak bersalah ke ? Jika LM yang salah pun , adakah dia tak kesian kerna terlanggar perutku dengan trolly? zalim la mereka ni...


Kes lain...akibat kesesakan lalu lintas di pasar borong , encik suami hampir - hampir kemalangan dengan sebuah kereta pak arab ni . Lantas dia terus menghalang kereta yang dipandu encik suami dan meludah ke tahah serta mengatakan ...u are cheap .Walau tidak meludah muka..tapi itu satu penghinaan kan ? ketika itu encik suami memandu kereta sedan saja..kereta sewa ketika itu .


kes lain....seorang inggeris memandu di lorong laju . Kereta hadapan dan dia memang rapat , kereta arab di belakang sentiasa memberi isyarat lampu suruh dia ketepi atau lebih laju . Memang had laju maksima telah di tekan . Lorong sebelah sesak untuk di celah . Tiba - tiba kereta inggeris tu dipotong oleh arab tadi dan arab itu berhenti secara mengejut . Tak sempat nak berhentikan kereta akhirnya dia melanggar kereta pak arab tu ...di balai polis , pastinya dia yang kalah walau kes tersebut telah di bawa ke mahkamah .


Jangan dihina pelacur juga , kerna tiba - tiba terkenang kisah pelacur dan anjing yang diberi air olehnya...satu kebaikan yang menjanjikan syurga buatnya . 


Lupa ke kita ramai saja ustaz yang orang agungkan akhirnya kita tak sedar pun mereka itu membaca ajaran sesat yang memurtat kan ramai manusia . Jangan ingat apa yang saya taip untuk menghina sesiapa , tapi saya mengajak kalian berfikir secara logik dan rational... adakah anak imam di jamin warak seperti bapanya ? tidak bukan...so salah ka ayat LM di atas sana ? iman tidak dapat diwarisi , bukan boleh di jual beli . 


Bersihkan lah hati , jangan berburuk sangka . Banyakkan bersedekah nescaya akan dimurahkan rezeki ...
www.tips-fb.com

22 comments:

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

benar sungguh bagai di kata..iman x dapat di warisi atau di jual beli..saya x mau tengok orang lain tapi cukuplah melihat jiran sendiri yg selalu pegi dengar ceramah,berkopiah putih,isterinya mengajar sekolah pasti tapi anak-anaknya x dapat di kawal dengan baik..anak perempuannya seringkali keluar malam bersama tunang dan memakai pakaian ketat namun x pernah di tegur..

Fahmi Mahat said...Reply To This Comment

kak, seorang ulama yang mengembara berkata, kuranglebih,

"Di Timur, aku jumpa Muslim yang tidak Islam akhlaknya,
tapi di Barat, aku jumpa non Muslim yang Islam akhlaknya. "

kalau mampu tegur, tegurlah kak, sbb Mukmin tu bersaudara atas asas teguran dan peringatan =)

yang suka berkongsi,
FahmiMahat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

mrs yie-benar tu sis..setuju sekali dgn apa yg sis contohkan.bkn ingin mengata2...tp itu lumrah hidup

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

fahmi-wahh ye ke?tp mmg akak perasan benda tu..

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

ye miza..gitulah zaman sekarang ni..x semestinya yg berpakaian mengikut landasan islam tu sempurna amalannya..( kalau mengumpat x sebut nama seseorang individu..ianya di panggil mengumpat umum..hal ni tidak menjadi kesalahan..) pernah dengar ungkapan pasal mengumpat umum ni dalam rancangan al-kuliyyah..

-NanI- said...Reply To This Comment

org klu dh tak tahu menilai maksud yg trsirat d sebalik kata2 akak td, mmg akn phm dr segi yg lain. mcm ni lah yg sbtulnya. tegur- menegur. by the way, ada satu entri akak yg sy copy, sy dh mintak izin dh tp, tak tau lah akak perasan ke tak.. entri ni berkurun dahh : http://novgems.blogspot.com/2011/04/fesyen-menutup-aurat-zaman-sekarang.html

Jo Qusary said...Reply To This Comment

Setuju dgn ayat yg disebut Fahmi tu... sebab pernah nampak dgn mata kepala sendiri.

Huh, agak tak suka dgn Pak Arab psl salah sorg drpd mereka pernah curi kopiku... sgt zalim.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...Reply To This Comment

kesian sis...

sanggup depa buat cam tu kat sis..

dah la tengah mengandung...

rasa cam nak nangis ja baca entry sis ni...

Peri PiA said...Reply To This Comment

setuju sgt LM

teruk nya manusia, :(

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Setuju!

diana said...Reply To This Comment

susah jugak hidup kat tempat orang..kan Lm..
mungkin kat sana adab susila tu kurang depa titik beratkan..

qasehraihan said...Reply To This Comment

pastinya iman xboleh diwarisi..

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

sayup hati kak. :)

ejulz said...Reply To This Comment

betul tu.. drama2 melayu pun slalu mengetengahkan kisah2 sebegini.. nampak je baik tp niat x betul.. menderma sebab nak dpt nama, akhirnya x diterima kubur.. bnyk lagi laa kisah2 yg blh diambik pngajaran.. :)

sarah mohamad said...Reply To This Comment

saya setuju sangat akak. semua tu luaran semata2.

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

hati baik baiklah semuanya...

sha a.s said...Reply To This Comment

Sha suke bc n3 kt blog akak ni..sbb byk pedoman boleh dikutip..:-)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...Reply To This Comment

gua sebelah penulis blog ini

azian said...Reply To This Comment

entry akak ni buat sy rasa mcm nak seypak (ni guna kaki ye bukan tangan) org yg langgar perut akak tu....huh...sy ni, kl terlanggar budak kecik pun siap cakap..."acik mintak maap yer..." huh lg...

emieysandra said...Reply To This Comment

btol tu sis, stuju sgt ng entri sis ni..jgn cpt mnilai ssorang dr pkaiannye je~

bersama kak Es said...Reply To This Comment

pakaian dan akhlak perlu seiring sebab Islam itu sempurna dan menyelamatkan.

Jangan diambil islam separuh2...
kan :)

nazirulhazwan~ said...Reply To This Comment

udah pakcik den kato dulu, dont judge a book by its cover, haih nak jugak judge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...