Tuesday, June 28, 2011

HATI




HATI...apa itu hati ?
Bila kita menyebut tentang hati , ia menggambarkan tentang perasaan , bukannya organ dalaman kita kan ? Hati biasanya sangat sensitif . Tak kira kita lelaki atau perempuan biasanya hati kita mudah terdetik dan terusik bila terjadi sesuatu . Hati mudah terguris bila terasa diri diabaikan , dibuat tak kisah , tidak dipedulikan atau hati  cuba disakiti dan dilukai oleh seseorang yang kita sayangi .


Tak kira kita lelaki atau wanita , muda atau tua...semua orang punyai perasaan . Hati mudah tersentuh dan terguris itu perkara biasa sebagai insan normal . Sebagai seorang insan sedaya upaya kita cuba untuk tidak melukakan atau menghiris perasaan insan yang paling kita sayangi supaya ia tidak menjadi barah dalam perhubungan tersebut . Tapi mampukah kita ? selagi mampu kita perlu berusaha bukan ?


Kadang kala kita nampak 1001 kebaikan dan suatu kecantikan dalam diri insan yang kita sayangi , tapi dalam masa yang sama kita nampak 10 keburukannya yang cacat dan keji dan bisa menggoyang perasaaan cinta kita terhadapnya . Kita mahu dia jadi sempurna . Kita mahu dia milik kita 100% . Kita mahu dia mengikut acuan dan corak yang kita tetapkan kerana kita fikir dia adalah hak milik kita . Dia perlu mengikut acuan yang telah kita tetapkan . Dia perlu berkelakuan dan berpakaian serta segalanya mengikut impian dan keinginan kita . Tapi adakah kita adil terhadap dirinya ? Adilkah kita menghukum dia hanya kerana keburukan dan kejinya sikap yang kita jumpa 10 tadi sedangkan kita amat bahagia dalam meniti kasih dan cinta bersama 1001 kebaikan dan keagungan cinta yang dia berikan kepada kita ?


Kadang kala kita tamak , kadang kala kita dengki , kadang kala kita kejam..dan yang pasti kita selalu berlaku tidak adil terhadap insan yang kita sayangi hanya kerana ingin memuaskan hati dan perasaan kita tanpa kita sedar hati nya telah kita lukai walau dia hanya tersenyum dan diam membisu . Diamnya dia adakah bermakna dia menerima ? senyum tawarnya adakah bermakna dia rela diperlakukan sebegitu ?


Moga diri ini tidak akan menzalimi perasaan insan yang disayangi demi kepuasan diri . Moga diri ini menerima baik dan buruk sikap insan yang disayangi demi mencapai kebahagiaan hakiki . Jika telah cinta terimalah keburukannya juga ....jangan kita terpesana denagn kebaikan dan kelebihannya tapi kita jadi hancur dan benci apabila terlihat sedikit kelemahan dan kekurangannya ....wallua'lam .

www.tips-fb.com

16 comments:

sha a.s said...Reply To This Comment

kalau hati bersih kt dlm, insyaAllah bersihla kita di luar kn...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

ya batul tu...

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

teringat satu lagu,jagalah hati jangan kau kotori(letak tgn kat dada).

najihah sahami said...Reply To This Comment

semua bermula dari hati...:)

Peri PiA said...Reply To This Comment

persoalan hati mmg rumit

kena hati2 menjaga hati

simply nana said...Reply To This Comment

semuanya bermula dengan hati...niat kita baik, insyaallah...semuanya dibalas baik...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

baca ni..teringat pula dkt suami. semoga ianya menjadi peringatan untuk tini juga.. kdg2 rasa suami byk mencuba menggembirakan tini.. sbb tu tini pn buat apa yg menggembirakan suami.. Inshaallah.

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

terlalu banyak penyakit hati..dengki,dendam,makan hati,terlalu kecewa sehingga tiada keredhaan.. semoga dijauhi dari semua tu .

JIJI YU said...Reply To This Comment

semoga hati kita sumer kembali kepada warna asalnya..

My MiRa said...Reply To This Comment

akak.......hati adalahsegala2nye..disitu terdetik segala hal..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

HATI....APA PUN BERMULA DR HATI

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

betul tu kak...tiada manusia yang sempurna....

diana said...Reply To This Comment

terima seadanya..
kita pun bukan sempurna sangat..
kan??
buruk banyak kat mata kita..
mata orang mungkin nampak lebih banyak buruk kita..

Nour Akmal said...Reply To This Comment

jaga lah hati..jgn smp hati kita mati...

ieda said...Reply To This Comment

kena bersih luar dan dalam sepecially hati nie dik .. kalau dah x dpt dibersihkan akan jadi parah huhuh

emieysandra said...Reply To This Comment

btol tu sis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...