Assalamualaikum..
Dalam perjalanan menuju ke melaka , singgah sebentar ke pekan jementah untuk makan . Terlewat hari ni kerana kepenatan perjalanan jauh semalam . Sarapan pun tak sempat , so encik suami singgah warung untuk lunch . Baru jam 11 pagi...kedai pun bukan bersih sangat sebab warung biasa saja . Tapi lauk pauk nampak boleh la kot ...
Aqilah dan azhad takmo makan , cuma ambil ayam goreng je . Tu pun tak habis . LM pujuk hati untuk makan kerana kakak tu dalam senyuman dah sendukkan nasi . LM pun senyum juga , then cuba pujuk diri suruh makan . Sian kan akak tu penat - penat sendukkan nasi..hik hik hik . Tapi...meja sebelah tu ada 4 ketul mamat baru siap makan . Merokok tak ingat dunia . Rasa nak lemas betul dan rasa cam nak simbah je dia ngan milo ais LM tu ..grrr .
Hujan lebat masa tu , nak duduk meja lain semua basah . LM berdiri je tunggu dia siap merokok sebab dah nak habis dah nampaknyer . Boleh je dia sambung sebatang lagi ....tak ingat keadaan sekeliling betul mamat tu . Dalam hati memang dah bebel - bebel dah . So LM ambil pinggan dan pindah ke meja lain walau tempias hujan . Encik suami yang sedang menyuap pun pindah la juga . Encik suami kata..."kalau makan pindah - pindah nanti bini banyak tau " hahaha..
Malas nak layan gurauan encik suami tu . Sakit hati dengan mamat 4 ketul yang tak hormat orang sekeliling . Dah la kita hamil , pastu bawa anak - anak ....grrr . Nak mati sorang - sorang la . Jangan libatkan insan lain di sekeliling korang . Ada akal sila guna ye wahai perokok semua . Semua orang tau bahayanya asap rokok tu kepada insan sekeliling . Benci lah dengan sikap perokok!!!

19 comments:
ade typo tu. haha.
"mak" mati sorang2 la. ?
gua dah letak dah kat blog gua dulu. dalam rokok ade babi :3
Kalau nak merokok tengok keadaan sekeliling.....
LM dah balik tanah air ke...
orang malaysia tak semua bijak2 Lm..
ada yang tak boleh berfikir sendiri..
hehehhe
zai tak rokok! zai baik kan? :D
selamat pulang ke tanah air ! :)
p melaka ea kak?mane je?jaga kesihatan ye kak..=)
betul..sokong sis..
benci dgn sikap perokok..!!
Jom Terjah Sini :)
mmg benci dgn perokok yg mcm nie~!
lempang je kak, tak nampak ke ibu mengandung?
mmg kkdg dorang sgt tak sopan .. anti betol . huk
yup3..... tak suke bau rokok... huhu...
slagi x sakit diorg mmg cmtu.. dh sakit nti kumpul duit beli ubat plak...
Kadang2 bila terjumpa dgn perokok mcm ni nak je ambil rokok diorang tu dan baling jauh-jauh..
kalau tini kan...tini buat2 kipas2 mcm x selesa depan dorg. nt tau lah stop. tini buat2 batuk laaa..hehee
simbah je air milo tu. Mmg betul2 tak hormat orang lah. Dahlah ada anak2 SIS kat situ. Geram!!!!!!
tu la pasal kadang2 dorg ni x alert ngan keadaan sekeliling...kita yg lebih berisiko drpd dorg utk dpt penyakit..kena kat kuarga dorg baru tau...
bese la tu...kdg2 dorg lupe kdaan sekeliling....
Scenario begini sering berlaku di tempat kita. Kurang arif dan tak bernai nak menegur. Cuba kalau di negara luar mesti dah kena tegur....
malunye saye sebagai orang mesia..ehhe
mereka nih x sensitif pd keadaan sekeliling...
Post a Comment