Thursday, June 30, 2011

Kak Melur Jelita Dan ASST ?


Assalamualaikum ...

Walau pun baru setahun jagung berblog , tapi diriku dikelilingi oleh insan yang  amat menyayangi diriku . Terlalu ramai akak - akak , sahabat dan adik - adik yang prihatin tentang kesihatan dan kesedihan diri ini . Kegembiraan dalam kehidupan bersama suami dan anak - anak juga daku luahkan di blog . Cuma sejak ada lalat hijau yang selalu berlegar - legar di sini diriku kurang mempamerkan aktiviti kami sekeluarga terutama gambar LM sendiri .


Salah seorang kakak yang amat rapat dengan LM adalah sis Melur Jelita . Sebelum rapat dengan sis melur LM tak layan pun novel ASST ? Tapi bila dia minta LM tolong promote novelnya , promote GA anjurannya , kami dah jadi seperti adik beradik . LM memang hari - hari manja - manja ngan sis melur . Kak melur ni  sangat memahami , ada masalah  je mesti LM akan menangis ngadu ngan sis melur . 


Rasanya ramai pembaca dan rakan blogger yang rapat dengan LM pun sekarang sedang angau dan dah mengikuti tiap episod ASST . Pasti ramai dah angau dengan Hilman , dan suba menjadi secantik dan setegas Intan . Tapi ...hari ni LM baca luahan hati sis melur di sini . Rasa pelik tengok entri sis melur  , dia kata dia lemao ..naper ye ? Akibat sambutan hebat dari para pembaca sis melur bersetuju untuk merealisasikan impian kita semua , impian membaca ASST dan penyokong nya  untuk menerbitkan novel tersebut . 


LM tersenyum girang bila terbaca sis melur nak terbitkan novelnya . Setiap episod yang penuh suka duka pasti membuat kita semua tersenyum manis kan ? Bila intan menangis , LM juga menangis , lebih - lebih lagi bila dari awal sis melur kata LM sama cam Intan ..sebab intan pun suka pink phanter . Kereta intan ada lakaran pink phanter tau ...setiap kesedihan Intan menjadi kesedihan pembaca juga . Begitu dalam penulisan sis melur sehingga dapat membuatkan kami merasa sedih , hampa dan marah dalam setiap episod nukilannya . Semuanya rasa ingin memiliki suami seperti Hilman , penyabar dan sentiasa ada tatkala Intan memerlukan . Setiap isteri yang membaca cuba menjadi sebaik intan dan ingin menghadiahkan cinta agung secantik dan semekar cinta Hilaman dan Intan .
 

Buat sis melur...jangan sedih - sedih ye kak , adik sangat hargai setiap nukilan akak , begitu juga setiap pembaca lain juga . Seperti yang kita tau jika ingin diterbitkan pasti novel ini akan diedit serba sedikit . Sis Melur rasa sedih kerana hasil tulisannya akan diedit beberapa episod . Bagi pembaca setia ASST pasti kalian akan terkejut kerana ada beberapa bahagian yang akan diedit , namun LM berharap agar sis Melur sabar dan jangan putus asa . Moga mereka tak potong terlalu banyak episod menarik dalam ASST ye sis Melur ? Takmo la tengok sis melur sedih - sedih kerana adik sayang sangat sis melur . Sayang akak ketat - ketat .

www.tips-fb.com

12 comments:

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Salam adik jelita,
terharu sangat ni..tak tahu nak kata apa..sob3

diana said...Reply To This Comment

nak buku kan???
mesti nanti orang buat filem pulak..
aminnn...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

melur jelita-sama2 akak sayang

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-watak intan tu susah nak di cari pelakonnya..

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

kak melur lemau sebab berukband kan..hehehehe kak melur kene pakai unifi.hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

FS-bkn psl beruk dia je..tp psl lain gak dik

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia rindu hilman huk2,cpt la ingt

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-ye pia..doakan hilman cpt pulih ingatannya ye..sian intan

bersama kak Es said...Reply To This Comment

tak sabar tunggu NOVEL ASST..

mmg suggest sgt semua org baca :)

Nini Hartini said...Reply To This Comment

tini tau pasal ASST pun lepas baca review blog LM. tp mula membacanya lepas beberapa kali masuk blog MJ.

Heart In A Cage
.

JIJI YU said...Reply To This Comment

ahaha..nak jadi model muke depan die leh tak

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

sedih jugak bila baca entri kak laili tadi tu..ni mesti something wrong somewhere ni.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...