Friday, July 1, 2011

Kalau Senyum Kan Cantik !



Assalamualaikum...
Kecantikan bukan sesuatu yang boleh diukur . Ia subjektif , namum bila wajah yang anggun hadir tanpa senyuman pasti keanggunan itu lenyap . Kadang kala terfikir juga , susah ke nak senyum ? Padahal apabila kita senyum ,  kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.


Susah ke nak senyum ? Sebenarnya ramai je yang susah nak senyum walau cuma guna 17 otot muka tapi mereka lebih rela nak jadi tua dengan mengerutkan muka umpama singa bila berdepan dengan insan sekeliling .


Senyum pun dah cukup , tak perlu nak kata apa -apa . Sebuah senyuman mampu memberi 1001 kebahagiaan . Senyuman juga mampu memberi ketenangan kepada si penerima . Malah senyuman juga mampu mejalinkan ukhwah antara dua insan . Apa yang peliknya nak suruh senyum pun susah , bukan nak kata senyum kepada orang tak kenal , senyum untuk saudara mara atau sahabat yang dikenali pun kedekut kan?
Kadang - kadang LM rasa orang yang kedekut senyum ni ada penyakit hati . Ye lah , kenal tapi dah la takmo tegur , nak nampak dia senyum pun susah . Malah bila kita senyum kat mereka pula dapat balasan senyum sinis pula . Alahai manusia....tinggi sangat ke darjat kamu sampai susah nak sedekahkan senyuman ? Senyum lah seikhlasnya ...kerana kalau senyum tu kan nampak cantik ! Rupa cantik tapi takda senyuman pun tak guna dik ! Malah nampak sombong pula .

www.tips-fb.com

20 comments:

bujal X said...Reply To This Comment

kerja saya mewajibkan saya senyum hari2~he~~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bujal X-tak juga bujal..ramai je org yg kerjanya perlu senyum tp muka cam cuka tau.

sha a.s said...Reply To This Comment

:)

.fariza. said...Reply To This Comment

kita pun buat ebtry sal senyum semalam akak :)

ieda said...Reply To This Comment

yes dikk senyum dan x yah kata apa2 .. semua dah paham .. segala derita terubat bila tgk senyuman kan ..

tapi awas senyum sokmo org cakap gile lak nanti ekekek :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

kadang2 takut nak senyum takut org xbalas,tu org ingt pia sombong
hehe

:),ni pia senyum khas utk LM

Puteri Iqa Izyan said...Reply To This Comment

senyum tu kan manis. hehe.

tp ramai yg suke dgn penggunaan 43 otot tu =P

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

saya senyum ni kakak comot~ :)))))

diana said...Reply To This Comment

nak senyum pun tak mau padahal wajah kita akan berseri2 bila senyum..
muka tak cantik,usaha beli krim itu ini nak bagi cantik..tapi orang pandang tetap tak cantik kalau kita susah sangt nak senyum..
"senyum-senyum"

pCL n mmD said...Reply To This Comment

owh banyaknya pergerakan otot bila senyum...patutlah selalu npk muda jer...siapa?..heee

sarah-najwan said...Reply To This Comment

akak ni lagi la peramah..bukan setakat senyum..sengeh memanjang..hehehehe

Izan Ishak said...Reply To This Comment

bukan susah senyum ni...free saje~
pahala pun dapat kan

anamizu said...Reply To This Comment

senyum utk ummi ^_________^

najihah sahami said...Reply To This Comment

senyum,tak perlu kata apa-apa. hehe..

kak, jelir je panjang2 kat org muka ketat ni. tak pun akak buat2 tanya, awak ni baru mati laki ye?susah beno nk senyum.hahhaah

lepas tu akak lari la laju2. eh lupa akak pregnant..aa..akak redho je la ye..^^

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

senyum adalah senjata. boleh kalahkan hati yang keras. :)

ctpayong said...Reply To This Comment

dia sebenarnya jealous bila nampak kamu "boleh" senyum.

jom kita ajarkan cara-cara bagaimana mahu senyum.

salah satu cara, suruh dia hari2 ngadap smiley yg sentiasa senyum!

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

suka senyum kat orang tp tak suka bila orang x senyum balik kat kita...huhuu

bersama kak Es said...Reply To This Comment

betullaaa...kalau tgk org senyum hilang rasa resah kannn..
kalau sakit tu.. rasa mcm kurang sikit. Kalau tgh susah , rasa mcm spt support... tak susah tp tak ramai yg nak buat yg betul2 senyum tu

Lelord said...Reply To This Comment

membaca sambil senyummmmm

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

bukan kena keluar duwt pon kalo senyum kan kak.apa yg payah sgt ntah lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...