Wednesday, June 22, 2011

Kehabisan Tenaga



Salam buat semua .
Hari tu demam , bersambung pula dengan pemergian arwah nenek . Hanya Allah saja yang tahu petapa letih dan memang dah termampu diri ini untuk melangkah . Sangat letih , rasa nak menjerit saja meminta bantuan . Tapi kepada siapa ? Semuanya keletihan , bukan diriku seorang saja . 


Majlis tahlil malam ni selepas isya' . Pasti lewat selesai ...pukul berapa nak pulang ? tak boleh nak jangka semua tu . Moga diri ini terus mampu berdiri walau untuk melangkah pun diri ini dah tak sanggup rasanya . Bonda mungkin lebih letih kerana semalaman tak tidur , masak untuk kami pula tengah hari tadi . Kedua orang adik pula akan bertolak pulang ke KL malam ni , moga perjalanan mereka selamat dan kereta tak buat hal seperti malam tadi , tak pasal - pasal kereta meragam di highway awal pagi lak tu . 


Kenduri pula 3malam ...moga semuanya lancar . Terima kasih buat semua teman yang mengucapkan takziah di blog ini , facebook dan shida , efa , nana yang sudi sms memberi ucapan takziah . Terima kasih atas doa kalian ...semuanya lancar dan mudah proses pengkebumian tadi .

www.tips-fb.com

7 comments:

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

takziah untuk nenek kak LM, semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman...

kak, dapatkan rehat secukupnya ya!

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

banyakkan berehat ye miza..jaga diri.. :)

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

alhamdulillah :)

SatuJutaIdea said...Reply To This Comment

Takziah buat kamu sekeluarga. Sememangnya amat meletihkan tiap kali adanya kenduri kecil mahupun besar. Cumanya, semoga keletihan itu akan Allah tunaikan dgn ganjaran pahala di atas keikhlasan tiap kerja yg dilakukan.

Peri PiA said...Reply To This Comment

takziah,LM kena bertahan k

tp jgn pakse diri k

emieysandra said...Reply To This Comment

ade mse..rehat la kjp sis ;)

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

takziah pada keluarga akak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...