Saturday, June 4, 2011

Kemaafan



Assalamualaikum...
Kemaafan , semua insan pasti menginginkan kemaafan bukan ? Lebih - lebih  lagi apabila kita melakukan kesilapan . Tapi mengapa maaf begitu sukar di lafaz . Kadang kala terfikir ada 2 kemungkinan lafaz maaf begitu sukar terluah:
1. Kita merasa kita tidak bersalah @ di pihak benar
2. Keegoaan yang tinggi .

Rasanya dengan hanya 2 sebab di atas ni saja sudah cukup kuat untuk menghalang sesiapa saja melafazkan maaf . Namun selagi tidak bermaafan antara kedua pihak pastinya ada suatu perasaan yang terbuku . Pasti rasa kurang selesa bertentang mata walau tiada perbalahan . Sering melarikan diri apabila bersua muka malah lebih bagus jika tidak bertembung bukan ?


Mengapa sukar melafaskan maaf...dan LM sendiri sentiasa memujuk diri menjadi seorang pemaaf walau orang tidak melafazkan maaf...secara jujur diri ini sukar memaafkan orang jika luka itu terlalu dalam . Kerna itu lahirnya entri ini sebagai ingatan buat diri sendiri bahawa sikap pemaaf itu amat dituntut , jangan berdendam . Peringatan buat rakan - rakan dan yang teristimewa ingatan ini buat diriku sendiri...muhasabah diri sebelum tidur itu adalah perkara yang perlu dan dituntut dalam islam . Lapangkan dada...maafkan diri sendiri dulu sebelum kita memaafkan kesalahan insan lain , walluhua'lam.

www.tips-fb.com

17 comments:

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

1 je sebab susah nak lafaz kemaafan. Ego tinggi. betul x SIS LM?

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

minta dijauhkan sifat yang 2 itu LM..xda faedahnya.hanya mengumpul dendam kesumat....
semoga kita dihiasi sifat pemaaf.

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

memberi kemaafan lebih bagus..

Peri PiA said...Reply To This Comment

kadang2 sukar

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

tapi akak mudah memaafkan orang cuma sangat tidak mudah untuk melupakan perkara yg sudah berlaku tu..mungkin akan ingat sampai ke mati..

JIJI YU said...Reply To This Comment

nak memaafkan tu senang gak..tapi nak melupakan tu..susah.

Kalamhati said...Reply To This Comment

kemaafan dendam yg terindah..=) tp sukar utk kita lakukan kdg2 kan..

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

sis.. sy minta maaf ye kalau ada wat salah.. =)

saiazuan said...Reply To This Comment

slalu maafkn orng... tp susah nk lupakn yg yg diorng wat... hmm tp adakh org memaafkn kte?

diana said...Reply To This Comment

minta maaf ye LM kalau ada terkasar bahasa terguris rasa...:)

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

mmg sukar lafazkan maaf..walaupun dimulut sudah memaafkan tapi hati masih berbekas..andai kata terjadi pada persahabatan ..dah tentu berkawan tapi tak serapat dulu .. andai kata berlaku dlm rumah tangga..mungkin kepercayaan makin berkurang ... ape pun yang penting ikhlas memaafkan ..

emieysandra said...Reply To This Comment

betul tu. sb ego tinggi.

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Adik jelita...akak sentiasa maafkan adik jelita dunia akhirat..jangan risau.

Maafkan akak ya dik jelita kalau akak pun ada buat salah

Izamir Ridzwan said...Reply To This Comment

ego tggi kot sb tuh sukar sebut maaf

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

Memaafkan buat kita tenang & terhidar dr berdendam.. Meminta maaf itu lebih baik kerana kita sentiasa sedar akan kesilapan & akuinya dengan lafaz maaf

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

tak susah pon mintak maaf :)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

maaf dari Kak Es ye jika ada terkasar bahasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...