Friday, July 1, 2011

Membesar Bagai Juara ?




Gambar ehsan google

Assalamualaikum....

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian biasanya ramai yang leka dalam soal menjaga keterampilan diri . Bukan nak suruh jaga badan sampai naik ketul - ketul cam abg ben kita tu ...sebab bukan semua minat dan larat nak berusaha bina ketul camtu pun kan ? Cumanya jangan lah biarkan badan membesar bagai juara . Jika anak - anak milo boleh la membesar bagai johan , mereka anak kecil dan masih aktif . Kita yang dah masuk umur akhir 20-an ni kena berjaga - jaga . Lebih - lebih lagi bagi yang telah berkahwin dan telah melewati zaman 30-an .

Kenapa kena jaga badan ? Haishh bukan la perempuan ni cerewet nak lelaki gaya model je , cumanya kena la seiring , jika isteri atau pasangan korang tu separuh mati nak jaga badan biar sihat dan maintain , korang kena lah jaga juga kan ? Kurus tak bermakna sihat , gemuk tu lagi lah tak sihat okey ! 


Jika encik suami memang dia dah tau kot , isteri dia ni memang bebel bila nampak perut dia mula naik , haha..ampun abang ...perut naik tu bahaya kan ? bukan senang nak bagi kempis , dah debab nanti macam - macam penyakit muncul . Bukan semua wanita suka lelaki muncit okey ...orang kata  lelaki muncit tanda duit banyak ..cehh tolong simpan ayat tu baik - baik . LM kurang minat dan tak setuju dengan ayat tu !

Tak kira kita dah kawen ke , belum ke...apa yang pasti niat kena jaga diri dan kesihatan . Takmo la membesar bagai juara , kena rajin bersenam bakar lemak tepu tu . Baru tubuh sihat , jiwa ceria ..dan boleh mengelakkan kemurungan dan yang penting elakkan diri dari bersikap baran . Kalau tak percaya cuba selidik , lelaki yang panas baran ni biasanya tak bersenam , tertekan dan pastinya ilmu agama cetek sebab tu tak pandai kawal amarah . Moga lepas ni kita sama - sama menjaga kesihatan diri . Mari kita bersenam ! Kayuh jangan tak kayuh ...saper ada beskal senam tu sila kayuh okey . Selamat mengayuh .


Buat encik suami ...pas bersalin nanti kita main squash sama-sama okey..sian lor..raket tu berkapuk..hik3.


Nota kaki : Beskal senamku ada dalam kotak..takut berhabuk sebab yang empunya sedang hamil kan ...keh3.

www.tips-fb.com

18 comments:

eRza farEeha said...Reply To This Comment

wahh...akk..semoga selamt melahirkn ye..:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

erza-amin..tq dik..lambat lagi.hihi

ieda said...Reply To This Comment

yes dik .. akak selalu make sure hubby akak x buncit perutnya .. risau kono2n x handsome nanti .. tapi yg pasti akak x suke lelaki boroi .. cam x beshhh :)

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

kak LM, ye betul tu...sy pun tak suka kata-kata laki muncit duit banyak.. kalau sy xnak lah, dah lah sy kecik, dpt laki muncit..haa tamau2

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia malas senam,huhu

ciayok2 nti nak jogging

diana said...Reply To This Comment

berat saya dah naik ni..
4 kilo.sekarang dah 55..
risau nya..
tapi setakat risau je tak bangun2 bersenam tak guna jugak..kan??
heheheh...

JIJI YU said...Reply To This Comment

hamboi kak..maen squash ek..dasat ni

sarah-najwan said...Reply To This Comment

hubby akak sgt jaga perutnya itew..ehehee..napok huduh kan kalu boroi..kureng hensem...hahhaha

najihah sahami said...Reply To This Comment

mak aih..main squash??hebat la kak..hehe...mish nak angkat raket badminton pun mls. hahaha.adeh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

eida-ye sis..kita sama..nnt tak sampai tgn nak peluk..keh3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

FS-hihi..takmo ye?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-takmo senam gi swimming..hik3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-relaks la..br 55 kg,hik3.jom senam!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji-haha..main jek,pastu kutip bola.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sarah - najwan-akak kan cumil..sbb tu dia jg perut kot

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

mish-dah berbulan akak tak senam sejak peknen ni..hihi.squash tu main je mish..nnt pakat2 kutip bola

Nini Hartini said...Reply To This Comment

perut suami tini pun semakin maju ke depan kak.hehehe

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

muncit manyak duet?eeuuuww tolong lah paham.geli ouh.heheh

akk nt rara nk beskal tu jugk lah.hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...