Sunday, June 5, 2011

Sabtu


Assalamualaikum....
Salam Ahad buat semua rakan . Bangun pagi ni memang rasa sangat letih dan tak bermaya . Malam tadi tidur jam 11 lebih memang terlalu lewat buat diriku di Qatar ni kerana subuh seawal 3 pagi di  sini . Kisah semalam , memang meletihkan . Tapi sangat menyeronokkan walau dalam keletihan . Semua aktiviti bersama suami dan anak - anak . Pastinya mereka yang belum berkeluarga tidak memahami nikmat bersama anak - anak itu begitu manis . 

Jumaat jadual seharian memang penuh , ceramah agama habis jam 10 lebih dan pastinya encik suami pulang ke rumah lewat . 

So bangun pagi semalam plan bekpes luar cam biasa , dekat - dekat saja dengan rumah . Kemas rumah , melipat kain yang menggunung tu . Encik suami busy dengan kerja opisnya yang belum siap - siap tu . 

Pukul 12 lebih sikit dan kena solat zohor dan siap - siap kerana 12.30 dah nak hantar maisarah ke kelas kafa .Lepas tu menuju ke hospital kerana untuk ujian ultra sound pula . Temu janji untuk ultra sound 1.45 , tapi memang lewat sikit la ...tunggu mereke print report dan cetak cd ...pukul 3 baru siap . Kepenatan yang tak terhingga dah terasa . Masuk kereta dah jam 3.03 petang...lagi 10 minit azan asar , so  kami plan tunggu asar dulu baru gerak keluar dari hospital . Lepas solat kami pergi mengambil maisarah di kelas kafa pula . Tumpang toilet , tengok - tengok maisarah baru nak ambil wuduk . Tunggu saja maisarah di kereta , memang dah takda tenaga sebenarnya time tu .


4.20 bergerak menuju souq asiri . Pasar kain kegemaran LM . Seperti arked mara yang penuh dengan kedai kain pelbagai fabrik . Penatnya....menuju ke tingkat tiga ...fuhhh . Plan nak cari baju raya untuk kami bertiga , ummi , maisarah dan aqilah . Encik suami nak kami sedondon seperti tahun - tahun lalu . Bukan mudah nak beli jenis kain dan corak yang sesuai untuk ibu dan ank kecil kan ? Kalau kain terlalu murah tak syok juga . Jika terlalu mahal membazir untuk anak kecil yang pastinya baju tu cuma bertahan setahun saja . Muka dan muncung sebab semuanya rasa tak sesuai di hati..hehe . Akhirnya encik suami sarankan buat abaya saja . Then hantar sulam ...ikutkan saja lah sebab dah penat . Beli kain dan kluar dari sana..penatnyer . 


Encik suami singgah money changer dulu tukar duit sebelum nak balik , then kami makan lepas tu . Makan kedai indonesia sebab memang nak cari nasi , semua dah lapar . Minta encik suami singgah mall kejap kerna hajat di hati nak rembat sesuatu di H&M , tapi ramai sangat orang tak jumpa barangnya pula . Balik solat maghrib , kemas - kemas dan keluar hantar tempahan abaya yang kami beli tadi , ada juga selit tempah sehelai blouse juga..keh keh keh . Sempat lagi tu ! 


Balik rumah , kemas segala barang , iron baju dan akhirnya jam 11 lebih juga tidur . Seronok walau penat . Sekurang - kurangnya bersama anak - anak menghabiskan waktu bersama .
www.tips-fb.com

21 comments:

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

bawak2 la berehat miza.. :)

diana said...Reply To This Comment

wah..
ni betul2 padat punya aktiviti...
banyak kan berehat ya..:)

Fyqa said...Reply To This Comment

packnye aktviti...

rest juga prlu :)

Sunah Mohammad said...Reply To This Comment

bestnyeee da shopping baju raya~

JIJI YU said...Reply To This Comment

akak2...lepas ni tarok la gambor suq asiri tu..

Peri PiA said...Reply To This Comment

nikmat jd isteri :)

wah LM,shopping

sarah-najwan said...Reply To This Comment

penuhnya xtvt LM..sempat soping2 lagi..persediaan utk raya..

akak lum sedia apa2 pom..igt nk main beli ajo..xnak tempah2..

biasa weken mmg hari brsama famili..walau apa pun xtvt..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Mrs.Yie-mmg pas anak2 gi sek td rest cukup2 sis...tq ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-ye..mmg padat,tp byk benda yg tak terbeli lg ni sbnrnyer

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

fyqa-akak tak cukup masa dah dik.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sunah-sepasang je...yg lain beli siap jek

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji yu- lain kali akak letak gmbr.sbb tak pernah ambil gmbr kat sana.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-mmg nikmat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sarah najwan-kena bereskan sblm terbang pulang sis..huhu

emieysandra said...Reply To This Comment

padat gak xtvt sis..pape pun, jgn lupe rehat..jge kesihatan tuu~

Cikgu Fikri said...Reply To This Comment

padat sungguh aktiviti..
huhuhh..
jgn lupa rehat yer kak..
anyway, bler akak sebut kedai indonesia tu, rasa nak makan nasi ambang lah plak..
hurm..
sedapnyer... :)

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

padat jadual akak eh, heee. janji happy dengan keluarga. :)

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Sopping sebelum balik! hehehe

Lelord said...Reply To This Comment

huuhuhu miza lela baju raya kami dh siap tailor dh anto umah mak.

tp cam ade niat dihati nakg tempah abaya kat souq thursday friday

ejulz said...Reply To This Comment

seronok kalo layan budak2 ni.. ejulz layan anak buah ejulz pun dah seronok.. kalo layan anak sndiri mesti lagi seronok.. heHe

waa.. syok laa dpt g shopping.. ape2 pun selamat berehat.. kesian baby lam perut kalo letih.. :)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

Kesimpulan nya sangat penat bershopping .... sempat je dia:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...