Monday, June 6, 2011

Selesai Akhirnya


Alhamdulillah , malam tadi temu janji dengan doktor ku Doktor Reham berjalan dengan baik . Keadaan yang baik dan hasil ultra sound sabtu lepas pun kedudukan bayi yang bagus . Keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sangat memuaskan hati doktor . So dengan penuh senyuman doktor melepaskan diriku terbang pulang ke tanah air dengan menyerahkan segala rekod perubatan selama hamil di sini .


Cuma beberapa masalah lain dengan penurunan HB yang mendadak dan jangkitan kuman sekali lagi berlaku . Dah dapat stok ubat yang mencukupi untuk semuanya . Kami juga telah mendapatkan pengesahan dari pihak Qatar Airlines mengenai status diriku dan mereka tidak berdolak dalik kerana kandunganku selamat untuk berada dalam penerbangan nanti , Insya Allah .


Stok vitamin pun dibekalkan cukup sehingga tamat tempoh kehamilan . Tiba - tiba rasa seperti membazir saja kerana walau harganya amat mahal tapi diriku jarang sekali menelan vitamin tu . Bukan masalah apa..cuma rasanya cukuplah Salindah yang telah diambil sejak awal mengandung sampai kini . Terasa malas nak telan vitamin doktor tu pula ...kedegilan melanda...hehehe . 


Menjawab soalan gedek mengenai dah scan ke belum ? jawabnya sudah uncle , mereka memang aturkan jadual scan dalam 2 minggu sekali untuk memastikan kedudukan bayi baik . Alhamdulillah jantina dan kedudukannya memuaskan . Terima kasih kepada akak - akak dan rakan yang mendoakan kesihatanku . Tak sabar nak terbang pulang!!!
www.tips-fb.com

19 comments:

gedek! said...Reply To This Comment

Seronok nya bunyi...!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

gedek-ye uncle..sgt seronok!

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak rasa LM punya minda dah terawang-awang membayangkan tanahair. Anak-anak lagilah exited nak jumpa tok-nenek dan sepupu mereka...

BRO_MONDAY said...Reply To This Comment

sis LM : ai tumpang gembira...('',)

Liza @ Adzriel AB said...Reply To This Comment

walau pun dah ambil set salindah, elok juga makan vitamin yg doktor beri utk kesihatan terbaik diri sendiri & baby. moga selamat semuanya.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kakzakie-minda adik mmg dah sampai segamat pun..hahahah.klu anak2 tu mmg rindu atuk dan nenek.tp bab sepupu tak la sbb saya anak sulung sis..hik3.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bro monday-tq friend..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

liza-tq..nnt saya gagahkan diri telan vitamin2 tu..huhuhu

BRO_MONDAY said...Reply To This Comment

sis LM : yu most wellcome...('',)

sha a.s said...Reply To This Comment

alhamdulillah utk semua berita baik tu.... :)

Hasanah Muslim Shop said...Reply To This Comment

Selamat kembali!
Anak 1st ke?

Mrs Mohd
@HMS

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bro monday-^_^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sha-tq adik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hasanah-Alhamdulillah...anak ke 4

Lelord said...Reply To This Comment

miza how many months ek skang?

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Selamat pulang ke tanahair.Semoga semuanya selamat hinggalah saat melahirkan.

emieysandra said...Reply To This Comment

slmat pulang sis^^

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

semoga semuanya selamat kak. amin. :)

Eyrique Ettiqazz said...Reply To This Comment

home sweet home.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...