Thursday, June 16, 2011

Tandas R&R Kotor ?



Assalamualaikum...
Perjalanan dari Kedah ke Johor memakan masa dalam 7 jam . Mungkin kerana kehamilan yang semakin memberat ni membuatkan LM kerap ke tandas . Hampir setiap jam perlu berhenti ke tandas . Tapi amat mengecewakan bila berhenti di perhentian yang tandasnya kotor dan menjijikkan . Sepatutnya tandas di perhentian lebuhraya perlu bersih dan tip top bukan ? 


Memang mengecewakan tahap kebersihan di salah satu perhentian yang LM singgah . Pertama kali singgah di sana memang membuatkan diri jadi serik . LM hanya akan singgah di perhentian besar saja , hentian sebelah jarang pun singgah . Tapi memang mengecewakan tahap kebersihan lantai , sinki dan keadaan dalam tandanya yang amat menjijikkan . Sejak hamil memang LM tak guna tandas cangkung . So memang gi mana - mana akan cari tandas duduk saja . Anak - anak pun memang tak pandai guna tandas cangkung ni . Susah nak cebuk kata mereka , seluar mudah basah dan akan terpercik najis ke kaki...kotor kata mereka .


Tapi amat terkejut bila LM dapati mangkuk tandas duduk tersebut berlendir . Eiii menjijikkan ! Tak boleh dibayangkan berapa lama tandas tu tak berbasuh . Kelihatan seorang makcik cleaner dalam lingkungan umur akhir 50-an - 60 tahun sedang berehat di sana . Dalam hati terdetik , tak salah jika ingin membantu memberi pekrjaan kepada makcik yang telah berumur , tapi kenalah tengok makcik tu larat bekerja atau tidak . Rasanya bukan penduduk Malaysia saja yang akan singgah ke tandas tersebut bukan ? Ishh memalukan juga jika pelancong asing singgah ke perhentian tersebut dan menggunakan tandas kotor lagi menjijikkan tu...hurmmm macam - macam !


Lepas ni akan berhenti  di hentian yang biasa singgah je la...memang gerun dengan tandas kotor camni .
www.tips-fb.com

25 comments:

diana said...Reply To This Comment

saya tak pernah jumpa tandas RnR kotor..
sebab biasanya ada tukang yang bersihkan..kerap kali dibersihkan..kan???
mungkin RnR yang LM pergi tu jarang2 cek tandas kot..

sha a.s said...Reply To This Comment

Sha mmg paaaling jarang guna public toilet psl byk kali tkena...eiiiyuckkk! sanggup tahan smpi balik umah..ehehe

JIJI YU said...Reply To This Comment

ahaha.kalo style jamban berbayor..mintak balik duit

Peri PiA said...Reply To This Comment

ngeri la,tandas penting

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hmm yeke LM.kalo dh berlendir2 tu mmg melampau.

tp LM,sllu rsrs bendi kt hentian sebelah,tandas dye bersih,R&R yg besar ni mmg kotor sbb ramai sgt pengguna nya.sbr je lah LM.malaysia mmg.tandas baru pon dorg rosakkan.

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

kalau r&r seremban, tandas dia tip top habis. :)

Hanis Azla said...Reply To This Comment

itulah.. kita sendiri pun rasa tak sanggup dan rasa malu nak masuk.. org luar apatah lagi kan..

efa said...Reply To This Comment

err selalu pi R&R yang besar sikit yg biasa jrg sb takut kotor tu la pasal huhu gerun pun ada dah nk pi masuk

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Tu la masalah kat malaysia kita ni dik. tandas kotor. bersih lagi tandas kat indonesia, hong kong, china dan macau. tu je la yg kc tau .. sbb negara2 tu je yg kc penah pegi. hihi.

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

macam tu lah kak..selalu nya kat stesyen minyak...kita yg boyot2 ni tak leh nk mencangkung dah..nak tanak mmg meronda lah carik toilet duduk yg bersih.

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Sangat setuju!

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...Reply To This Comment

setakat ni pCL blm lg jumpa tandas yg teramat kotor cm tu....
maybe staff tak cukup...apa pon bos kena fikir kemampuan seseorang yg boleh memenuhi tanggungjawab sebagai pekerjanya.

[PCL]

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-pertama kali jumpa yg sgt kotor.pekerjanya ada,..sedang berehat.seorang makcik tua sekitar 60 thn..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sha-tu la dik..akak mmg tak suka tandas awam.tp sbb peknen mmg terpaksa gak,tak thn la pulak.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji yu-jamban berbayor bersih kot!hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia-haha...mmg sgt ngeri

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

rara-nak kata org ramai tak jg,semalam rabu dan bkn musim cuti sekolah.adoiii benci tul.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kami-mmg tip top,tp jauhnye..akak ni sejam sekali gi tandas dik.akak suka tapah gak..sgt bersih

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hanis-huhu...pertama kali jmp yg kotor sgt2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hanis-huhu...pertama kali jmp yg kotor sgt2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

efa-akak mmg selalu msk hentian yg besar.ni pun hentian besar lah ni...ishh,mmg gerun akak!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

KC-naper kotor sgt kak?pelik la adik..huhuhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

AIM-haha..betul la..dan rasanya sgt susah nak cr tandas duduk kat negara sendiri ni . Dah la menyangkung,takda getah paip lak,pakai gayung..adoiii....anak2 sis mmg gerun bab tu

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kat area mana tu...shida aritu de berenti kat rnr mana ye kotor jugak...sabo je la

shah azril said...Reply To This Comment

biasa tandas RnR yang raksasa singah bersih jer.. sbb slalu org jaga.. tp xtahulah RnR yang terpencil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...