Assalamualaikum
Kalau cerita kat orang LM ni dah bayak kali hamil tapi masih tak tau cara nak tangani saat terkena simpul biawak atau tarik mengkarung pasti ada yang tergelak kan ? Ehh korang tau ke apa tu simpul biawak ? orang melayu yang pernah hamil pasti tau penyakit yang asik menyerang betis mereka ketika sedang syok tido ni kan .
Simpul biawak adalah kekejangan di bahagian betis hingga ke bawah kaki , akibat urat bersimpul . Faktor kesejukan juga menyumbang terjadinya penyakit ni . Biasanya orang degil macam LM ni memang malas nak pakai stokin sewaktu tido . Selimut pun sering terselak semasa tido , saat dah nak subuh pukul 3-4 pagi tu mula lah kejang dan urat betis tersimpul .
Selama ni tak pernah search pun cara nak tangani gejala ni walau dah 4 kali hamil . Biasanya bila kena je LM akan tepuk - tepuk jiran sekatil (encik suami la...) minta urut betis , biasa nya LM bisik camni ..." Abang...tolong , betis kiri ..cepat2 tolong , betis kiri . " Kena bisik - bisik nanti anak sedar la pulak kan ? hik hik hik . Dengan mata lelap encik suami mengurut la dalam gelap tu , hihihi .
Tips mengelakkan terkena tarik mengkarung @ simpul biawak :
1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (atau make sure garam ada walaupun sikit dalam makanan kita, salt=sodium)
2. Banyakkan makanan ber-potassium tinggi seperti pisang
3. Banyakkan minum susu, beras basmathi @ biskut bijan.
Cara meredakan kesakitan apabila diserang kekejangan simpul biawak @ tarik mengkarung :
1. Kejut hubby - tulah cara LM selama ni ...haha .
2. Picit ubu jari kaki dan semua jari - jari kaki
3. Sapu minyak panas pada betis dan urut kawasan urat yang bersimpul tu .
4. Cuba gerakkan kaki saat kekejangan mula terasa baru bermula , ia dapat mengelakkan dari terjadinya dengan lebih teruk lagi .
Moga tips ni dapat membantu serba sedikit masalah yang korang pernah hadapi .

Tarik Mengkarung @ Simpul biawak
32 comments:
Saya ingatkan betul lah tarik mengkarung tadi...hehehe
thnx for da info kak...kalau Sha pregnant nnt, at least dah tau la jugak...ehehe
kalo saya le kan..kalo dah cramp tu..letak kaki tinggi2 kat dinding..ehehe
dulu kalau balik umah suami (weekend) dia la yg kena urut kaki, tp ms weekdays huhuhu rakan serumah la yg jadi mangsa
FS-hehehe
sha a.s-sama2 sha..akak pun br jek nak cr2 info sejak hubby takder ni
jiji-owh..bg tinggi ye?tp sakit dia lbh nikmat la dr cramp
lelord-haha...mmg kena ada org bantu kan?bila sorang2 mmg menitis la air mata menahan sakit.
pnah gak kne simpul biawak ni, emiey urut betis tu slow2 dlm tidur je la..huhu, sb mls sgt nk bgn.
saya kadang2 crem gak..cmen kak LM?
LM--
suka part info yang ada 4 tu.. mmg menarik..
heheh..
tapikan simpul biawak nie kena bila mengandung jer kan...
thanks atas pengkongsian
thanks for sharing LM
baru tau
mengandung musti ada simpul biawak .. simpul biawak dah sinonim ngan ibu2 yg mengandung kan .. :) semua wanita yg mengandung akan merasa mcm mana .. nikmat sebenarnya sbb bila dah x ngandung jarang sgt kita dengar :)
thanx 4 the tips dik ! :))
salam LM..
memang biasalah penyakit ni bg ibu2 hamil..
akak nak kongsi 2 tips lg macamana nak hilangkan tarik mengkarung/simpul biawak ni dikala suami takde di sisi..
1) jika tidur atas katil.. jika tiba kena simpul biawak ni.. cuba sedaya upaya untuk turun dari katil dah cepat2 berdiri sambil memegang dinding atau apa2 yg boleh dipegang. cuba untuk berdiri tegak.. insyaAllah.. simpul biawak akak hilang sikit demi sikit.
2) jika tidur di toto/tilam atas lantai.. pastikan bahagian kaki berhampiran dinding. jika simpul biawak menyerang.. cuba dekatkan dua2 tapak kaki ke dinding. cuba tegakkan tapak kaki & bertahan supaya tapak kaki menegak/bertepek pada dinding. sama juga spt no. 1 td.. lama kelamaan.. simpul biwak akan terungkai & betis akan lega..
harap membantu. Terima kasih!
ha cara yg no.1 tu memang terbaik...
kak ieb ada cerita pasal tarik mengkarong nie.. cerita sangat lucu
Ha,ah, ima pun pernak kena masa pregnant.. Sakit tau..hehe
emiey-huhu...tgh tidur mmg mls nak bgn kan emiey
AH7-haha...ke peknen gak awak ni aizudin?biasalah,sbnrnyer org tak peknen pun kena gak bila sejuk dan penat sgt.
citarasa rinduan-tu la kak ayu,mmg saya tak pernah kena klu tak peknen.cramp biasa tu adalah..tp simpul biawak yg mmg azab tu tak pernah kena pun.sakittttttt
pia-sama2 pia cumil,moga ia dpt memberi sedikit info buat semua
ieda-tu la sis...mmg seksa klu tiba2 kena kan?tp bila kandungan dah besar je br kena kan sis?
madiha-tq kak ratna atas 2 tips tambahan tu,moga pasni ia dpt membantu saya dlm melalui detik2 cemas di waktu mlm..hik2.tq sekali lg kak ratna
ladyzul-hehe...terbaik ke sis?
ieb-kongsikan ngan kami la apa cerita tu?buat entri ye?
ima-mmg sgt2 sakit...huhhu
Ada petua nak elak juga LM... Masa tidur letak bantal di hujung kaki. Letak kaki atas bantal (tinggi sikit) insya-allah tak kena....
yaya dulu kerap jugak kena nie..mmg sangat sakit!!!
kesian teman sekatil kan..jadi tukang urut...tapi kesian kesian dia kesian lagi kita yang menanggung sakit ni...hihi..
Assalam..
Memang selalu juga terjadi tapi hanya sekali pernah kejut my hubby. Kesian nak kejutkan tengah2 malam bila tgk my hubby letih bekerja. Kalau siang tu mmg minta dia urutkan la..
Thanks atas petua tu..
Alhamdulillah..setakat ni tini tak pernah kena sakit ni. tp suami tini kdg2 kena jugak. eloklah, baru tau cara meredakan kesakitan ni... selama ni tini urut je kaki tp xde tarik2 ke.
Heart In A Cage
.
kalau ada suami/isteri, memang boleh kejut, kalau takde, usaha je sendiri kan kak, heee. :)
lagi info tentang urat simpul di SIHAT SELALU - Punca Urat Simpul
Post a Comment