Friday, July 15, 2011

Aduhh Dah Nak Menapause Pun !



Assalamualaikum....


Sejak balik ke tanah air ni perlbagai cerita LM dengar tentang dunia hiburan dan sebagainya . Dalam pada berbual dengan jiran dan rakan - rakan bonda hari tu mereka ada bercerita tentang kisah wanita hebat yang dah berumur 50 lebih bernikah dengan lelaki 26 tahun .

LM hanya melopong saja mendengar mereka berbual sambil sesekali tersenyum penuh makna . Makcik - makcik tu kehairanan bagaimana lelaki yang sesuai jadi pangkat anak boleh terpikat dengan wanita yang seusia dengan umur ibu mereka . Semuanya kerana cinta atau harta ? hanya pasangan tersebut saja yang mengerti dan tahu sebenarnya . 


Ayah LM pun pelik ...kerana zaman mudanya takda lelaki seusia dengannya bernikah dengan wanita tua . Alahai..dah nak menapause pun nak cari pucuk muda , kata ayah . LM hanya tersenyum saja...pelik juga walau pun sebenarnya takda apa yang nak dipelikkan . Bila hati dah cinta , semua benda kita tolak tepi . Pandangan masyarakat pun kita tak kisah janji cinta tu ikhlas kepada pasangan . 


Untunglah wanita yang berstatus ibu tunggul eh silap..ibu tunggal jika penampilan mereka masih anggun dan berjaya menawan hati anak teruna kan ? Sedangkan ramai saja anak gadis memilih untuk bernikah dengan lelaki vetaran ..itu kerana cinta atau harta ye ? hurmmm entah la kan ? apa - apa saja lah...janji ikhlas dan cinta tu setulusnya .
www.tips-fb.com

6 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

sebab tu orang ckp 'cinta tu buta' kot kak..huhu... ;)

diana said...Reply To This Comment

50 tu muda lagi lm..
ada yang umur 80 pun ada..
wok yang kat terengganu tu...
heheheh

Kalamhati said...Reply To This Comment

Jika niat btul tak salah..tp mmg lak agak pelik la kan..

tp Nabi SAW kahwin dgn Khadijah pun usia Khadijah yg dah hampir ke 50 kan..

kalau artis ni..taktau nak komen la atas dasar apa cinta tu..

H.J said...Reply To This Comment

kena cari macam tu jgak tu.,,haha

Gadis Pantai Timur said...Reply To This Comment

kalu dah cinta,usia bukan penghalang..tapi kalau umur dah jauh sangat beza,heran jugak dibuatnya..

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

aduhai, tak tahu nak cakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...