Tuesday, July 26, 2011

BARBICAN HALAL DIMINUM


Sekejap halal..sekejap haram. Boleh pening pengguna Malaysia ni kan? Memang la kalut bagi penggemar minuman barbican ni bila tiba-tiba dikatakan minuman ni haram diminum. Pelbagai tomahan dan cacian dibuat oleh sesetengah blogger buat terhadap mereka yang pernah minum barbican ni. Tak pernah minum memang la boleh cakap camtu kan?


Akhirnya minuman yang popular di restoran arab ni disahkan halal diminum. 

Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.
Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum.

Sekadar ingin berkongsi info...LM jumpa artikel ni di blog sis ellen di sini. Tq ellen atas info terkini ni. Beberapa hari lepas kes restoran McDonalds pulak...ye atau tidak?
www.tips-fb.com

5 comments:

Diana @ bilakukatacinta said...Reply To This Comment

alhamdulillah..halal akhirnya..dah minum kat restoren arab de cafe...rasenya lain sikit..cam pekat2..masam...

bujal X said...Reply To This Comment

hati kalau was2 jangan minum~he~~

dayang said...Reply To This Comment

skarang yg halal jadi haram..yg haram jadi halal......

sarah-najwan said...Reply To This Comment

akak xpenah jumpa dan minum sis..hehee

akak penah minum air sparkling shj..

saniah said...Reply To This Comment

miza..hehe akak pun pernah minum barbican ni..beli kat car4..masa tu blum kluar kenyataan kata haram...kat kedai mamak dijual..ramai pakat minum..rasa?entah la tak la sedap mana..hehe
masa dengar kata haram..alamak aku dah minum arak..masa tu nyesal pun ada..apasal la p minum benda ni sdgkan nescafe ais lagi sedap..hehe...sekrg lega sgt2..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...