Tuesday, July 5, 2011

Cacat Ke Bila Sorang Membenci ?


Assalamualaikum...

Diriku bukan seorang yang baik , tapi daku berusaha untuk jadi orang baik . Begitu juga dalam kehidupan seharian , memang sukar menghadapi beberapa perkara yang sukar kita fahami dan dekati malah untuk menjernihkan keadaan yang keruh itu adalah sukar . Faham maksud LM ? tak faham buat - buat faham sudah...hik hik hik .


Kadang kala memang menjadi sedikit cacat di hati bila ada seorang dua tak suka kita dan membenci kita . Tapi mengapa perlu ia menjadi cacat dan kudis di hati kita ? Perlu diingat..bukan semua orang akan suka kita dan boleh terima kita dan cara kita walau dulu dia adalah sahabat baik kita . LM sendiri pun memang terfikir tak sangka dulu insan yang baik dengan kita akan buat sekejam itu pada kita...tapi dunia ini tak lama pun , kejap je dah dapat balasan . Bukan boleh bahagia pun orang yang busuk hati dan buat jahat dengan kita kan ? Kaya ke dia ? semakin mewah ? harta melimpah ruah dan anak berderet - deret ke selepas dia cuba memutuskan silaturrahim dan berbuat jahat dengan kita ...cuba intai , rasanya tidak bukan ? Malah Allah bagi dia satu demi satu kesusahan dan kesedihan . Itu pun mereka tak sedar pun lagi ...


Kadang kala kita selalu kata , ishh malas nak menaip entri sebab ada haters...ello , ramai sangat ke haters korang ? setakat orang takda perasaan dan pura - pura baik 2-3 orang tu pun boleh mencacatkan hati korang untuk terus berblog dan menyampaikan info , berkongsi ilmu dan kisah suka duka bersama 2 ribu kawan korang yang lain . Itu kalau ada 2 ribu pembaca..kalau ada 5 ribu ...10 ribu ? apa pula nasib kawan yang sangat sayang dan prihatin pada korang ? Fikir lah...jangan kerana seekor dua lalat kita takmo nak masak makanan enak , sebab risau makanan tercemar dek najis lalat hijau tu . 


Seniorku dalam bidang blogging ni marah jika daku intai dan baca entri cacian tentang diriku , kenapa rajin nak baca ? katanya...dah takda kerja lain nak buat ? marahnya . Saya tau dia tak mau saya bersedih . Tapi apa yang saya tau cuma satu , dia mengeji pun..bukan hebat sangat pun . Dulu mungkin mereka hebat , tapi dek kerana hatinya penuh dengan dendam dan iri hati ...maka entri yang dulunya hebat dan banyak komen sekarang sudah tiada . Kerana yang hadir cuma entri penuh emosi cacian dan makin saja...bukan semua orang minat nak baca entri begitu kan ? Pembacanya lari atau dia yang tak mampu nak tarik perhatian pembacanya dengan ayat dia yang menusuk hati pembaca ? saya hanya tersenyum payau saja ...


Tak kira dunia blogging atau luar , apa yang penting jadilah diri kita sendiri . Tapi jika dah tau diri kita tu tak elok , baran , pentingkan diri , ego dan keras hati ... kita masih boleh cuba berubah . Jangan marah jika sorang benci kita..tapi cuba pelik jika semakin hari ramai yang semakin benci kita..pasti ada yang tak kena kan ?
Entri ni khas buat diri sendiri , adikku Azian Iskandar yang turun hilang mood berblog . Dah berminggu - minggu entrinya tak naik..bangkitlah azian dan juga rakan yang sedang down .


Nota kaki : "Kan rara dah kata..ramai sayang akak , akak je yang tak cayer "..tu kata2 rara..bakal pengantin ayu ni ...hik3. Rara buatku tersenyum .
www.tips-fb.com

6 comments:

diana said...Reply To This Comment

nak berblog kena berani..kena kuat..kena hentam terus down,itu la yang terjadi pada kebanyakan blogger.ada jugak yang sampai tutup blog.
biarkan aje bunyi2 sumbang tu.
bukan semua orang tak suka kat kita.

Melur Jelita said...Reply To This Comment

Berblog suka - suka je macam akak ni , adik jelita..tak hairan pun orang baca ke tak,upadate tetap update...sapa nak kata tipu..perasan..lantak la..kita tak kacau orang

mrs redzuan said...Reply To This Comment

hehe. blog suka2 jek. tapi mood turun naik tu biasa. berani kerana benar kankan. tak salah tak perlu mengalah.

najihah sahami said...Reply To This Comment

nak blogging dah macam nak jadi wakil rakyat kak. kena berani. kadang2 xsemua idea kita tu org terima. tp kita kena la kental. jangan pikir sangat k...lagi2 akak ngh sarat tu. sian baby t lahir muka moyok. xbaik tauu..hehee..sayang akak^^

Peri PiA said...Reply To This Comment

cabaran berblogging

Bulan said...Reply To This Comment

hidup nie adil kak.tapi kite kene sentiase positive.xpe la ngan haters tue x jd kudis pn akak :)
be strong yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...