Tuesday, July 19, 2011

Giler Harta !



Assalamualaikum....


Kadangkala pelik dengan sikap sesetengah manusia . Pernah terdengar satu kes di mana dulunya ibu yang tua menjaga si bapa yang sakit stroke  . Tapi Allah telah menjemput si ibu terlebih dahulu . Maka tinggallah si bapa yang stroke . Anak - anak yang bekerja dan tinggal jauh tak dapat menjaga si bapa yang sakit dan tak boleh bergerak . Maka adik beradik lain meminta bantuan anak sebelah rumah yang tak bekerja untuk menjaga bapanya mereka yang sakit .


Sungguh pelik , si anak memberi syarat dia boleh menjaga bapanya dengan syarat rumah milik bapa tu diserahkan kepadanya . Sedangkan selama ini tanah yang dia tinggal adalah tanah keluarga , makan minum mereka sekeluarga ditanggung oleh si bapa . Suaminya langsung tak bekerja begitu juga dengan dirinya .


Tergamak dia meletak syarat untuk memiliki rumah pusaka si bapa untuk balasan menjaga bapanya yang stroke ? Nampak sangat giler harta kan ? Mereka anak beranak berpindah ke rumah bapa ...sanggup tinggalkan rumah sendiri kerana rumah bapa mereka lebih besar dan mewah . 


Cuma sempat menjaga si bapa 2 minggu saja , akhirnya si bapa mengadap penggilan Illahi . Maka itulah hadiah dan upah menjaga si bapa selama 2 minggu . Dapat sebuah rumah dan isi rumah ....bijaknya si anak . Ops...bijak ke giler harta ye ? Adik beradik lain hanya telan air liur...ish ish ish
www.tips-fb.com

20 comments:

ROROI said...Reply To This Comment

Betapa ruginya mereka sebab terlepas pahala membahagiakan org tua sebelum mereka pergi....

Cik Kamoo said...Reply To This Comment

ini memang anak tak kenang budi...huh

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

sampai hati kan,x fikir ke dr dlm perut bapak jaga,stkt nk jaga bapak dlm masa 2 minggu pon nk mintak harta lagik.tu lah org skrg ni kan.mmg giler duet.

suhaili sarif said...Reply To This Comment

astaghfirullah al azim
mengapakah begitu?waaa..
zalimnya anak2 sekarang
sebab harta semua gelap mata

Kalamhati said...Reply To This Comment

Dunia akhir zaman adik..

harta lebih bernilai dari segalanya..nauzubillah..moga kita semua dijauhkan dr sifat2 tercela

sarah mohamad said...Reply To This Comment

huh! tak kenang budi langsung ada ada macam ni. mintak di jauhkan lah dari perangai teruk macam ni.

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

gila harta tu kak =.=''


tak tahu bersyukur....

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Miza dearie,

Sgt sedih bila kisah seumpama ini berlaku di kalangan orang kita, lbh2 lagi pd mereka yang tahu hukum hakam agama..Sayang sekali ilmu sekadar dalam buku dan bukan untuk dipraktikkan..

Mereka mungkin mewah dgn harta yg dipusakai, mungkin juga gembira dgn kemewahan yg ada..tapi akan tenangkah jiwa mereka selamanya..? Tiba masa Allah tarik semua..taulah nanti rasa macam mana..

Urm..dunia..dunia..

najihah sahami said...Reply To This Comment

mmg giler harta kak. xpe la.kita tengok. takat mana sangat la dia senang kat dunia ni ye.

Melor said...Reply To This Comment

salam.buat sesuatu kena ikhlas lebih2 lagi bab jaga org tua.

Tyroid said...Reply To This Comment

mcm pernah ku dengar kisah ini :P

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

dalam ahli keluaraga akak pun ada macam ni tapi x nak cite la..huhu..

caliph shuriken said...Reply To This Comment

licik btul taktik diorg, huh...

Kak Aya said...Reply To This Comment

dah byk dengar cerita macam ni kebelakangan ni..dunia dah akhir zaman..takut fikir hari tua esok2..berdoa yang terbaik untuk diri dan keluarga

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Apabila sikap tamat harta menguasai diri

H.J said...Reply To This Comment

entah la kak LM...kalo pasal harta..semuanya jadi berkira..

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

minta dijauhkan dr sikap begini., aminn

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

seorang ibu dan ayah boleh menjaga 10 orang anak dengan jayanya... tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ayah dan ibu... Nauzubillahiminzalik, semoga kita tdk tergolong dalam golong itu kan sis

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

ruginya dia jika tidak mendapat berkat ibu dan ayah. hanya buat kerana harta.

forever love said...Reply To This Comment

biar Allah je yang balas org camtue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...