Saturday, July 16, 2011

Hipokrit Kah Kita ?



Assalamualaikum ....


Malam berlagu sepi , yang kedengaran cuma bunyi cengkerik dan bisikan angin . Terfikir sejenak dalam meniti hari - hari indah . Adakah kita hipokrit dalam kehidupan hanya untuk membahagiakan insan yang kita sayang . Adakah berpura - pura gembira demi memuaskan hati insan di sekekliling kita itu namanya hipokrit ?tidak sebenarnya ....


Ramai yang menuding jari insan sebegini tak jujur dengan diri mereka . Tapi bagi diriku mereka membakar jiwa , mencincang hati demi kebahagiaan dan kegembiraan insan di sekeliling mereka . Mungkin ramai yang tak faham mengapa golongan seperti mereka tak berani bersuara dan meminta sedikit kebebasan dalam membuat keputusan dan berfikir . Tapi pernahkah kita fikir apa yang mereka rasai ? pernah kah kita fikir adakah mereka juga ingin ceria dan gembira seperti kita ?


Jangan kita sangka mereka yang sentiasa ceria itu bahagia . Jangan juga kita simpulkan mereka yang sentiasa bergenang air mata itu sengsara . Masing - masing mempunyai pengalaman liku hidup yang bebeza coraknya . Apa saja cara yang kita lakukan dalam hidup ini  demi membahagiakan insan di sekeliling kita itu adalah sesuatu yang baik dan terpuji . Membahagiakan orang lain memang dituntut . Samada kita turut bahagia atau tidak dengan semua yang kita lakukan selama ini terpulang kepada penghargaan dari mereka yang kita sayang . Jika kita bernasib baik mereka juga akan sedaya upaya membahagiakan kita ....namun kepuasan dan kebahagiaan tetap ada apabila kita sentiasa cuba membahagiakan insan lain walau hati kita tak siapa yang tahu menangis atau tersenyum . Sesungguhnya kebahagiaan diri sendiri adalah sesuatu yang indah ingin dimiliki oleh setiap insan....namun adakah kebahagiaan itu milik kita ?
www.tips-fb.com

7 comments:

JIJI YU said...Reply To This Comment

hurm..kekadang membahagiakn orang laen mampu membuatkan duka hilang macam tu je

Hanif Borhan said...Reply To This Comment

pendapat sy lah kan...org yg sembunyikan perasaan sebenar demi nak jaga hati & perasaan org lain x patut dipanggil hipokrit...

mmglah org bley kata x jujur tp nak buat mcmmana kan, kalau nak m'jaga hati & perasaan org lain tu lbey patut diutamakan...

b'gantung jgk sebenarnya kan, tengok pd org yg hati dia nak di jaga tu...
kadang2 ada org cepat melenting % cepat terasa, so, org2 lain have no choice othr than t'paksa sembunyikan perkara sebenar & b'harap org lain yg lbey rapat dgn org yg cepat melenting tu utk b'terus terang...

ada yg jenis x kesah tu senang sket. In the sense that, org lain x yah ssh2 nak belok2 bila nak b'terus terang...

wallahualam...

diana said...Reply To This Comment

bila kita lihat mereka bahagia kita juga bahagia..
tambah2 untuk orang yang kita sayang.>:)

kita selalau mengharapkan orang memberi kebahagian pada kita bila kita beri dia bahgia..
contoh selalu kita dengar..
"selama ni aku ikhlas tolong kamu,tapi kamu tak pernah tolong aku.."
nampak macam apa yang dia bagi selama ni tak ikhlas pun untuk membahgaia kan pihak yang satu lagi..kan??

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

kebahagiaan itu milik orang yang mencarinya dengan hati... moga akak sentiasa gembira...

Kalamhati said...Reply To This Comment

Bahagia itu milik Allah..namun dikurniakan kepada those yg mencarinya mengikut landasan yg betul..

Bukanlah sesuatu yg hipokrit if kita cuba menbahagiakan org lain di saat kita berduka..Allah akan bahagiakan kita lebih dr itu..insyaAllah

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

:)

kiz said...Reply To This Comment

kebahagian insan yang kita sayang adalah kebahagian kita juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...