Saturday, July 30, 2011

Jaundis-Demam Kuning



Assalamualaikum...

Dah 2 hari lebih umur baby boy LM...sebelum balik dari hospital memang pakar kanak-kanak ada pesan supaya bagi banyak baby susu badan supaya dia tak kena penyakit jaundis. Memandangkan beratnya hanya 2 kilo lebih maka mudah untuk baby terkena jaundis dan disebabkan dia lahir awal sangat dari tarikh jangkaannya.


Bukan LM abaikan nasihat doktor, namun baby memang kurang menyusu. Asik tido je kerjanya...risaunya!! Hari ni dah nampak dia ada sikit kuning, susu badan pun macam tak banyak sangat walau membengkak. Susu kurang pekat dan jika diperah nak dapat sebotol pun susah berbanding anak yang dulu-dulu.


Bagi ibu yang berpengalaman tolong bagi tips untuk mengurangkan jaundis baby LM ni dari melarat dan petua menambah susu badan ye..plizzz sangat risau , takmo masuk spital lagi dah pasni..huhu.
www.tips-fb.com

12 comments:

Amirah Adnan said...Reply To This Comment

sis LM.. mira takde pengalaman sbg ibu, takde pengalaman melahirkan tp mira ade pengalaman care of baby with jaundice..

jaundice hanya akan berkurang dgn susu ibu je mcm mane sekalipun..:)
try la bagi jugak.. lagi satu cube jus anggur fresh.. bagi baby minum..

Mrs.Yie said...Reply To This Comment

jaundis di kalangan bayi2 adalah sesuatu yg normal..rasanya kebanyakan bayi akan dapat jaundis ni..

rozee said...Reply To This Comment

g sei sei kan,beli yg mcm uncang teh.. ckp utk mandikan baby utk elak jaundis.. air dia mcm kuning2 gitu... org cina mmg slalu paki ni.. lupa apa nama dia.. tp just bgtau je kat sei sei tu.. diorg tau.. dulu rozi beli kat bukit siput..

bersama kak Es said...Reply To This Comment

LM cuba cari bidan urutkan bag banyak susu.. takde ubat lain mujarab selain susu ibu... LM sendiri banyakkan minum susu ANMUM.
Susu LM je boleh reduce kan kuning. kalau dah start ada kuning, akan terus meningkat tapi kena banyak kejutkan baby supaya bangun untuk menyusu, kalau kena jaundis mmg dia asyik nak tidur je.

Tahniah atas kelahiran baby boy!! kak es baru baca entry ni hari ni... dah lama tak berblogging. Tahniah ye dik

JIJI YU said...Reply To This Comment

syafahullah

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

takde pengalaman... huwaaaaaaa....

ieda79 said...Reply To This Comment

nak banyak susu minum sup ikan merah + betik muda,InsyaAllah..berkesan pada saya...mandikan anak dgn daun belimbing buluh yg direbus..@ cari bhn dekat kedai sen sei(kedai tradisional cina)

Lelord said...Reply To This Comment

nak bg susu byk mkn lobak putih...

ms najlaa dulu mmg x kena jaundis wpun berat cuma 2.45kg jek, tp adik lela anak dia kena so kami beli kat kedai singseh cina uncang rendam dlm air mmg kaler kuning la then mandikan bb

krole said...Reply To This Comment

mula2 mapkn krole kerna lwat ucap tahniah kat wak..sibuk sgt...tahniah ye wak...krole doankn moga baby LM sntiasa sihat...

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Kalau mak dulu, pagi2 sebelum panas, mak jemur baby kat luar jap.Nak banyakkan susu tak taulah pulak caranya.Moga2 baby Miza sihat.

Kalamhati said...Reply To This Comment

Betul adik..pegi singseh bgtau nak ubat utk penyakit kuning budak..dia akan bg ubat dlm uncang..adik cuba cari k..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

hihi...ala sis...yg berat 3 kilo stgh pun buleh kena jaundis ni..(anak sulung wani)

tp lepas bg susu byk2 + suap jugak sikit susu kambing, alhamduillah tak ke tahap membimbangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...