Tuesday, July 5, 2011

Khasiat Air Zam-Zam



Assalamualaikum 

air zam zam

Ramai yang tahu air zam- zam adalah air yang terbaik sekali . Air zam - zam antara salah satu khasiatnya selain mengenyangkan ia juga mampu menyembuhkan penyakit .

Dalilnya, dulu ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah membawa pulang air zam-zam (dalam sebuah botol), lalu beliau mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan seperti ini. Diriwayatkan dari yang lainnya, dari Abu Kuraib, terdapat tambahan,
حَمَلَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى الأَدَاوَى وَالْقِرَبِ وَكَانَ يَصُبُّ عَلَى الْمَرْضَى وَيَسْقِيهِمْ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membawa air zam-zam dalam botol atau tempat air. Ada orang yang tertimpa sakit, kemudian beliau menyembuhkannya dengan air zam-zam.”[7]

Begitulah baiknya khasiat air zam -zam . Teringat zaman dulu - dulu jika ada orang balik dari menunaikan haji pasti akan dihidangkan air zam - zam dalam cawan kecil . Dapatlah minum seteguk sorang kan ? Ambik berkat !
Syukur Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kami tinggal di tanah arab dan dapat kami menunaikan umrah dari Qatar ke Mekah dengan menaiki kenderaan sendiri . Nikmat dan kesempatan itu membolehkan kami sekeluarga membawa balik air zam - zam seberapa banyak yang termampu . Air percuma yang hanya bermodalkan botol yang kami beli sendiri memang kami angkut bawa pulang ke Qatar bergelen - gelen . Seingat LM botol 20 liter tu entah berapa botol kami bawa pulang , belum lagi botol yang seliter tu . 

Dapat beri berliter - liter kepada jiran dan sahabat handai di Qatar , dapat juga ibu mertua bawa pulang ke tahan air selepas umrah hari tu , kami bawa pulang 20 liter kalau tak silap tahun lepas dan tahun ni kami bawa pulang lagi 10 liter buat bekalan untuk LM gunakan sepanjang hamil dan persediaan bersalin nanti . 

Kononnya sayang nak guna air zam - zam ni , LM tak minum sejak pulang 3 minggu lalu . Bila encik suami meyakinkan dia akan bawa pulang lagi air zam - zam ni baru LM nak minum...sayang nak minum sangat la konon..hihi . Alhamdulillah , sejak mula minum air zam - zam 2 hari lalu , tubuh terasa sangat segar . Sangat rasa cergas dan dapat menikmati nikmat kesihatan yang telah lama tak dirasai . Alhamdulillah ....yakinlah bahawa air zam - zam itu adalah sebaik - baik air dan ia sangat berkhasiat , mengenyangkan seta mampu menyembuhkan penyakit .

www.tips-fb.com

22 comments:

Hamba Ilahi said...Reply To This Comment

nabi kita memang sangat menganjurkan minum airzamzam ni..

bahkan ada pendapat yang kata sunat minum air zamzam sambil berdiri suapay boleh minum sampai kenyang.

er, kak lydia. saya nakajak tuar link blog. saya dah letak blog kak lydia dalam bloglist. harap sudi ya.

:)

forever love said...Reply To This Comment

kat umah ada lagi air zam zam yg bawak balikk hari tue.. kat sana hilang kan haus dgn air zam zam je.. kalau rasa panas sangat.. basuh muka dgn air zamzam.. muka tak panau pun.. kalau pening.. sapu kepala dgn air zamzam.. hlang pening terus..alhamdulillah

saiazuan said...Reply To This Comment

subhanallah :)

jom puasa bulan sya'ban
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-puasa-bulan-syaban.html

Lelord said...Reply To This Comment

kat umah ni pun ada segelen air zamzam

caliph shuriken said...Reply To This Comment

pnah dulu wt en3 bkenaan molekul air zam-zam.. mmg cntik sgt ^^

latest en3: jom lukis komik

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Selamat pagi izan..

mmg betul tu..
bagus air zam zam..

molek buat amalan hari2.
tapi tulah..
nak cari mahal

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

alamak......
kak ayu salah tiak kamu LM....
ada ker izan..
heheheh..

pagi2 kak dah mereng....
hehehehehheh

excited nak buat entry ttg hari lahir ibu terus silap..
salam maaf berlori adikku

Kak Aya said...Reply To This Comment

menurut ustaz yang datang ceramah kat ofis, air zam zam ni air terbaik di dunia yang Allah kurniakan, tak setanding pelbagai air yang diiklankan di TV.

Bertuah LM tinggal sana, diberi kemudahan untuk mendapatkan air zam zam.

sha a.s said...Reply To This Comment

kt umah da kehabisan stock air zamzam :(

Peri PiA said...Reply To This Comment

masyAllah bestnya dpt air zam2 selalu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Hamba Illahi...ye,tu yg akak dgr,minum air zam zam sambil berdiri.akak dah mskkan naim dlm kategori putera

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

atq-sgt mujarab merawat penyakit~~.atq dah alaminya kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

saiazuan-inysallah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

lelord-nak sikit blh lela?hehe

eqbalzack said...Reply To This Comment

salam LM & family...
abg eq belum ada rezeki untuk ke sana lagi, teringin dan semoga jalan ke sana akan dipermudahkan...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

caliph-akak lum pernah tgk dan bandingkan lg molekul2 nya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kak ayu-tak kak..pg2 tersilap biasalah tu..hehe

mmg nak cr kat malaysia ni mahal.seingat saya sebotol kecik je tu pun dah 7 ringgit.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kak aya-alhamdulillah kak..kesempatan itu kami gunakan sebaiknya.moga dpt memberi manfaat buat keluarga dan sahabat handai di sini juga.

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

Subhanallah.. thanks kak sharing info

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak sentiasa ada stock air zam-zam di rumah. Masa kakak tunai Haji juga kakak poskan ke M'sia sebelum pulang. Selalu kakak guna utk anak-anak ketika demam.

Kelak kalau LM balik sana bolehlah selalu kirim ke M'sia....

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

lama tak minum, kalau kat mydin ada jual, tapi macam mahal sangat je.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

dulu masa kecik2 x suka minum air zam2 yang sedara bawak balik dr mekah...tp kena paksa minum jugak skit dlm bekas comey2 dr sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...