Wednesday, July 27, 2011

Macam Ni Ke Cara Korang Kerja ?



Assalamualaikum...

Semalam hari yang meletihkan diriku, selain berkejar ke bengkel kereta dan ke bandar beli barang keperluan LM pergi buat check up juga di klinik kesihatan. Memang malas nak buat check up kat klinik kesihatan sebab tu LM mengelat temu janji 2 minggu LM seret jadi sampai 3 minggu baru pergi. Kenapa merajinkan diri gi juga ek? entah..dah pesan encik suami suruh gi ...so pergi la jugak walau memang tak minat nak gi sana..


Biasanya LM akan pergi petang,sebab petang tak ramai orang berbanding pagi. Area LM tu terlalu ramai cina dan india..aduhh pening la kepala. Bonda LM pelik naper LM tak suka gi sana...nak tau naper LM tak suka ke sana?

1.Sebab takda toilet duduk. Boleh bayangkan macam mana wanita hamil dengan perut besar kena guna toilet cangkung? Wajib ambik urine masa check kandungan kan?

2.Semestinya tandas yang tak boleh buka mata sangat...ish, ngeri la nak pulak,huhu.

3.Kaki tangan buat kerja sambil lewa sambil tengok cerita mexico atau indonesia. Agak-agak la...kan time kerja, korang rasa kalau kerja kat sektor swasta dapat tak korang layan pesakit sambil melopong tengok tv? Kad merah LM pun mereka tak jumpa. Masa LM datang mereka dah suruh gi toilet...sepatutnya lepas tu kena gi lab, tapi kad merah dari daftar sampai 15 tak jumpa-jumpa. Sibuk kata kad LM hilang sambil mata tengok tv. Pembantu jururawat buat apa ek? menongkat dagu di meja sambil mata tak ralit menonton tv....nak saja rasanya jari ni ambik gambar mereka dan tepek kat blog pink phanter ni tau! Tapi LM tak sekejam tu tau!


4.Lepas 15 minit tunggu, akhirnya mereka ambik kertas dan tepek je kat kad yang LM punya tu sebab kad yang mereka simpan tak jumpa-jumpa. Lantak la korang...fikir LM. Lepas ke lab..terus ambik tekanan darah dah masuk bilik lain tuk check kandungan. Jururawat kat bilik tu pun marah la naper kad takda. LM jawab..ntah, lebih 15 minit kad saya mereka tak jumpa. Memang LM kenal 2 jururawat kat dalam tu sejak dari mengandung anak sulung dulu.


Bila kak timah tu cari..2 minit je dah jumpa, then dia cakap apa tau? Macam mana nak jumpa kalau asik berborak dengan tengok tv orang kat luar tu...ni yang kak timah marah tau! hehe..LM senyum je. Dalam hati..betul betul!


5. Takmo cakap banyak, sebab korang tak suka orang komen cara korang kerja kan? Tapi bila senior yang tegas tanya korang takda kerja ke...LM hanya senyum kambing je kat korang. Umur muda-muda sepatutnya berdedikasi dan semangat tinggi nak kerja untuk masyarakat. Bukan bermalas-malasan menonton tv sambil buat kerja macam suri rumahtangga lepak dengan anak kat hall. Ingatlah...rezeki kita tu untuk anak-anak, untuk kita makan dan bagi ibu di kampung juga kan? usahalah kerja bersungguh-sungguh biar rezeki yang kita dapat tu berkat sikit.


Entri ini hanya coretan meluahkan apa pengalaman LM. Maaf jika ada yang terasa. Terasa bermakna korang pun buat kerja camtu juga ke? Jika kerja ikhlas tak macam apa yang mereka-mereka di atas tu lakukan jangan lah nak melenting pula ye. Ini adalah pengalaman LM, tu je.
www.tips-fb.com

38 comments:

Amri Abd Rani said...Reply To This Comment

jarang nk cr yg ikhlas skrg...kbanyakan kerana perut... xkutuk org lain... cuma mengingatkan diri sendiri...

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

nasib baik kat tempat sy tak macam tu.....jururawat ada anak dah masing2, hari tu hantar anak buah dgn ummi dia, ok lah...tapi kalau memuda kerja camtu...hailaaa tak patut...

Salim Harmanain said...Reply To This Comment

situasi biasa di klinik gomen...selalu dah kene dgn nurse cmtu ..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

mcm tu selalu-lalunya....kakD dok p chek kat sini sama dik....tapi tu la betoi kata adik...klu komen cara keja diorg marah plak nanti...

H.J said...Reply To This Comment

geram benor kak LM tu..haha

bujal X said...Reply To This Comment

sabar ye kak~~

sha a.s said...Reply To This Comment

standard case kak..naik jelik dah bile jmpe prangai cmni kt spital gomen!

saniah said...Reply To This Comment

miza..mmg gitu la selalu tu yg akak pun malas nk g klinik kesihatan pdhal klinik tu utk semua org..sakit mata tengok..hairan ya kat klinik pun bilik air kotor..emm depa ni kena tambah kursus laa..

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

kadang2 memang mcm tu lah sis ,..

sarah-najwan said...Reply To This Comment

kat kwsn akak pom okey..ade tv tapi yg xberapa nk clear..bg custome je tgk..para misi mmg bizi buat keje..hehe

sobar ajolah LM..

Nini Hartini said...Reply To This Comment

mmg kdg2 geram dgn layanan sstgh nurse..lg2 yg muda. sombong nak mampus. tini paling x boleh lupa masa tini buat blood-test, bila hari dtg nk ambil result, dia ckp tini x buat blood-test dan suruh tini buat dulu, then dtg harilain. perghhh bengang gile. padahal mmg tini dah buat dah, sbb tu ada temujanji baru utk tau result. geram..geram...

EE said...Reply To This Comment

itulah kerenah birokrasi.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak dari anak pertama hingga yg last semua pergi klinik swasta. Sebab kakak pun kerja swasta. Kena pergi check-up either on Saturday or Sunday....nampaknya ok...

shatooman said...Reply To This Comment

biasala kak.. klinik kerajaan mmg susah nk jmpa yg betul2 buat kerja. sabo je la~ huhuhu..

saiazuan said...Reply To This Comment

tak cukup praktikal.. kna bnyk upgrade blk klinik2 gov ni an. plus sntiasa anta staff diorng trainig untuk lbih bgus :)

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

alhamdulillah klinik gomen kt sini tak macam tu.

cuma lain pula masalahnya, selalu sahaja kekurangan doktor.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

keje nak xnak je layan pesakit..
kalau orang complaint tahu plak diorang x terime... ;)

diana said...Reply To This Comment

tu kerja sebab nk dapt gaji je tu..
baik kawen dok umah je kalau dah tak reti nak jalankan tanggungjawab yang orang bagi...

exora said...Reply To This Comment

alhamdulillah...klinik2 berhampiran ngan saya stafnyer ok jer buat kerja, xder yg curi tulang...wpun klinik kampung yg hampir ngan my school ni...org x ramai sgt pun tp mereka x la dok melepak dpn tv jer...
yg sebelah rmh kt sbn tu mslh lmbt dpt jmpa dr jer..sbb ramai sgt org..

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Pernah kena jgk mcm ni..geram!!!! Nk tengok TV balik rumah lah..

laloque said...Reply To This Comment

Uiks!! klinik mana tu... meh i telefon DG. 5 tahun i kerja Kementerian Kesihatan, kasi malu jer..

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Miza sayang,

Well, itulah orang kita. Rasanya mereka tu patut dtg uk tengok macam mana nurses sini keja..Kalaulah nurses uk ni orang Islam, akak bule kata merekalah sebaik-baik umat!Semua yng Islam ajar, mereka praktikkan. Cuma takde hidayah jer..Orang kita? Hidayah dah ada, tapi praktikalnya dalam tong sampah.

Suara Kalbu said...Reply To This Comment

Paling hangin kalau orang kata kerja sebagai ibadah tapi kelakuan dan amalan langsung tidak menunjukkan hakikat.

Kerja sekarang sekadar memenuhi tuntutan keperluan hidup. Payah dah nak jumpa yang ikhlas. Kalau ada pun, macam cari manik halus celah pasir

Mohamadazhan.com said...Reply To This Comment

sabar kak...memang dah macam tu staf kerejaan...selalu ja lambat...ada saja masalah...

Fitri Senin said...Reply To This Comment

setuju..kenapa klinik gomen camtu ek..

Iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Sejak iza balik kg, sehari pun iza tak pernah pergi check...malas la nak pergi klinik, malas nak drive, segala-galanya malas. Ada sehari je lagi (2 minggu lg) masa utk rujuk specilist. Darah lg la lama tak check, kalau ke klinik kesihatan rasanya dah lama kena marah...nak cepat2 bersalin, dah tak larat nak berjalan dah, rasa berat sgt kali ni..

http://azilas.blogspot.com

Finaz Jaafar said...Reply To This Comment

haha..situasi ni biasa brlaku..dah la buat kerja macam nak taknak..pastu ada yang marah2 org

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

erm....itu la adik shida dok komplen pasal kawan sekerja nya...yang lebih byk melengahkan buat kerja..sedangkan patient dok ada depan mata....boleh dok sembang huhuhu...

JIJI YU said...Reply To This Comment

buat kerja sambil lewat tu mmg tak menahan bebeno

Rozita said...Reply To This Comment

tengok klinik tertentu kot.. kalau kat area ita ni.. klinik desa service paling bagus dari klinik kesihatan... diorang byk sgt pesakit sampai tak terlayan... tapi part tandas tu memana klinik kerajaan mmg camtu.. susah nak cakap.. pejabat kerajaan pun semua camtu.. kontrak cuci selalu ngelat kot...

Rozita said...Reply To This Comment

lupa pulak... tahniah ye LM selamat dah bersalin...dah ada 2 pasang ye... tahniah... selamat berpantang ye... tau dari blog kak ayu..

Piasara said...Reply To This Comment

"agak payah la nak jumpa pekerja2 yg bekerja demi kerana allah..kerja sbb ibadah...ada tu mmg ada tp sbb nila setitik macam tu lah yg rosak habis susu sebelanga habis kalau tak nak rosak susu sebelanga janganlah dok titik nila..habis cerita.."

Hanis Azla said...Reply To This Comment

selalu rasa tak puas hati dengan org2 yg berkerja sambil lewa mcm tu.. nak buat kerja lain boleh saja.. tp ikut masa dan keadaanlah.. yg penting pastikan tanggungjawab yg utama dilaksanakan sebaiknya terlebih dahulu.. barulah tak menyusahkan diri sendiri dan org lain..

Lelord said...Reply To This Comment

tahniah miza..dah bersalin..selamat berpantang

Kakzakie said...Reply To This Comment

LM.... kakak datang nak ucap tahniah. Dah dapat baby boy kan. Kakak pulak yg happy sakan.

Selamat berehat LM...

Peri PiA said...Reply To This Comment

TERUK NYA,tmpt pia ok sibuk sgt mereka hmmmm

tomatokering :) said...Reply To This Comment

grrr nurse sekarang haishh la .. ><

bersama kak Es said...Reply To This Comment

bila cakap kerja LEMBAP !! marah lak kannn.. tp itu la realitinya....
apasal ek ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...