Sunday, July 24, 2011

Membebel VS Celoteh



Assalamualaikum....

Korang suka membebel? Selalunya bebel ni dikaitkan dengan golongan wanita. LM pula jenis suka berceloteh. Kalau bagi cakap memang tak boleh berhenti. Tapi itu membebel ke? Pada LM bebel dan celoteh tu lain..dan sangat berbeza. 


Opss...pembetulan, jika diri LM sendiri celoteh cuma dengan insan yang LM senang dan mesra. Jika orang yang LM tak biasa, tak suka,tak mesra...dan tak..tak..tak...LM diam je okey! So ...orang yang tak kenal LM memang akan kata LM sombong,tak mudah mesra dan tak suka berbual.


Ala...semua orang macam tu kan? Mana ada orang suka berbual dengan orang yang mereka tak selesa dan tak mesra.Okey abaikan kisah tu, sebenarnya celoteh ni sebab orang tu suka bercakap. Dari satu bab ke satu bab. Kisah nepal makan roti canai dalam bas pun jadi perhatian dan modal dia nak cerita..contohnya la..hik3. Tapi orang membebel ni, amat memualkan. Pernah kena bebel? Ish...benda yang paling LM tak suka adalah kena bebel. Bebel dan nasihat tu berbeza okey ! 


Percaya tak? ada juga orang yang hobinya membebel. Ampun...memang bosan duduk depan orang kuat bebel ni. Ada saja yang tak kena di mata dan hati mereka. Paling tak tahan dia buat kerja sambil bebel dan merusuh - rusuh. Ampun !!! memang LM pun akan angkat kaki cabut lari kalau jumpa orang bebel tau.


Moga kita jangan suka membebel. Tau tak...membebel ni bukan elok pun. Pada pendapat mereka bebel ni untuk luah perasaan tak puas hati...so dia pun bla bla bla...sambil mengamuk - ngamuk. Tapi jika ada suami,kan kesian si suami tu? kalau jenis jadi tunggul je takpe, tapi tak rasa berdosa ke membebel dengan suami? ishhh risau lak LM akan penyakit bebel ni. Moga LM dilindungi dari memiliki penyakit bebel yang boleh merenggangkan hubungan suami isteri,anak beranak dan adik beradik juga. Kalau duduk dengan kawan-kawan pun kawan lari bila korang suka membebel tak tentu pasal.
www.tips-fb.com

14 comments:

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

agak2 kalau kak ayu kuat membebel.. lama dah pelanggan lari..

hehehe...
mudah mesra kot..hehehe

EE said...Reply To This Comment

kia sama tp x serupa..selalu org kata sombong sbb diam bila jmpa mula2.

p/s:a big no to bebelan.

Kalamhati said...Reply To This Comment

Dah biasa bebel dlm kelas..hehe mujur depa tak cabut lari..tp kalau depa lari, akak kejar sambil bebel..ekekke

forever love said...Reply To This Comment

hikhikhik.. atq banyak cakap.. tpi kalo dgn org yg atq rapat.. lagi byk cakap.. dgn org tak kenal.. nak dgr suara pun payah.. hihi...

anamizu said...Reply To This Comment

aah betol tu ummi..
eeee ana pon x suke org suke bebel nih..hehe

caliph shuriken said...Reply To This Comment

dh laa jenis x ckp banyak, klau jmpa jenis bebel mmg x dok lama kt situ, huh...

exora said...Reply To This Comment

btul la tu..sy pun sk berceloteh n membebel ngan org yg kita rapat n selesa jer...

diana said...Reply To This Comment

hobi membebel??
uih!!jenis ni mesti kalu tak mebebel je dia gelisah je..hahahah

najihah sahami said...Reply To This Comment

hihi.kalau ngn mish akak bebel ke celoteh eh? hahhaa

sha a.s said...Reply To This Comment

akak comel, bebel ni mesti kena pd tptnye..kot x, semuanya akn huru-hara....

tp smtimes sha bebel gak benda yg ntah hape2...muahaha

suhaili sarif said...Reply To This Comment

rasanya ada org 2 x perasan die kuat membebel.2 yg die bebel je.hehe
saya kuat bebel kalau bwk keta.mrh driver dpan.hehe
tp lama2 dakurangkan sbb x elok..huhu

bersama kak Es said...Reply To This Comment

idak le membebel.. riuhkan suasana je..hehehe
kalau kita senyapppp..macam baru habis gempa bumi kannn, sunyi sepi umah

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun cam LM...akan byk cakap dgn org yg dikenali, dan diam je bila jumpa org baru...

bab bebel ni mmg ada je dgn anak2...kesian dorg kena dgr ummi bebel kadang2 tu.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

walau apa pon, celoteh/bebelan kita dirindui oleh mereka2 yg tersayang bila kita xde di sisi :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...