Thursday, July 7, 2011

Misi Mencari Rojak Mee



Assalamualaikum...

Hari ni rasa tubuh sihat dan cergas . Pagi tadi seawal 4 pagi dah tersedar , cuba call encik suami ternyata dia belum tidur lagi . Memang lewat dah waktu Qatar sekitar 11 lebih malam . Tapi sempat berbual kejap dan bagi encik suami tido pastu . Pagi jam 10 berbual lagi dengan encik suami . Mengadu cakap teringin sangat nak makan rojak mee . Tapi kalau gi kedai mamak mesti tak best cam mertua punya...huhu . Nak balik negeri sembilan lah kot ?


Hubby kata kalau nak gi kena siap awal la...pastu cari durian sket bawa balik kampung , pesannya . Pukul  12.30 baru nak gerak . Cari durian IOI takda , yang ada D18 je , minta tengok isi ok ...cun . So ambik - ambik dan terus pecut ke kampung . Hampir sepanjang perjalanan hujan lebat . Sampai pasir besar baru hujan berhenti . Syukurlah kat kampung tak hujan . Terus ke restoran . Misi tercapai dapat makan ABC dan rojak mee . Tapi...silap betul , ABC tak sedap sebab buat sendiri , kurang manis dan kurang susu cair..hik hik hik . Nampak sangat tak lulus kalau nak mintak kerja . 


Kekenyangan makan rojak mee sampai habis sepinggan . Terus balik umah mertua ....borak jap tentang birasku yang baru bersalin dan lepas tu LM tertido entah berapa lama pun tak tau ..huhu . Sedar - sedar hari hujan , anak - anak memang kerjanya meronda keliling umah wan dia . Petang baru nak kemas balik tengok mertua ku sibuk nak goreng keledek , tak sampai hati pulak nak balik . Tunggu minum petang jap baru balik , sebelum tu singgah restoran jumpa adik ipar dulu . Wahh banyak lori petang - petang ni , pukul 6.20 baru sampai rumah...lepak juga balik kampung camni . Kalau tau bawa je baju dan tido sana ! PENAT....
www.tips-fb.com

7 comments:

forever love said...Reply To This Comment

entry bgs,,ayat full.. hihih.. takot ye ummi.. hehe

Cik Ton said...Reply To This Comment

sedap ek..layan rojak petang2, tak kisah la rojak buah atau rojak mamak...emmm...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

Tapi...silap betul , ABC tak sedap sebab buat sendiri , kurang manis dan kurang susu cair..hik hik hik . Nampak sangat tak lulus kalau nak mintak kerja .

X PAHAM KAT AYAT INI...MIZA BUAT SENDIRI KE....KIRA MAK MERTUA ADA KEDAI ERK

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

seronok pulakkk~ ok gak ye akak, still boleh bawak kete jauh2 walopun da sarat.. kuatttt kak comot!

al-lavendari said...Reply To This Comment

mertua orang pasir besar ya ? setahu uncle tempat tu rancangan felda dan tentunya di diami oleh peneroka yang berasal dari pelbagai negeri.

segamat dengan pasir besar dekat sangat kan !

Peri PiA said...Reply To This Comment

sedapnya

ha'ah,dlm sarat blh memandau lagi

Hashira Yusoff said...Reply To This Comment

wah!! rojak mee.. my feveret ever!
kat sini rojak mee dia sedap..kuih pulka warna warni.. best! ^ ^

--> The reason why women attracted to clothes and shoes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...