Sunday, July 3, 2011

Salah Alamat ?


Assalamualaikum...
Semalam dan kelmarin ada LM buat entri tentang lampu bilik yang rosak berkelip - kelip . Memang geram pun ada lampu meragam time encik suami takda pulak tu . Ishhh !!! Bila pergi kedai lampu minta tokey tu datang repair dia ambik alamat dan janji jap lagi dia sampai . Tunggu sejam tak juga sampai ...badan memang letih sebab baru pulang dari melaka lepas check up kandungan semua . Manalah dia tak datang - datang ? 

Bila dah tak sabar menanti , terus pergi lagi kedai tu ....adoii LM cakap jalan 5/7 , tapi dia dengar 5/3 , sah la salah lorong . So bila dah bagi alamat yang betul dalam 20 minit tu dia sampai . Syukurlah urusan tukar lampu , chop dan starter berjalan lancar . Terima kasih la atas kecekapan pekerja tu menjalankan tugas dengan cepat . Sangat gembira bila lampu dah menyala semula . Murah je...cuma RM 35 saja .

Pengajarannya , jika berurusan seperti tu lain kali LM perlu pastikan alamat yang ditulis betul , dan pastikan nombor telefon pun ditinggalkan kepada mereka , jika tak jumpa rumah pun boleh call je kan ? Cuai betul !!

www.tips-fb.com

14 comments:

al-lavendari said...Reply To This Comment

betul .. bila kita tinggalkan alamat atau nombor telefon, elok di 'double check' .. kalau tidak itulah jadinya !

tapi kadang2 tu, ada juga wiremen yang buat-buat lupa. pakngah pernah terkena dan pernah buat entri mengenainya, masa dekat nak raya tahun lepas.

Kak Aya said...Reply To This Comment

betul tu, kadang2 silap sikit je boleh jadi masalah besar...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

biasa la ibu2 mengandung ni sebenarnya byk yg dok fikir tu yg jadi mcm tu...

Atiqah Wadiah said...Reply To This Comment

ptot lar 2ggu sejam x sampai2..rupa2 nyer org tuh slh tulis alamat..hadoiii

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

nasib baik dy tak hanta ke lorong 5/3 hehe

Rain said...Reply To This Comment

kalu tulis alamat rumah rain 'alamatnya' free je la. claim atas nama sis hehehehe..

Peri PiA said...Reply To This Comment

Alhamdulillah

slh dgr punya kes namenya ni

btl2,lain kali kena double check

diana said...Reply To This Comment

silap no telefon lagi susah eik..
silap2 dapat kat orang lain..naya je..sudahnya lain kali orang tak nak dah berurus niaga dengan kita..
dah rugi...

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Hihi..malaysia ni mcm2 kan..semuanya yg menguji kesabaran kita..

Sabar ye miza..jadi single mum ni macam nilah..semuanya di bahu sendiri..

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

hee..hari tu umah sewa kami lampu bilik rosak gak, bergelap berapa minggu sebab tak tau cane nak setelkan..then baru la terdetik nak tukar sendiri, panjat gobok besi semua, perghhhh! alhamdulillah dah bercahaya terang semula... hehehe..

Mohamadazhan.com said...Reply To This Comment

dia salah dengar tu kak...hehe.sabar..hee

Iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Fuhh...kira mahal jgk la tu....Rasanya kalau kita beli lampu dan tukar sendiri tak sampai RM10 (kos lampu).
Tapi tak kan la nak panjat2 tangga kan bila tgh sarat...cari nahas jgk tu kalau jd apa2...hehe..

JIJI YU said...Reply To This Comment

kecik2 itu lama2 jadi bukit sudah

caliph shuriken said...Reply To This Comment

klau lampu dok kelip2 cmni slalu beli & tukar jaa.. tapi ikut keadaan sis skrg, mmg patut upah org tukarkan...

latest en3: tanya sama pokok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...