Tuesday, July 12, 2011

Syyhhhh jangan cakap kuat - kuat !



Assalamualaikum...

Bila bawa anak - anak berjalan ke bandar kadang kala perlu berdepan dengan pelbagai soalan yang sukar untuk LM jawab .

Situasi 1 :


Sedang menunggu hubby dalam kenderaan bersama anak - anak , malas nak masuk tabung haji , so lepak dalam kereta je . Tiba - tiba , lalu seorang wanita cina dalam lingkungan umur 50-an . Memakai kasut setinggi 3  1/2 inci , dan memakai pakaian separas pehanya sehingga kami anak beranak di dalam kereta boleh nampak underwarenya..huhu . Walaupun nyonya tu sering menarik skirtnya , namun masih kami nampak pakaian dalamnya juga dari dalam kereta . 

Anak - anak kehairanan dengan cara pemakaian nyonya tadi , ummi pulak rasa tergamam dan ambik masa 2-3 minit baru boleh jelaskan mengapa nyonya tua tu pakai macam tu ..hehe .


Situasi 2 :

Berhenti solat di R&R pastinya anak - anak mengambil kesempatan nak mencari minuman dan roti juga . Tiba - tiba semasa menyedut minuman hampir diriku tersedak apabila Adik Azhad yang baru berumur 5 tahun lebih bertanya ...

Adik Ad : Ummi...naper orang tu pakai baju camtu ? Macam baju pakai duk umah je ? Seksinyer...dia bukan islam ke ummi ? (bertanya tentang 2 orang gadis melayu sebelah meja yang hanya berseluar ketat dan memakai singlet aka top yang menyerlahkan dadanya ) .


Aduhh kuatnyer  suara adik ad , rasanya pasti budak melayu tu dengar...huhu .


Ummi : Dengan senyum kelat ummi jawab , kat malaysia memang boleh pakai camtu , cina ke, melayu ke..islam atau tidak ...semua boleh pakai camtu ...kalau dia tak mau tutup aurat , tak sama macam kat Arab . Jom kita gerak..LM lantas menarik tangan  adik ad...huhu . Kuatnyer sore kamu , tiba - tiba lak ummi malu ..maaf la , anakku masih kecil dan tak biasa melihat wanita islam berpakaian sebegitu lagi di negara kami mencari sesuap nasi .


www.tips-fb.com

11 comments:

suhaili sarif said...Reply To This Comment

huhu..malunya saya kak dengan anak akak
die sangat berani bersuara

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

siti-tu la..bkn blh tutup mulut dia..

eiela said...Reply To This Comment

budak-budak sekarang berani menegur dan suka bertanya, apa-apa yang dia nampak cepat je keluar dari mulut diorang.

Kalamhati said...Reply To This Comment

Tapi itulah pertanyaan paling ikhlas..dr budak2..
mereka belaja melaui pemerhatian..imitation..

huhu mmg susah gak kdg2 nak bg jawapan yg tepat dan masuk akal depa..tp perlu juga kita explain sebaiknya..huhu

~Kirin Selama Perak~ said...Reply To This Comment

kirin lagi malu jadi awek melayu tu bila kena sound ngan budak2..
:)

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

kak....beruntung anak2 akak dibesarkan di qatar...tapi bila balik malaysia..macam tu pulak jadinya =.=''

Peri PiA said...Reply To This Comment

itu lah m'sia bebas sgt ssh nak beza :(

kanak2 lagi bijak

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

huhu bijak ank2 akak

bersama kak Es said...Reply To This Comment

minda anak sangat bersih...
seronok blh hidup kat Qatar

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hehehe budak2 kan kak.kalau ckp mmg tak fikir.dorg akan ckp apa je yg dorg nmpk.

Haryz Khairuddin said...Reply To This Comment

budak2 memang camtu. apa yang dia nampak semua dia nak tanya. tapi bagus la, at least biar perempuan tu dengar. memang bagus perangai azhad tu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...