Sunday, July 3, 2011

Tak Masak Pun Mengamuk ?



Assalamualaikum...
Siang tadi sempat melawat ke blog Diana ' senyum - senyum ' . Suka membaca kisahnya bersama anaknya maisara . Sian..maisara demam rupanya , minta dibelikan aiskrim . Tapi bila maisara macam - macam nak coklat la..apa la , diana mula gertak ajak balik ke rumah cepat sebab belum masak . Katanya nanti si ayah pulang nak makan tak siap masak habis ayah pecahkan pinggan . Sekadar bergurau dan menyakat anaknya...hihi , lantas si anak yang bijak tu sedia menjawab dengan jawapan yang mencuit hati . Suka dengan telatah maisara ...terhibur rasa hati membacanya .



Tapi , bila dengar kata pecahkan pinggan tu , walau diana hanya bergurau dengan anaknya tiba - tiba diriku terkenangkan satu kisah . Kisah sahabatku yang jatuh sakit dan tak bermaya nak memasak buat suaminya . Ternyata bukan semua isteri bernasib baik seperti kita . Ramai yang terjerat dan terlanjur menyintai lelaki panas baran dan tak tau hukum hakam . Kesian sungguh rakan ku . Akibat tidak larat menyediakan makanan buat suaminya , suaminya mengamuk dan mula membaling - baling barang . Memang terbakar bila mendengar dia bercerita . Rasa nak pergi sepak - sepak je muka suaminya yang berlagak alim dan warak di depan semua orang padahal hakikatnya dia serang mendera perasaan si isteri . Cuma ...hanya isteri saja yang tahu sikap buruknya , kerana isterinya adalah seorang isteri solehah , sentiasa membanggakan dan memuji - muji suaminya . Memang orang akan fikir suaminya adalah lelaki dan suami yang baik dan alim . 


Dulu semasa baru - baru kenal dengan mereka memang ingat si suami ni baik orangnya , tapi bila terlihat kata - katanya yang sering menyindir , pedas , tak hormat perasaan orang , pendendam memang terus rasa benci . Lupakah lelaki , walau tugas isteri melayan suami ....tapi isteri bukan hamba untuk menyediakan makan minum , mengejut kamu bangun dan sebagainya . Suri hati kamu seharusnya kamu layan seperti bidadari , bukan buat seperti hamba abdi ...benci betul dengan lelaki yang tak tau hukum suka - suka nak sepak terajang isteri . Pantang silap naik kaki tangan , ingat isteri tu objek tidak bernyawa dan punya perasaan untuk kamu belasah dan bentak sesuka hati ? Ada hati nak baling - baling barang ....cantiknyalah perangai lelaki panas baran ni . Pelik...harap belajar je tinggi , tapi masih nak aniaya wanita yang bergelar isteri . Air mata ku sentiasa bergenang jika mengenangkan sahabat yang seorang ni . Moga Allah beri 1001 kekuatan buatmu dalam berhadapan dengan suamimu . 


Pesanan : Buat rakan yang belum berkeluarga , jika sebelum bernikah kekasih korang dah tunjuk baran dan suka naik tangan ....baik korang campak mereka dalam sungai . Jangan cari pasal kawen dengan orang kaki pukul dan panas baran .

www.tips-fb.com

15 comments:

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

tak sukanya org baran sis

kayzie said...Reply To This Comment

nauzubillah..kesian pd 'kwn' yg bersuami lelaki camtu..sedih pulak baca kisah dia

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

nsb baik sy x pns brn..

caliph shuriken said...Reply To This Comment

tingat plak mcm kes kwn sy dulu.. suami dia plakon plak tu, huh...

latest en3: tanya sama pokok

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

akk kalau mcm tu kire mcm mana eh.nk setia lagik ke kak?rara kdg2 tertanya2 lah.

Budak Botak said...Reply To This Comment

Btol tue, kalau sebelum kawin dah pandai pukul2, lebih baik pikirkan semula.

Entry terbaru -> Dibogelkan Depan Orang Ramai - Apa Perasaan Korang Kalau Kena?... (",)

hani@debumelukut said...Reply To This Comment

masa depan tak siapa tahu...kalau dah ter'kahwin' yg bukan mithali nak buat camna lagi? sabor jer laaa....

Kalamhati said...Reply To This Comment

huhu tamau yg jenis baran2 ni..mmg kena lempar dlm sungai la org mcm ni..

Nini Hartini said...Reply To This Comment

Alhamdulillah, bersyukur dpt suami yg sgt memahami..

cerita LM buat tini teringat kt 1 kisah yg lbh kurang sama. suaminya mmg nmpk alim dan baik. tp hakikatnya si isteri mangsa keganasan di rumah.

Tp, bukan semua lelaki yg nmpk alim & baik mcm tu.. masih ramai lelaki alim yg baik tingkah lakunya. InsyaAllah..

Heart In A Cage
.

adeque said...Reply To This Comment

ehm..takot dapat orang panas baran ni...
mintak di jauhkan

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

upppss..campak dlm sungai...
petua yg bergune tu kak..hihi

sarah-najwan said...Reply To This Comment

akak ada kwn BF dia camtu masa ngorat..habis lebam2 kene pukul..xtau la nape kwn akak tu setia gile kat dia..puas kami nasihat..tapi dia tetap nk kat laki tu..pastu kami terpisah sb da abis blaja..

last2 ..akak dpt tahu kwn akak ni kawen ngan org lain..selamat....

CIK FERRA AWW said...Reply To This Comment

BETUL TUH. MMG LAH LAKI TU SEORANG YANG HARUS KITE TURUTU KATA2NYA, TAPI NOT ALL, AND DEPENDING ON THE SITUATION. THEY OSO SHUD FAHAM KAT KITE SBG POMPAN. WE'RE NOT THEIR SLAVE. BUT THEIR WIVES --- CET I CKP CM LAH I DAH KAWEN KEKEKKE

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...Reply To This Comment

jodoh prtemuan x dpt dielakkan...abah sy garang orgnye,boleh kata baran jugaklah tp alhmdllh mak sy pandai jaga ... kena byk sabar..jgn kasi dia naik baran ...

sy pule alhmdllh suami pnyayang,lembut je tutur kata...syukur ;)

diana said...Reply To This Comment

selalunye lelaki kalau suka pukul bini dia mesti sebab dia suka kat pompuan lain..maknanya dia dah tak suka kat bini dia la..jemu!

memang kalau jadi gini pelik sangt sebab bini dia masih setia lagi.
depa tak tau depa bertahan begitu bukan bermakna depa setia.tapi depa bodoh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...