Wednesday, August 31, 2011

Akak Comot Berhari Raya



Assalamualaikum....

Dah berlalu satu syawal, dah 12.20 malam baru sempat nak approve komen korang untuk hari ni. Ternampak komen adik sunah sakura mengucapkan selamat hari raya, tersenyum melihat panggilan "akak comot" untuk LM darinya. Biasanya cuma adik sunah panggil akak comot dan kak Es  panggil LM adik comot...hihi.


Meh nak cerita, hari ni LM dah masuk hari ke-34 berpantang. Badan dah rasa kuat cuma belum boleh solat lagi...so memang sah la kena ganti puasa sebulan okey! Bangun pagi dah la terkedek-kedek baru nak gosok baju..huwaaa benda yang paling akak comot tak suka tau.Bila encik suami balik solat hari raya baru nak gi umah bonda. Borak-borak dan makan pastu baru gi umah atuk pula.


Dari umah atuk pun dah lewat jugak tadi...kena balikumah siapkan pakaian untuk pulang ke negeri sembilan umah mertua.Satu lagi benda yang akak comot tak suka adalah bab nak packing barang. Pukul 6 baru sampai negeri ...dan duduk jap je pastu gi umah akak ipar pula menziarahi dia, pastu gi umah abang ipar dan pukul 9 baru sampai umah.


Akak comot makan apa je? huhu...tadi umah bonda tak makan apa pun. Tak selera...umah atuk kak comot makan nasi impit 3 ketul kot dan 3 keping daging kurma. Umah mertua petang tadi dah nak maghrib baru makan nasi ayam. Siyes akak comot rasa nak pengsan beraya dalam pantang tahun ni. Anak baru 4 tapi akak comot dah rasa diri comot sesangat hari ni. 


Itu je lah celoteh akak comot tuk pengalaman 1 syawal tahun ni. Walau keletihan tapi masih ada kenangan manis bermesra dengan semua adik beradik dan keluarga terdekat. Pakai abaya sedondon dengan bunga sulam purple dengan anak-anak buat akak comot rasa hepi. Muat ke abaya akak comot?haha..cam sarung nangka okey! siyes akak comot memang comot dan gebusssss...hik3


Nota kaki:Entri boring, encik suami dan baby dah tido..anak-anak yang lain masih kat luar ramai2 main badminton dengan sepupu mereka walau dah tengah malam..huk3.tido weiiiiiii
www.tips-fb.com

11 comments:

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Purple? I like.heeeeee

hamzah ian said...Reply To This Comment

n9 ye?

hehe, lama tak pergi sana

A' mC said...Reply To This Comment

good night ! hehe . enjoy ur life kak

jeragang said...Reply To This Comment

kalau penat tahankan saja jangan sampai tersadai sendiri.....

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehe, selamat hr raya maaf zahir batin buat LM sefamili.....

P/s: akak nak panggil Adik syomot boleyyy ? :P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ammar-ye..akak mmg suka purple

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hamzah-hehe..takda sedara kat sana ye?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

A'Mc-tq dik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jeragang-tu lah paal...bkn tgn jek.kaki pun lenguh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

qistina mummy-selamat hari raya kak...blh jek pggl adik comot.hehe

Kalamhati said...Reply To This Comment

Adik comot yg comeyy!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...