Thursday, August 25, 2011

Belajar Hormati Orang Lain Dulu



Assalamualaikum....


Dalam kehidupan seharian ni kita tak lari dari berhadapan dengan 1001 macam ragam dan kerenah insan di sekeliling kita. Kadang kala berhadapan dengan kerenah rakan-rakan lebih mudah berbanding menghadapi kerenah saudara mara sendiri atau adik beradik kita yang lebih lama kita kenal dalam hidup kita kan? 
Perasaan ego, dengki dan buruk sangka tak boleh lari dari sikap manusia. Tak kira adik beradik atau orang lain. Tapi kan, satu sikap yang paling LM benci adalah sikap tak tau nak hormat orang lain. Memang LM benci sekali sikap yang satu tu. Tak kira kita ni muda atau tua dari seseorang tu apa yang penting semaikan lah sikap selalu menghormati orang lain, tak kira siapa orang tu, kaya ke, miskin ke atau berpangkat ke tidak dia tu berbanding kita. 


Tapi kadang kala bila terjumpa manusia yang suka cari gaduh dan tak tau hormat orang lain memang rasa meluat nak tengok perangai dia ni. Suka cari salah orang, cari gaduh..sindir sana sindir sini. Macam dia sorang je yang bagus dan betul padahal keluarga dia lintang pukang tak terurus dia tak sedar . Kesian juga bila dengar dia cari gaduh dengan akak kandungnya yang sangat baik hati dan pendiam semata-mata tak dapat nak pinjam duit orang tu...haiya, sebab tak dapat pinjam duit orang terus nak cari gaduh dengan adik beradik ke ? Pelik kan???


Ingatkan dia ni suka cari pasal dengan orang yang lebih muda  je sebab dia rasa dia ni lebih berumur sebab tu dia rasa dia betul, rupanya dia memang suka cari salah orang. Kalau orang tak bagi apa yang dia nak..mesti dimusuhi tak kiralah orang tu lebih tua atau muda dari dia. Pada LM lah..kalau kita nak orang hormat diri kita, perangai kita kenalah elok dan hormat orang juga. Jangan lah kita nak orang hormat dan mesra dengan kita tapi kita tak pandai nak hormat perasaan orang lain. Nilai diri kita dulu..adakah kita patut orang hormat sebelum kita nak orang hormat diri kita. Moga kisah ni jadi peringatan buat diri LM sendiri dan rakan-rakan yang sudi membaca. 


Moga kita sentiasa hormati insan sekeliling kita, barulah orang ada rasa hormat kat kita kan?
www.tips-fb.com

13 comments:

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Macam mana org nak hormat kalau diri sendiri pn x reti nk hormat kan?

kotak bulat said...Reply To This Comment

betul..org akan hormat kita bila kita hormat orang lain..

shatooman said...Reply To This Comment

orang yg suka mengutuk ni biasanya keluarga dia sndr x terurus..

diana said...Reply To This Comment

belajar untuk hormat orang kalau rasa nak hidup dengan aman dan tenang...

Wanzi said...Reply To This Comment

Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.

Selamat Hari Raya aidilfitri
maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..

laloque said...Reply To This Comment

paham puan... selamat hari raye... nak duit raye buleh??

jeragang said...Reply To This Comment

sikap lahir dari pengalaman hidup....

Bulan said...Reply To This Comment

betol kak.setuju sgt.
batu api pun bulan benci :)

eiela said...Reply To This Comment

saya setuju dengan akak, nak biar orang hormat dengan kita, kita kena hormat orang lain dulu, nilai diri sendiri dulu. barulah orang akan hormat pada kita.

sarah-najwan said...Reply To This Comment

jika kita hormat org..baru lah org akan hormat kita

dan begitulah sebaliknya

selamat hari raya LM~~

gedek! said...Reply To This Comment

kita kena hormat orang dulu, baru orang hormat kita... kan??

Selamat Hari Raya Aidilfitri, ya...?!

JIJI YU said...Reply To This Comment

what we give we get back

Jiejah Gorjes said...Reply To This Comment

yer betul, tak suke gak spesis camtu. kdg rasa mcm nak je beli kan dia cermin yg besaq bg dia paham sblm nak sindir2 org cermin diri tu dulu. ni salah org nmpk salah sendiri x nmpk. kondem org bleh, org kondem dia x bleh.

hurmm!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...