Tuesday, August 16, 2011

Cukur Kepala Baby


Assalamualaikum

Alhamdulillah baby Adlan Syafiq dah berumur 20 hari pada hari ni, dia semakin sihat tak tak banyak ragam. Tido malam pun nyenyak dan pukul 3.30 pagi baru bangun menyusu dan kejut ummi bangun sahur..hihi


Akibat busy mengubati jaundis baby...kami terlewat mencukur kepala baby kami yang ke-4 ni berbanding anak yang sebelumnya. Biasanya kami akan mencukur kepala mereka pada hari ke-7, tapi baby syafiq dah nak 3 minggu baru sempat nak dicukur. Rambut pun dah lebat. Kami mencukur rambut kesemua anak-anak kami tak kira mereka lelaki atau perempuan. Ramai yang tak faham mengapa kami mencukur rambut nak-nak bila anak kami tu perempuan. Jom kita kongsi info ni bagi mereka yang tak tahu mengapa perlu bayi dicukurkan kepalanya dan amalan mencukur jambul bayi di sering diamalkan adalah bidaah dah tak boleh dilakukan sebenarnya.



Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.
Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.
Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.
Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.

Nota kaki: Hukum tetap hukum, setiap amalan yang dilakukan oleh nabi kita pasti ada kelebihannya.



www.tips-fb.com

24 comments:

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Dah bercukur ye baby adlan..moga terus sihat dan membesar sebagai juara..hihihi..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sufeenan-terima kasih kak.rindu!

Halimatun Sa'adiah said...Reply To This Comment

aiiiibu...apekabo baby boy???

exora said...Reply To This Comment

semoga adlan rtambah sihat...dan membesar dengan sempurna

JIJI YU said...Reply To This Comment

alhamdulillah..akak..nk tgk lagi gambor baby

jeragang said...Reply To This Comment

menarik posting nie walau pun topik biasa....... sesekali kita perlu renung kembali bahawa telah banyak di campur aduk.... adat.. istiadat... ibadat

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

thanx for this info kak..
ermm...makin comey la budak kecik tu...hihi

Fitri Senin said...Reply To This Comment

akak...baby fit masa kecik tu makcik soh siap cukur bulu kening lagi. Raif tu fit cukur kan dia lepas akikah hari-7. Lepas tu beberapa kali juga botakkan kepala. Elok budak2 ni kepalanya botak, bersih...

CIK TOM said...Reply To This Comment

wah akak dah bersalin ke?ciktom ketinggalan dah ni.tahniah ye akak..semoga baby dan akak sentiasa sihat dan ceria2 selalu ;)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

farah pun kakD cucur abis rambut dia...

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

cukur terus kan kak

diana said...Reply To This Comment

betul la lm...
ramai yang saya tengok tak cukur habis rambut anak...
masa maisara dulu tak de majlis2 pun..
bangun pagi mak saya cukur bagi habis..cukur sebelah je...
sebab tak duduk diam...
esok pagi cukur lagi sebelah..
memang lawak la muka maisara masa tu..
hahahaha

Syafiq Rosli said...Reply To This Comment

wah kak ade terselit nama sy..mudah2 an sis mudah jaga dia..:)

BLADE EDGE said...Reply To This Comment

Assalamualaikum...

mmg kebykan org yg buat majlis cukur rambut mcm tu. rasanya ramai yg xtahu berkenaan unsur khurafat tu. yg terkilannya, pakcik2 lebai n org2 masjid pun turut serta jugak. xkan la diorg xtahu? hairan jugak...

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

misz sheyla said...Reply To This Comment

ooo baru tau knp cukur rmbut baby

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

alhmdulillah dah cukup...lebat la rmbut dier nanti,hehehe.//

Woofer Storm said...Reply To This Comment

slm ummi..lama tak dtg,dah ada bby baru..ermm mesti best sngt kan ada dapat baby baru..thniah tau^^

slm ramdahn ye ummi,maaf kalau ada slh silap spnjang sy kenal ummi..

Kalamhati said...Reply To This Comment

btul tu adik..ramai yg sayang nk cukur rambut anak..kononnya kalu dah cukur nnt lambat tumbuh la apa la..sedangkan apa yg Islam suruh tu mesti ada kebaikannnya kan

bersama kak Es said...Reply To This Comment

suka entry ni sangat telus..
tak yah simpanla rambut dalam perut tu kan dik, cukur je nnti tumbuh yang baru lagi cantik.
kak es pun hubby cukur sendiri anak2..cukur sampai HALUSSSSS hehehe

Kak Aya said...Reply To This Comment

LM,
kak aya suka baca entry ni, walaupun sblm ni dah pernah dgr ustaz bagi ceramah ttg hal ni, tak salah untuk sentiasa mengingatkan sesama kita.

ummi_khalish said...Reply To This Comment

aslmkm LM..alhamdulillah,baby syafiq dah smakin sht...dah cukur dah..betul..bercukur itu banyak kelebihannya...di mesir ni,kalau baby umur 7 hari,ditahnik dan dicukur oleh syeikh...alhamdulillah..khalish dapat merasai pengalaman itu dan selepas itu kami bercukur lagi,kerna mengikut yang dibaca,bercukur semasa bayi secra berterusan seleps rambutnya panjang,akan meransang lagi perkembangan otak..insya Allah..

D_08 said...Reply To This Comment

kadang2 cik LM...kite buat ni bukan sebab ikot Rasulullah....tapi sebab adat......kalo udah ikot adat....apah pahale pun tak dapat...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

agak berat topic yg kak Lm bawa nie.. tp sekadar pandangan tini dr apa yg tini faham....

xde istilah majlis cukur jambul... yg ada hanyalah majlis bercukur.

kalau yg tini faham, tak salah nk buat majlis bercukur dgn menjemput org terdekat. majlis yg disertai dgn bacaan tahlil, doa atau marhaban dikategorikan sbg majlis ilmu. jd tak salah menurut tini. kalau ada makan pun, dianggap utk bersedekah.

Ianya akan menjadi salah bila ada tepung tawar, beras2 apa ntah yg baling2 tu, pastu rambut yg digunting dimasukkan dlm kelapa. sbb tak jelas niat perbuatan tersebut. Buai dihias cantik, majlis bermewah-mewahan smpi menimbulkan riak...

kalau semua yg mcm tu ada, barulah blh dianggap bidaah.

ni pandangan tini.... klu ada yg gunting rmbut sikit2 tu, biasanya dlm majlis shj..tp habis majlis tuan rumah biasanya akan botakkan terus rambut dan hantar utk timbang semua rambut yg dibotakkan.

maaf klu salah... segala teguran, amat diharapkan...

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

aah kak,skrg ni ramai yg tak cukur rmbut baby tu sbb syg rmbut cntek katanya.tp org nk elak penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...