Monday, August 29, 2011

Dah Balik Kampung?



Assalamualaikum...
Dah balik ke kampung ke rakan-rakan semua? mood raya memang tak terasa langsung tahun ni. Walau dah banyak hari berpantang namun masih tak rasa mood raya tu hadir. Pagi raya LM "bersiaran" dari Segamat, lepas zohor baru pulang ke kampung suami. Rumah bonda dengan LM dekat sangat dalam 3-4 minit dah sampai, so malam raya kami masih tido kat umah sendiri lagi malam ni. 


Terdapat sedikit masalah tentang tiket kami untuk pulang ke Qatar pada 9 hb ni, eh..bukan masalah sikit tapi masalah besar. Jumaat lepas kami menerima panggilan dari MAS mengkhabarkan bahawa tiket baby Syafiq telah dibatalkan, tetapi bila kami buat panggilan rupanya tiket kami sekeluarga telah dibatalkan semuanya.Bermakna tiket kami nak balik Qatar telah di"cancel" oleh mereka. Perkara ni bukan pertama kali berlaku buat penumpang MAS-Qatar Airlines tetapi berlaku juga kepada ramai rakan lain yang nak pulang ke Malaysia dari Qatar tempoh hari. Dah siap-siap nak check in dapat tau tiket mereka telah dibatalkan..terpaksa patah balik ke rumah dan diberi tarikh lain. Pelik juga sebab bila check dengan Qatar Airlines tiket kami takda masalah pun.
A7-CJA - Qatar Airways Airbus A319 aircraft

Amat kesal dengan semua yang berlaku, pagi-pagi lagi encik suami dah bertolak ke KLIA meredah arus kesesakan jalan raya untuk menyelesaikan masalah tiket kami. Rasanya inilah kali terakhir menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut. Banyak masalah yang dihadapi...geram! Suka-suka hati je nak batalkan tiket yang dah berbulan-bulan orang booking. Memang menyusahkan pelanggan. Walau ramai yang terkena macam kes kami tapi hati ni geram lah juga kan, orang sibuk nak raya, kita sibuk nak urus hal tiket pula.
www.tips-fb.com

9 comments:

bujal X said...Reply To This Comment

sabar~~semoga semua urusan dipermudahkan allah~~selamat hari raya untuk akak dan famili~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bujal-amin...moga semuanya lancar dan selesai ,tu yg akak harapkan bujal.tq..selamat hari raya

JIJI YU said...Reply To This Comment

salu berlaku cam tu..nape akak gune flite tu jgk ek

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji yu-terpaksa guna sbb hari tu akak peknen so kenalah naik fligt yg direct,mls transit2 ni, ni blk pun bw baby susuh nak transit

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

kpd sis sekeluagra..
selamat menyambut hari raya aidilfitri 1432H

Hanif Borhan said...Reply To This Comment

p Qatar buat apa kak?...sabaq je lah...huu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

MH-selamat hari raya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

hanif-nak blk sana semula

laloque said...Reply To This Comment

Tuntut bayaran pampasan jer... Tu sbb asik rugi jer.. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...