Monday, August 8, 2011

Jaundis Dan Pasport



Assalamualaikum...

Hari ni terlalu letih buatku, walau tak puasa..tapi memang sangat tak larat bagi ibu berpantang sorang ni. Apa taknya, pagi tadi cuma mengalas perut minum susu Enfa mama dan sekeping roti terus je LM bawa anak ke klinik kesihatan untuk pantau tahap jaundis baby Adlan Syafiq. Sebenarnya hari tu masa kluar dari wad SCN bacaannya 15, dan dapat turun ke wad biasa. Keesokan harinya masa boleh keluar wad LM lupa nak tanya nurse berapa tahap bacaan jaundis baby..dan mereka pun tak tulis kat kad baby..huhu. Terlebih hepi nak balik umah lupa nak tanya itu ini..hihi


So hari ni siap-siap call kawan sekolah LM dia nurse kat klinik tu. Tanya lama ke proses nak tau result darah tu. Rupanya tak lama..so laju je LM gi sana. Syukurlah bacaan hari ni dah turun ke 11.6, esok lusa kami gi lagi pantau sampai turun ke 10++ 


Siap je urusan kat lab dan check baby, terus je berkejar ke imigresen untuk buat pasport baby. Memang rasa terkejar-kejar..penat tak usah cakap lah. Sampai sana jam 11.02 am...orang sesak sangat kat sana, nombor tak bergerak dengan 2 kaunter saja yang jalan..huwaaa. Lama gak berdiri baru dapat tempat duduk. Nak harap mereka sedekah tempat duduk tuk ibu pantang ni? jangan mimpi lah ye!huhu


Pukul 2.30pm lebih pun tak siap lagi...so siap serah semua terus hubby hantar LM balik, sebab pasport akan siap dalam masa sejam kata mereka. Petang dalam jam 3 lebih hubby yang gi ambik sendiri pasport baby sebab baby tak perlu datang masa ambik pasport. Yeayy baby dah ada pasport, esok dah boleh booking tiket balik Doha!!!


Sangat penat hari ni, memang rasa macam nak pengsan. Tak sangka urusan kat imigresen makan masa berjam-jam. Tapi syukurlah Allah beri kekuatan buatku untuk bertahan sampai semuanya selesai. 
www.tips-fb.com

17 comments:

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

kijamnye mereka tak nak kasi kakakku duduk..kesian kamu sis..

biler nak balik doha ni?

baby camner..dh ok spenuhnya?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pinky momma-biasalah....kalau dah dpt duduk mana org nak sedekah kan kerusi mereka dik!

baby msh kena pantau kuningnya sampai betul2 baik

Suhaili Sarif said...Reply To This Comment

baby2 da ada paspot.hehe

alhamdulillah adik adlan syafiq semakin sihat

JIJI YU said...Reply To This Comment

malaysia kah ini

H.J said...Reply To This Comment

dah nak balik doha eh kak..ok dah tu dah turun darah..ehe

deno said...Reply To This Comment

Kesiannya kak lydia kena berdiri lama2.. kakngah deno masa berpantang berdiri 2 minit pun dah nak rebah, mas tu dia bersalinadam khaleef...

emm... kaklydia nak balik Doha bila ya...? lepas habis pantang ya?

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

salam ramadhan ke 9 sayangku lydia.

syukur.......
semuanya selesai, bila bb dah ada paspot dan bacaan dah ke 11, lega kak ayu bila baca entry ini..
dik.....
bab urusan Imigresen tu mmg normal, lagilah musim perayaan...
faham2 jrla

jaga kesihatan ya dik

exora said...Reply To This Comment

nak balik sana x tggu habis pantang ke...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

sabo jela ngn org2 tak prihatin mane ni..
akk balik Doha bile??

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

LM dah nak balik Doha ..cepatnya..beraya kat Doha la ni..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

best baby ye kecik2 dh jalan jauh :)

krole said...Reply To This Comment

wuahh tahniah passport baby da siap!!! owh wak nak blk doha da..baik2 ye wak~

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

dah nak balik doha?huhuhuuhu...kopi kakD pun tak rasa lg kan...

Peri PiA said...Reply To This Comment

Assalammualaikum LM

kesian pula pia bace,dlm pantang pon kena keluar ade urusan

LM jaga diri ye :),salam ramadhan

muahh utk LM n baby :)

CiK QiQi said...Reply To This Comment

ala...sis nk blk doha da ke...

D_08 said...Reply To This Comment

itule masalah oghang kite cik LM....tak sensitif (sensitif pulak pade bende yang tak bertempat)...... dan penting dighi sendighi........ errr.....kalo pasport baby....kene tangkap gambo jugak ke cik LM???

bersama kak Es said...Reply To This Comment

sampai hati diorg tak kasi ibu dan baby duduk...
buta mata hati ke ape!!

eeii gerammmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...