Monday, August 22, 2011

Jaundis Susu Ibu



Assalamuamualaikum...

Ingin LM coretkan sedikit kisah tentang pengalaman pahit yang menduga LM dan keluarga apabila bayi kesayangan kami mendapat jaundis yang sangat teruk berbanding anak-anak kami yang sebelumnya. Jika kebanyakan orang mengatakan jaundis adalah perkara biasa anda silap. Jaundis yang tidak tinggi adalah biasa tetapi jika ia amat tinggi amatlah perlu untuk diubati segera sebelum ia menjadi musibah bagi bayi kesayangan kalian. 

Anak pertama dan kedua LM tidak mendapat demam kuning yang teruk sehingga perlu ditahan di wad, anak ke-3 mendapat jaundis selama 2 bulan akibat kurang berat dan lahir pra matang namun tidak memerlukan rawatan di hospital.

Adik syafiq mendapat jaundis apabila berumur hampir seminggu lepas lahir. Dia kurang aktif dan asik tidur di siang hari. Semakin banyak menyusu semakin kuningnya menaik. Lm semakin buntu kerana ramai yang menyarankan untuk baby diberi susu ibu sebanyak mungkin. Baby tak kencing dalam masa 2 hari buat LM rasa semakin panik. Akhirnya bila bibawa ke hospital bacaan kuning baby dah menjadi 19.8. Semalaman duduk di bawah lampu ingatkan boleh turun bacaan kuningnya sebab baby LM kejutkan menyusu setiap 2 jam, tetapi esoknya bacaan meningkat ke 21.6 pula. Rasa hilang punca dan sangat risau akan kesihatan bayi kerana nurse kata kalau semakin tinggi mereka perlu tukar darah baby. Masa tu mereka dah mula memaasang line untuk memasukkan antibiotik untuk baby Syafiq.

 


Akhirnya tiada pilihan lain LM terpaksa akur baby kesayangan akan berada dalam jagaan mereka untuk dirawat. LM dibenarkan pulang kerana nak bagi susu kat baby pun masa tu susu dah kering tiba-tiba akibat terlalu stress. Nurse dan doktor nasihatkan LM pulang berehat dan jangan stress jika tidak susu badan akan kering selamanya. Adik Syafiq diberi susu formula sepanjang berada di sana. Tanpa pakaian, tanpa tilam dan bantal, disalai dengan 11 batang lampu dengan lampu atas dan bawah memang buat hati LM sebagai ibu bagai disiat-siat kesedihan. Semalaman tak mampu melelapkan mata mengenangkan anak kesejukan dan sakit tak bertilam dan tidur takpa pelukan ummi...huhu.


Hampir meroyan rasanyanya kehilangan bayi dalam pelukanku, tanpa tangisannya..tanpa bau wanginya. Alhamdulillah...dengan jagaan rapi dan rawatan yang diterima di SCN, baby semakin sihat dengan bacaan menurun ke 15, baby syafiq boleh duduk di wad biasa dengan ummi. Atas nasihat doktor dan rakan LM yang juga jururawat, mereka sarankan LM memberi anak susu formula sebagai tambahan memandangkan susu LM tidak mencukupi dan apa yang penting kata mereka susu LM adalah penyebab jaundis baby semakin teruk.
Memang terkejut kerana LM langsung tidak makan kunyit,halia, lada hitam dan jamu sepanjang baby lahir...namun jaundis tetap ada juga pada baby. Baru LM tau bahawa ada trerdapat 3 jenis jaundis iaitu :
1.jaundis normal@physiologic
2.jaundis pathologic
3.jaundis susu ibu(jaundis baby yang LM hidapi tempoh hari)


nota kaki:sekadar perkongsian ringan buat rakan yang bergelar ibu bagi lebih mengenali apa itu jaundis ...

Pst: Terima kasih atas jasa baik kalian mendoakan baby syafiq kembali sembuh semasa dia jaundis tempoh hari..kata-kata semangat kalian amat dihargai.
www.tips-fb.com

19 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

sedih nye tgk baby xberbaju mcm tu je..nk nangis rase..
Ape tah lg akk sbg ummi die..
alhamdulillah..hope baby sehat slalu..

RATU QASEH SAIFUDIN said...Reply To This Comment

sedeh nye..sabar yea kak..insyaallah baby sehat..=)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sdih bace

tatau penyakit ni cmne

tp mak y lahirkan msti rase


dlu ank buah mninggal..makcik die y lebih2 ngis huhu

hope die kembali sihat!

eiela said...Reply To This Comment

pernah dengar pasal nih, rupanya baby syafiq kena jauhdis susu ibu. selalunya orang kata kalau kena susu ibu kat baby, badan dia mudah timbul ruam-ruam.

ieda said...Reply To This Comment

alhamdulillah dikk semua tu dugaan allah syukur syafiq x apa2 .. banyakkan berehat ya LM .. akak doakan x apa2 .. insyaallahhh

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

mmg kak ayu pun tak senang dik..
telefon staff nurse di segamat, tanya ttg kes anak kamu

syukur, bila dia syer ttg cara rawatan di sana.. kak rasa lega..

dan syukur, sbb semuanya berakhir.

afiQah ismaiL said...Reply To This Comment

kesiannye baby syafiq. semoga dia cepat sihat oke :)

Nadzirah K. said...Reply To This Comment

semoga baby cepat sembuh :)

jeragang said...Reply To This Comment

insyaallah dengan usaha yang dijalankan itu baby akan baik nanti... maknya perlu bersabar n bertenang.... dalam keadaan begini mohon pertolongan Allah...

shatooman said...Reply To This Comment

sgt kesian.. tp berat mata memandang, berat lg bahu memikulnya.. adik sy pon pernah dpt jaundis masa lahir dulu n lahir x ckup bulan jgk~ alhamdulillah skrg ni semua dh ok..

Cik Ila said...Reply To This Comment

Laaa..igtkan kalau bagi susu ibu,jaundis cepat baik..rupenye ade jugak jaundis disebabkan susu ibu..doktor selalu ckp,kasi susu banyak2 kalau ada tanda2 kuning..hmm..pengetahuan berguna ni..bagus2. ;)

diana said...Reply To This Comment

punca nya apa Lm..??
susu kita tak sihat ke??
habis tu masa dia dah ok,lm bagi susu badan macam biasa ke??

saya risau jugak bab2 jaundis ni..
saya nak anak dalam masa terdekat ni jadi kena ambik tau jugak..

Peri PiA said...Reply To This Comment

thanks LM kongsi maklumat

alhamdulillah si comel dah sihat

bujal X said...Reply To This Comment

banyak sabar ye kak~~

Rozita said...Reply To This Comment

jaundice ni cuma boleh jadi kalau susu ibu tu kurang untuk anaknya atau susu ibu tu sendiri kurang nutrien kan LM? akak pernah dengar tapi tak pasti... masalah kalau berpunca dari susu ibu ni kena overcome dengan top up susu formula atau ibu kena makan sumber nutrien yang cukup kalau tak silap..maaf kalau silap...

apa pun alhamdulillah baby dah sihat dah tu... ceria ok.. insyallah boleh terus sihat nanti..

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

As Salam LM, lama saya tak singgah komen kat blog ni. Apa kabar? Baca entri ni mengingatkan saya pada anak kedua saya saat dia dimasukkan ke wad kerana jaundice. Saya boleh rasakan perasaan yang LM rasa kerana ibu bapa mana yang dapat menahan perasaan sedih bila melihat bayi mereka yang baru lahir terpaksa tinggal di wad dengan mata tertutup dan tak berbaju di bawah pancaran lampu biru itu. saya dan isteri sampai mengalirkan air mata melihat anak kami saat itu.

najihah sahami said...Reply To This Comment

kak..bila baby dah besar ade effect x?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

alahamdulillah..semua dah ok ye...semoga lepas ni adik syafiq sihat bagaikan johan ye...

tomatokering :) said...Reply To This Comment

moga cepat sihat ye .. insyaallah dgn doa semua ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...