Assalamualaikum...
Lepas bersalin esoknya LM terus boleh balik rumah hari tu, tak sangka pula adik Adlan Syafiq dapat demam kuning yang tinggi sangat sampai kena warded pula. Semua tu dah takdir dan bahagian untuk kami lalui...syukurlah semuanya selamat.
Semasa kat wad ramai teman kat sana bertanya sama ada LM bersalin secara cesarean ke? pelik juga bila mereka bertanya. Rupanya mereka pelik tengok LM aktif dan nampak sihat,mudah berjalan dan duduk serta turun naik katil hospital yang tinggi tu. Luka akak dah baik ke mereka tanya? hehe..pelik ke?bila cakap tali pusat baby hari ke-4 dah tanggal mereka lagi pelik.

Sebenarnya sejak berpantang anak sulung lagi LM memang gunakan minyak mustajab nona roguy ni. LM akan gunakannya untuk disapu pada luka jahitan supaya cepat sembuh. Tali pusat baby pun lepas mandi dan dilap kering LM terus sapu dengan minyak ni. Tak guna ubat lain pun. Alhamdulillah dari hospital dah guna pada luka jahitan dan hasilnya hari ke-3 luka dah kering dan tak sakit,duduk ke..jalan ke dah tak sakit.
Bagi baby pula, balik hospital hari ke-2 tu terus letak minyak mustajab pada tali pusatnya dan semua anak LM hari ke -4 tali pusatnya akan tanggal. Bila tali pusat baby cepat tanggal baby pun tak bayak ragam, cepat sihat dan kita nak mandikan atau nak tukar lampin pun mudah.
Ngeri tengok tali pusat baby lambat tanggal, kat wad hari tu ada yang dah 8 -12hari pun masih tergantung tali pusat baby lagi. Dah la anak mereka jaundis, tak berbaju pastu nampak ada tali pusat pula..memang LM rasa sangat ngeri...risau je baby tu sakit..huhu. Takda rahsia lain...luka jahitan dan tali pusat baby mudah tanggal adalah dengan penggunaan minyak mustajab.Terima kasih nona roguy. Tunggu baby betul-betul sihat baru ummi boleh makan jamu pula..badan dah sakit sangat dah ni dekat 2 minggu bersalin belum makan jamu..huhu

18 comments:
wah..menarik nie.. info yang sangat berguna
kena warded?
Alahai....
takpe.. janji untok kebaikan...
betul LM, minyak ni memang mustajab...kalau pening2, migrain pun boleh sapu pada dahi(untuk org dewasa la).
kak aya pengguna barangan NR dan juga dealer. memang ramai customer mengakui keberkesanannya.
luka cepat kering ek..ehe
wah bagus2 najlaa dulu seminggu je pakai ubat sapu yg misi kinik bg
anak saya semua tak sampai seminggu kak..dah tanggal tali pusat
nanti nak belikan utk bakal wife..aha
assalamualaikum....tahniah ummi...alhamdulillah,selamat melahirkan baby baru... (mmaf,lambat wish)... Moga ummi n baby sihat dan dpt beraya dgn hepi:)
erm..bgsnya minyak tu..
Assalam...
Bagus juga minyak tu ye..dgr kata nona rogay sesuai jgk utk orang yg ingin menguruskan badan.
Anak sulung iza dulu guna minyak cap keretapi, memang tak sampai seminggu, tali pusat dah tanggal. Kali ni nak cuba produk amway pulak.
"nak kena pi cari satu ler LM...untuk luka2 boleh kot.."
dari anak sulung lagi, benar-benar berkesan ni..
sis, nk tgk gambar baby..sis, ade upload kt mane2 k..
Slmt Berpuasa sis ;)
akak da boleh jadi duta nona roguy ni
hehe
wahh..siap bwt iklan...ehehe
owh, rupanya ada rahsia... :P
oho..da tau 1 rhsia..ehehe...bole dijadikn rujukn nie..ehehehe...
bagus LM share ni :),terima ksh
ooo LM ceacer ya
bau minyak ni harum semerbak...
mmg sedap sangat kalau dalam pantang bau minyak ni kannn
Post a Comment