Tuesday, August 9, 2011

Sakit 2 Jam?



Assalamualaikum...

Dalam kesibukan menguruskan baby Adlan Syafiq dan berpantang ni ingin LM kongsi sesuatu dengan kalian. Banyak pertanyaan singgah di facebook dan blog ni, ramai yang terkejut LM bersalin terlalu awal dari tarikh jangkaan. LM sendiri pun terkejut tapi memang dah bersedia sebab doktor dah bagi tau sejarah akan berulang sebab Aqilah dulu bersalin awal 5 minggu dari tarikh jangkaan.


Sebenarnya masa LM sms beberapa rakan bagi tau dah nak gerak ke hospital nak bersalin mereka jangkakan LM lama lagi baru barsalin. Tapi bila bersalin terlalu cepat memang mereka terkejut juga,nurse dalam labour room tu pun terkejut dan cakap kat doktor dia terkejut LM bersalin terlalu cepat..sebab mereka jangka 4 jam lepas masuk ubat baru LM akan melahirkan, tak sangka dalam masa 2 jam dah selamat bersalin kata nurse tersebut.


Sakit bersalin ni ikut bahagian masing-masing. Ada orang sakit berbelas jam, seharian atau ada juga yang sangat mudah. LM pula mungkin sederhana kot? Anak sulung dulu LM bersalin 3 jam lepas air ketuban pecah. Anak ke dua 2 jam lebih lepas masuk ubat melalui air, anak ketiga sakit hampir tiga jam lepas masuk ubat juga dan begitu juga dengan Adlan Syafiq...tempoh yang paling singkat dalam mereka adik beradik.


Tapi korang ingat 2 jam tu tak sakit ke? hehe..pastilah sakit kan? nikmat bersalin mana ada yang tak sakit langsung. Sampaikan LM sms hubby kat Qatar masa tu minta dia call kejap sebab dah tak sanggup nak tahan sakit. Hubby sentiasa sms sepanjang berada di LR. Lepas dia call baru rasa kuat dan lega..handphone memang ada tepi bantal je masa tu. Maklumlah LM bersalin sendirian tanpa sesiapa yang teman, suami masih di Qatar, bonda jaga anak-anak kat segamat. Memang mencabar bersalin sorang-sorang. Tapi kuat bila kak ayu citarasa rinduan tersayang temani diriku dengan sentiasa sms, call dan bagi kata-kata semangat. Nana rakan baikku juga sentiasa memberikan kata semangat dan doa ...duk dalam LR hanya bertemankan kesakitan yang penuh nikmat..huhu. 


Nasihat LM buat rakan yang bakal bersalin, walaupun kita mungkin suami akan menemankan kita...siapkanlah diri untuk sebarang kemungkinan. Macam LM..ikut plan suami akan menemani, tapi oleh kerana terlalu awal bersalin terpaksa melalui semua itu sendirian. Syukur nurse, dan doktor sangat baik dan prihatin. Pelajarilah teknik pernafasan yang betul semasa saat kontraksi tiba, teknik meneran bayi yang betul agar mudah segala urusan. Teknik pernafasan yang betul amat perlu untuk mengawal kesakitan. Jika kita bernafas dengan betul..sakit akan dapat dikurangkan,percayalah!


Sebelum bersalin mohon lah ampun segala dosa kita lebih-lebih lagi terhadap suami tercinta, moga saat bersalin kalian juga semudah diriku,InsyaAllah. Kemanisan saat melahirkan akan jadi kenangan paling indah bagi kita yang bergelar wanita dan ibu, percayalah!



Iklan jap..ada yang minat nak join group LM klik sini
www.tips-fb.com

31 comments:

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Owh tiada yg benar melainkan yang benar2 belaka..

Akak masa bersalinkan arash, ada guna gas tu..Tapi dalam dok sakit2 tu rasa annoying plak guna bendealah tu; nak tarik dan lepas nafas pun dah terkeliru..what a joke!

At last, bernafas sendiri saja la..tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika..pastu lepas..sangat berkesan meredakan sakit..

Pengalaman akak..ada di sini..

http://sufeenan.blogspot.com/2011/01/9-bulan-yang-lalu-sebelum-panglima.html

:) Tekker dear..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

huhu...takot plak bace...
pasni leyh tnye akk je tips2 nk bersalin..hihi..get well soon kak..

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

sedih pulak baca entry ni..terbayang masa saat melahirkan..

kuatnye kamu kakak..itu la smangat seorang ibu..tersentuh diriku.. (ai kan ati tisu hukhukhuk)

memang masa nak bersalin dulu..rasanya dekat 10x mnta maaf ngan suami dan mak..tkt ada yg di simpankan huhu..

2 jam tu mcm 2 tahun lamanyer..ku dulu 3jam pun dah rasa tak cukup nafas..sakittt!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

setiap orang lain sakitnya kan??

mcm saya 3 anak.. anak yg no3 paling sakit la.. huhu

Kalamhati said...Reply To This Comment

Tips yg bagus ni utk sesiapa yg bakal bersalin..

huhu adik memang kuat..=)

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Begitu besar pengorbanan seorang ibu

JIJI YU said...Reply To This Comment

kita hanya mampu merancang

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

selamat malam sayangku

mmg tak diakui, kak sangat2 terkejut tau...
kamu mmg tabah dik, kak mmg tak tahu nak buat apa, selain sms awak dan call awak..
syukur.. semuanya dipermudahkan......

kamu mmg seorang ibu dan isteri yang hebat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sufeenan-kak..adik diberi sedut oksigen tu,kelakar gak,sbb mereka risau adik teran,doktor lum sampai lg.tp akibat dr tu adik ngantuk dan lemah,org suh teran pun adik rasa tak sakit dah masa tu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-jgn la takut,smua org dpt rasa pengalaman tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diya-hehe..adikku berhati tisu dah sampai..hik3.jgn sedih dik,mmg tu yg akak rasa mula2 smpi spital.tp akak kuatkan hati nak lepaskan baby kluar sbb dia semangat sgt nak tgk dunia ni.2 jam cam 2 thn..sgt sakit!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

chekgu Azrine-tu la..mmg lain anak lain gaya sakitnyer

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kalamhati-kan ada kalian semua yg ajar adik jd kuat..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ammar-ye dik..betul tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

jiji yu-ye..mmg benar tu dik,semuanya Allah yg tentukan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

citarasa rinduan-huhu..tq akak sayang,sampai mati adik tak lupa jasamu .akak salah satu kekuatan adik masa dlm LB tu hr tu..

Pia said...Reply To This Comment

"syukur lah semuanya dah selamat..biasanya kalau dah pernah bersalin kita dah tau serba sikit,sbb dah ada pengalaman...
tambah2 kalau ank ke4 atau ke 5..mcm akk ank ke 4 doc masuk ubat pukul 9 malam,jangka pukul 12 tgh malam..tup2 pukul 9.25 tu dah keluar baby...dr balik umah pun baru sampai kt gate jer..kena patah balik sepital lak..hehehe kelakar..nurse yg sambut..best kan pengalaman bersalin,syukur Allah bagi kita peluang hebat ni.."

kakchik@ella said...Reply To This Comment

KC pn terkejut adik tetiba dah bersalin. Syukurlah dik, semua nya selamat. baby pun dah sehat. Alhamdulillah ..

exora said...Reply To This Comment

takut dgrnya..tp teringinnn sgt nk rasa jgk..hehe

D_08 said...Reply To This Comment

yang pentingnye LM....semue selamat...... macma Mem awok dulu pun...anak ketiga ni memang cepat.....masok labor room...... tak sampei 30 minit udah bersalin..... pukoi ghate dok kat Hospital sebelom bersalin mase tu....tak sampei pun 3 jam.......

diana said...Reply To This Comment

serik ke...
trauma ke..
sakit ke...
saya akan tempuh jugak ..
demi mendapatkan adik untuk maisara..hehe...

krole said...Reply To This Comment

awak mmg tabah~dan msti seorang isteri yang amat disayangi oleh suami...alhamdulillah~

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

hi yayang miza..

lame tak jenguk sini. sekali die dah bersalin..anyway, tahniah..take care

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

Alhamdulillah syafiq dah sihat kak... t

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

suka guna gas ethanox tu utk tahan sakit...hihi...macam org lalok je...husband kt sebelah pon nampak tak nampak je...tu pasal smpai kena vacuum....bdn dh dilemahkan

yg kedua best..sakit kejap...tak smpai 2 jam kot...teran (smbil2 kena marah dgn misi) dan keluarlah baby seberat 4.06 kgs. Masa tu baru terdiam misi2 tu...

ye lah, anak besar kemain ingat senang ke nak teran... dorang sedap mulut je cakap ikut scan berat baby 3 lebih je ni, tak kan tak pandai meneran? tak sampai 2 tahun dah beranak lagi. laser kan?

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

rasa takut le plak bila lm cerita begini..huhuhu...
shida pun tatau yang lm sakit nak bersalin...tetiba tgh malam elly anta msj yang lm dah bersalin..terkejut jugak la...

apa pun alhmdlah semua nya dah selamat kan

Rozita said...Reply To This Comment

alhamdulillah LM dipermudahkan bersalin.. bila baca ni macam takut pulak rasa nak bersalin kali ni.. semoga dipermudahkan juga hendaknya..
cuma sentiasa berharap suami sentiasa di sisi..
take care ok..

eiela said...Reply To This Comment

pengalaman bersalin nih. mak saya bersalinkan saya tak rasa pun, tetiba dah bersalin. huhu doktor pun terkejut.

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

kesakitan bersalin itu mengugurkan dosa-dosa yang ada.. itu kelebihan seorang wanita

tomatokering :) said...Reply To This Comment

sakit tu lah nikmat kan .. ;)

ni panduan utk tomato jugak tak lama lg nk kawen . eehhh haha

Peri PiA said...Reply To This Comment

pengalaman yg indah bagi wanita

btl LM kena bersedia apa jua situasi kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...