Tuesday, August 23, 2011

Sombong, Berlagak Dan Eksen?



Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Mesti ramai yang semakin busy projek mengemas rumah dan menjahit baju yang belum selesai kan? Bagi rakan yang masih meluangkan masa menziarahi blog ini terima kasih diucapkan. 

Semakin lebaran menhampiri pasti akan tiba debaran untuk sesetengah pihak untuk pulang ke kampung halaman. Sebenarnya bagi yang bujang tak jadi hal pun, tapi bagi yang dah berkahwin pasti akan muncul satu perasaan kurang enak tak tak berapa selesa bila perlu bertandang ke rumah mertua lebih-lebih lagi jika tak serasi dan ngam dengan keluarga mertua. Bak kata orang...kalau jadi menantu pilihan okey lah kan...hehehe.


Ala, sebenarnya bukan kes menantu je yang akan hadapi krisis dalam berkumpul ramai-ramai dengan ipar duai ni. Kalau balik kampung sendiri pun jika ada adik beradik yang dengki kat kita pasti akan timbul konflik dan perkara yang tak menyenangkan hati. Biasanya kalau kita ni susah dan hidup lepas-lepas hidung pun orang kurang suka, kalau senang sikit pun ramai yang dengki.

Kadang kala kalau orang yang senang sikit ni tak sombong pun orang kata sombong akibat kurang bercakap dan bergaul dengan adik beradik lain. Dah jenis pendiam dan kurang bercakap nak buat macam mana kan? Lain lah macam LM ni yang jenis mulut tak tau diam kan?hehe...Bila diam dan tak bergelak ketawa mulalah dicop sombong, berlakak dan eksen....tapi peliknya bila nak minta bantuan kewangan orang sombong tu pula yang mereka cari. Pelik kan? kalau orang tu sombong, mengapa dia sudi menghulur bantuan? Lepastu janji pinjam bertahun pun tak jelas juga hutangnya. Siapa tak sakit hati? Peminjam tak ingat hutang, tapi si pemberi hutang malu nak minta..last-last pendam je lah dalam hati, taubat tak bantu dah, sebab kita baik pun orang kata berlagak jugak kan? itulah luahan hati seorang insan...


Cakap boleh sebarang cakap, gurau apa pun kenalah fikir juga perasaan orang. Kadangkala kita tak fikir apa yang kita guraukan mencalarkan hati orang lain. Nak-nak pada orang yang selalu menjadi tempat kita apabila sesak dan nak putus"nyawa", ada korang minta bantuan kewangan pada orang yang korang bergelak ketawa tu ke? tak juga kan? Benarlah kata orang tua-tua..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
www.tips-fb.com

32 comments:

exora said...Reply To This Comment

saya pun x faham..ada org tu bla nak hutang tau nak cari kite, tp bla ada duit lgsg x ingat hutang...geram jer tengok...sama laki bini enjoy jer beli-belah...

Kak Aya said...Reply To This Comment

manusia ni pelbagai kerenah dan rencam...

missSenget said...Reply To This Comment

macam2 ragam manusia kan sis..

kadang rasa hairan sgt.. da de fmily semua, tp masih pnjam duit dekat mak ayah..

camne laa die tanggung anak bini semua..

anizsDANbintang... said...Reply To This Comment

kena pandai bawak diri kan =)

Iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Banyak orang memang banyak ragam...
Yang berhutang kadang-kadang buat2 lupa nak bayar...biasa la terjadi...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

exora-mmg ramai yg camtu..kita ni berjimat, duit kita org lain lak pandai nak menggayakan ek?mmg kurang asam lah tu..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kak aya-biasalah tu kak aya..

Liza @ Adzriel AB said...Reply To This Comment

itu le kan cakap pun kena pandang2. peramah juga ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

missenget-dia tak mampu berkeluarga sbnrnya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

anaisz-ye dik..kena pandai2 lah

JIJI YU said...Reply To This Comment

jgn cepat menghukum

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

iza-selagi namanya hutang..akan menyusahkan diri diakhirat nnt klu tak bayar

Salim Harmanain said...Reply To This Comment

biasala tu akak..bila nak pinjam lembut gigi dari lidah ..dah dapat batang hidung tak nampak..

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

saper la cakap kakak cantik ku ni sombong ni? tak sesuai okeh :)
sedih esok dah nak balik KL..

mak mertua dah nangis2 tadi huhu..

Puanbee2 said...Reply To This Comment

ni normal... ernah terjadi ..ingat sampai bebilaaa

eiela said...Reply To This Comment

pernah jadi nih, dia bleh lak buat tak tau je. kita nak minta segan, last-last suruh org lain sampaikan.

shatooman said...Reply To This Comment

sabar je la akak.. manusia mmg pelik2..

eh, baru terperasan..blog sy ada kt bloglist akak~ tp knapa dok ngan geng puteri..huhuhu.. sy maskulin okeh..hahaha

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

sayangku lydia

aduhai..
kes mcm nie mmg kak tak alami..
mujurlah...

tapi kalau sorang2 boring gak.. heheh
moga kamu ceria, moga adlan sihat ya

CikMiMiey said...Reply To This Comment

macam macam ragam manusia kan .

anamizu said...Reply To This Comment

aah betol tu ummi..
bile susah,yang dikata sombong tu jugela yg dicari..hesh~


ummi bykkan rehat ye :)

diana said...Reply To This Comment

heheh..
bila kita mintak dia kata kita sombong..masa mintak tolong dulu tak pikir pulak kita sombong ke idak.heheh...

saya pernah jadi gini..
tapi bukan adik beradik ipar..tapi adik beradik sendiri..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

dah2 tak yah layan dgn org mcm gini...TAPI tu la kan...dia ada hutang lg nak buat mcmana kan.....

gedek! said...Reply To This Comment

tak suka makan pulut...

bisa...

tapi suka santan (dalam cendol)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

susah nak puaskan hati sume orang..
lagi2 orang yang suke buat persepsi sendiri..

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

saya pernah jumpa dengan orang yang cakap lepas ni... nak ikutkan memang sakit juga perasaan kita dibuatnya namun nasib baik kita diajar dalam Islam untuk bersabar... lagi satu LM memang saya ada pengalaman yang sama juga soal bab pinjam memimjam ni terutama dikalangan saudara mara. Memang sukar untuk kita minta balik tetapi pada saya tak salh utk kita ingatkan org yang meminjam tu tentang hutang mereka. :)

Tentang pertanyaan LM tentang Jaundice susu ibu, saya ada buat sikit penerangan dalam entri terbaru saya, harap dapat membantu LM.

http://haidoctorhafiz.blogspot.com/2011/08/jaundis-susu-ibu-breastmilk-jaundice.html

Peri PiA said...Reply To This Comment

hutang xblh buat2 lupe

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

betul tu kak..kadang2 dgn family ni lagi takut nak beri pinjam..pepaham je laaaaa

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erm tula org cmni tak yah layan

fiezah91 said...Reply To This Comment

perkara biasa kot terjadi.. Hehehe.. Kalau yang memang pemalu dan pendiam tu dicop sombong. Kesian la..

Nizam Ijam said...Reply To This Comment

manusia2...macam jenis..hehe

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

a.ah diam bukan bererti sombong tapi dah memang pesen tu ,
qaseh mmg pendiam

Finaz Jaafar said...Reply To This Comment

pehh saba jela kak..
haih, ssh btol klo org ni ble mtk tlg kemain wt mke kesian..tp lepas tu???dah la mngata kte cmtu...jeng3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...