Monday, September 26, 2011

Biji Anggur Merawat Ulser ?


anggur merah dan anggur hijau

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? harap semuanya sihat sejahtera. Ingin LM kongsikan sikit pengalaman LM mengubati ulser di lidah LM akibat tertusuk tulang ayam dalam murtabak ayam kat restoran *** tu. Huhhh!
Akibat tusukan tu, LM sukar bercakap dan memang tak dapat makan dan menikmati juadah kesukaanku sesedap rasa. Seksa walau ianya berlalu selama 3 hari je. Terima kasih buat sahabat semua yang sudi drop komen bagi tips untuk merawat ulser. 

1.Letak bonjela
2.Letak garam kat ulser
3.Letak marjerin
4.Letak asam keping
5.Berkumur dengan bahan kumur dan minum banyak air.
6.Selawat dan berdoa pada Yang Maha Esa
7.Makan anggur hijau dan kunyah bijinya yang kelat tu-sis kalamhati

Hampir semua tips di atas LM cuba kecuali garam..Memang gerun la nak letak garam  tu. Sebab bukan diriku takut sakit tapi sangat takut akan garam. LM jenis tak suka benda masin...(jgn berangan nak ajak LM mkn mangga cicah garam) Nehi!!

Akhirnya tips dari kak wan kalamhati tu yang Allah perkenankan untuk memulihkan ulser kat lidah LM ni. Selamini memang LM tak suka layan anggur yang berbiji. LM suka makan yang seedless je. Kalau ada biji memang tak pandang. Demi berusaha gigih nak bebaskan diri dari kesengsaraan ulser tu LM mengunyah bijinya dengan asyik sekali dan Alhamdulillah ianya berhasil dengan izin Allah. Terima kasih buat kak kalamhati dan  rakan- rakan yang memberi tips dan petua.


Nota kaki: Biji anggur juga adalah baik untuk anti penuaan kan? Awet mudalah LM pas ni..hehe


www.tips-fb.com

24 comments:

Kalamhati said...Reply To This Comment

Alhamdulillah adik..kita hanya berusaha dan ikhtiar..sesungguhnya DIA yang menyembuh..syukur ia berkesan utk adik redakan sakit tu..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kalamhati-terima kasih kak atas tips dan doanya.syg akak ketat2

Izzuddin Fauzi said...Reply To This Comment

Ok la tu, saya isi garam... Ya Allah... Pedihnyeeeee~~~

exora said...Reply To This Comment

ooo yer ke, selalunya letak garam je..jd jgk.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

izzuddin-jgn hrp akak nak letak garam!masin~~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

eora-masin..akak tak sanggup

man said...Reply To This Comment

boleh cuba nanti...

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

cik ina pun tak suka makan anggur yang berbiji , malas nak buang biji, beli yang tak de biji sedap . tak sangka plak boleh sembuhkan ulser.

N@SIQUE said...Reply To This Comment

letak ais kt ulser..hehehe,,bgi sejuk..

diana said...Reply To This Comment

macam tu rupanya...
saya pun baru tahu ni..

Green Apple said...Reply To This Comment

baguslah tips ni.. tak perlu nak menjerit bila kena letak bojela atau garam...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

good info.. baru je tahu..

anamizu said...Reply To This Comment

wahhhh alhmdulillah berhasil..
ummi jgn pegi dah kedai mkn tu tau..hehe

Lelord said...Reply To This Comment

wah bagus ni....ne tau satu hari nanti kena

Saiazuan said...Reply To This Comment

klu sy kena ulser, slalu rawat dgn bonjela.. alhamdulillah cepat smbuh.. tp x prnah dgr psl anggur.. info baru ni..thanks :D

missSenget said...Reply To This Comment

yeay~~

da bole masak dan makan sedap2..

hehe..

nak awet muda jugak laa..

jeragang said...Reply To This Comment

Tang awet muda tu kengkadang bahaya gak..... yang penting sihat bukan muda...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hihi..pasni ramai la yg beli anggur tp mkn biji die je...hikhik..

pssttt: rela pahit dr masin.. ;)

Anonymous said...Reply To This Comment

hehehe.....leh la qiqi praktikkan...ni pon duk ulser kt bbir ni..nk snyum pon xleh sis...huaaaaaaaaaaaa

Kakzakie said...Reply To This Comment

Oh ye ke? Kakak tak tahu pun makan anggur hijau dgn biji itu juga penawar juga. Dapta juga tips baru LM...

Alhamdulillah dah sembuh...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

huihs...bagus2...lepas ni boleh la mkn sekali dgn biji...ada tips disitu...

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

sy slalu letak garam je kt ulser tu... biar pdn muka ulser tu.. hahaha.. ehhh..

Kak Aya said...Reply To This Comment

kiranya 2 in I la tu...satu untuk sembuhkan ulser, 1 lagi untuk awet muda.

Woofer Storm said...Reply To This Comment

selalu kena ulser,mgkan panas kat dlm kot tu.selalu guna bonjela je,tak pun guna garam..guna garam mmg pedih sangat..hehee

Tapi frst time dgr leh guna majerin..heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...