Thursday, September 22, 2011

Cinta Kami-Episod 2



Assalamualaikum...

Kak ayu dan rakan lain dah lama minta LM sambung episod dulu. Malu nak citer sebab kita buka retis..cuma blogger cabuk jek. Nak ngaku blogger pun malu....jom sambung!

Episod cinta kami, detik perkenalan dah LM ceritakan di sini. Nak cerita sambungannya memang rasa tak pandai nak taip...huhu.

Beberapa hari lepas tu encik suami call lagi, kami berbual sekadar basi-basi je masa tu, sebab belum mesra dan tak kenal pun. Memang belum pernah bersahabat dengan orang yang tak pernah jumpa sebelum ni. Kebetulan house-mate encik zairi buah hati rakan baik LM juga nana. So ada la serba sedikit rahsia yang boleh LM korek dari nana..hihi.



Setelah beberapa lama bersahabat, suatu hari encik zairi ditugaskan out station ke terengganu. Memang masa tu baru terasa sunyi bila dia tak call. Tapi sebelum dia pergi dia ada bagi tau nak ke sana dan tak akan call beberapa hari. Tak di sangka-sangka dia buat panggilan dari sana. Wahh masa tu rasa hati melonjak gembira. Baru tersedar bahawa hati dah ada sedikit berputik bunga kasih...walau cuma baru putik yang muncul,belum kudupnya lagi masa tu.


Ayah pun masa tu bukan la garang, tapi tegas tau. Kalau cakap lebih 10 minit je dia mula jeling. Mak aii gerun tau. Laju-laju je letak tipon. Dah la kalau borak tu dalam pukul 8 lebih, bila dia call dia tanya dah solat isya'? erkk belum..jawabku. Gi la solat dulu, nanti saya call lagi...laju je dia letak tipon..huhu.


Salah satu sebab mengapa diriku terpaut padanya. Tiap kali dia call, dia akan tanya dah solat ke belum. So sejak dari tu memang cuba ku latih diri untuk bersolat di awal waktu. Memang masa tu rasa sungguh bertuah mengenalinya dan mahu kenal lagi dan lagi...hik hik hik. Gatal ek ?


Bunga cinta dah berputik...tapi belum mekar. Masa tu pun ramai je kawan dengan orang lain cuma perasaan sayang tu takda la sangat. Ibu angkat masa program anak angkat zaman sekolah pun ada nak jodohkan dengan anak dia. Tapi kita kan sekolah lagi jadinya...buat-buat  tak faham je la dengan 'hajat' besar ibu tu. Hati lebih tertarik pada si dia ni...namun rupa dia caner ek? teringin nak jumpa dan tengok muka dia..hati dah sayang rupa dia encem tak?jongang ke, juling ke?haishhh panasaran mau tau nih!


Bersambung ....
www.tips-fb.com

9 comments:

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Ecehwahhhhhh! :D

Siap berepisod lagik!

azian said...Reply To This Comment

alololololololo......hehehheeh...i likeeeeee......hehehehhehe

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

salam pagi dari bumi Malaysia adikku LM..
wah!~!!!
entry nie mmg kak nak sangat..
aduhai..
kamu mmg baik hati dik, ala..
walau bukan artis. sekrgnya dapat gak kak makin dekat dengan kamu......

selalunya gitulah kan, kita akan sentiasa rapat dan gembira bila ada orang yang ambil berat ttg hal agama...

so. sweet.. nanti versi sambungannya minta2 kak ayu dapat baca,,,,

love uuuuuuu

jeragang said...Reply To This Comment

bule tahang gok kesah2 masa lalu semek nie.....tak kesah lah tu memasing ada kesah dan peristiwa sendiri.. Pok jeragang suka gaya LM bercerita... bersahaja

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

ala.... lajunye bersambung lagi....hehehehe

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hikhik..sweet je bace kisah cinta org ni..
episod cinta saye???belom lg..hihi

psstt: ieyla doakn akk bhagia smpai bile2..

Peri PiA said...Reply To This Comment

:),suka baca

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

flashback kisah cinta ye sis...hehe

al-lavendari said...Reply To This Comment

perasaan orang bercinta rupanya sama sahaja. tak kira zaman sekarang atau zaman dulu, tak kira orang muda atau orang tua.

kadang2 orang tua bercinta lagi dahsyat ! betul tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...