Monday, September 19, 2011

Dah Tau Rentak Dia


Assalamualaikum...

Hari pertama dan kedua sampai doha memang rasa cam nak menangis LM dibuatnya. Baby syafiq asik merengek je. Tapi masak tetap masak, tu yang tak pernah masak awal sekarang lum pukul 10 semua dah siap masak dah..hehe.
Sekarang dah tau rentak dia. Hari tu mungkin 8 jam dalam flight badan dia sakit-sakit. Sekarang mudah dah nak urus dia. Dia nak susu sejam sekali..okey ummi ikutkan je. Dah  rupanya dia ni nak tido berbuai..ala, tak jadi hal, buai ayah pasang kat atas dan bawah, mudah je ummi nak tido kan syafiq...sebab ada 2 buai.


Rupanya kalau tak tido kat buai dia ni nak tido meniarap. Berjam-jam dia lena kalau tido meniarap. Jap dia toleh kiri, penat kiri dia angkat muka dia ke kanan....boleh ummi lipat kain dan iron baju, memang dia tak kacau.



Baby syafiq kuat menyusu, jadinya dia selalu muntah walau dah sendawa berkali-kali. Tido meniarap memang selamat sikit supaya dia tak tersedak susu. Kalau dia muntah memang menyembur dari lubang hidung. Bonda kata baby syafiq cam ummi dia, kuat menyusu tak henti-henti masa baby...cara muntah pun sama. Haishhh ikut ummi rupanya! Jadi modal lah kalau encik suami tau ...hehe.


Nota kaki: Penat gak ek ada anak kecik,ala..4 je kan?
www.tips-fb.com

12 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hikhik..ade jugak yg ikot ummi die.. ;)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Baru 4 dik... mak kakak ada 8 anak bayangkan dulu dgn tanpa kemudahan macam sekarang hingga satu baby ada 2 buai.

Pecah tembelang ye... like mother like son...:) Tapi masa muntah tu kena jaga juga LM...

JIJI YU said...Reply To This Comment

tidur meniarap je..ekek..stylow la adik syafikku

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-hehehe..pecah rahsia

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kakzakie-tu la kak..org dulu anak ramai tak kisah pun kan

diana said...Reply To This Comment

4??
saya sorang ni pun penat.
ejjehehhe

Kak Aya said...Reply To This Comment

rindu nak anak kecik bila baca entry ni...

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

hehehe, kalau h tau rentak dia senang skit...

anak akak pon kekecik dl tido meniarap, kalau terlentang, kejap2 jaga... :)

missSenget said...Reply To This Comment

bole tambah anak lagi lepas ni sis.. ;)

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hehehehe dh tau senang sket kan kak.tgk dye nanges dh tau dh akk x bg susu ag.hehehe

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

dah tau rentaknya...senang la kan sis :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

baik nya ank ummi ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...